Coretan untuk mereka yang “peduli”.

Monday, October 31, 2011

Bismillahirrahmanirahim,

Sungguh, di hari-hari yang berlalu, telinga kurniaan Allah ini diperdengarkan lagu-lagu dendangan Shoutul Harokah berkaitan tanah air tercinta, Palestina.
“Untuk mu, jiwa-jiwa kami, Untuk mu, Darah kami, Untuk mu Jiwa dan Raga kami, wahai Al-Aqsa tercinta”-Palestina Tercinta, Shoutul Harokah.

Ungkapan dan bait-bait lagu ini menaikkan rasa izzahku terhadap Masjidil Al-Aqsa, dan cinta terhadap tanah air para Anbia. Betapa berharga dan agungnya tanah air ini, namun tanah air ini dibelenggu, dijajah manusia berhatikan syaitan Sang Zionis laknatullah. Terkadang ku mendengar berita nun di Palestin, ada saudaraku yang syahid mempertahankan Masjidil Al-Aqsa,
Namun propaganda yang ku dengari di televisyen, ujarnya si hantu Zionis ini memerangi “Pengganas”,
 Walhal, siapakah yang pengganas?




31 Mac 1948: Pembunuhan di Kampung Abu Kabir. Kumpulan Hagana pimpinan si Taghut Ariel Sharon membunuh penduduk yang melarikan diri
9 April 1948: Pembunuhan kejam si jahanam zionis , dikepalai oleh Manachem Begin ke atas 250 orang islam di Dir Yassin, dan 100 daripada yang telah syahid adalah wanita. Lebih menyayatkan hati, penduduk yang masih hidup diangkut dan diletakkan di dalam trak lalu di arak di perkampungan haram Yahudi untuk direjam dengan batu
14 Mei 1948: Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh sang jahanam zionis  ke atas 50 orang umat islam di Kampung Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak, dan selebihnya kepalanya terbelah dek kapak.
11 Julai 1948: Moshi Dayan, Si jahanam yang buta sebelah matanya telah menyerang kampung Al Lad. Malahan, serangan tidak bermata diteruskan di masjid yang mana menjadi tempat perkumpulan penduduk yang ingin menyelamatkan diri. Hasilnya, 246 menemui kematian di situ. Ada yang hidup, dihalau lalu longlai di dalam kesesatan. Sang Pencabut nyawa mengakhiri kehidupan saudara-saudara yang tercinta diatas asbab kebuluran yang teramat.
29 Oktober 1948: Pembunuhan kejam tentera islam di ‘Albiyyun. Saudara-saudara tercinta diarahkan berkumpul di sebuah kawasan yang lapang lalu ditembak….

Dan hari-hari yang berlalu tidak sah tanpa kematian disebabkan kekejaman, dan kemuncaknya,

16 September 1982: Pembunuhan di Syabra dan Syatila oleh Sang Firaun Ariel Sharon. Si Celaka ini telah membunuh lebih dari 3000 saudara tersayang yang menghuni dua buah perkhemahan mangsa pelarian. Ada yang ditembak, malahan dipancung kepalanya.




Dan akhirnya, siapakah “Pengganas”?
Coretan ini hanya untuk tatapan mereka yang “peduli”. Pesanan kepada yang tidak kisah, teruskan bersarapan dengan “Nestle”, mencerahi muka dengan “Loreal”, mengunyah “McD”, disudahi dengan segelas “Coca-Cola”.

Berusahalah, biarlah sedikit. Dan akhirnya, kita punya jawapan tika menghadap yang Maha Esa. Wallahualam~~ 

Read more...

Tak untung lor.

Sunday, October 30, 2011

Bismillahirahmanirrahim;

Terasa lambat sahaja hari-hari yang berlalu. Di dalam entri Dai’, Apakah?, saya berkongsi yang sesungguhnya saya telah menjadi insan yang layak menerima bantuan dari baitulmal RI Al Banna. Malangnya, duit tabung bantuan juga telah habis kerna program-program “WOW” bersama adik-adik tercinta. Maka, ia menjadikan saya insan yang berfikir dan kelaparan. Bukan tak boleh minta tolong dengan ikhwah-ikhwah, tapi kebanyakan dari kami pun berstatus “penerima bantuan”. Maklumlah pelajar kan. [Itulah kamu Shah, tak reti nak berjimat cermat. Padan muka]

26hb Oktober 2011: Poket kering mengajar saya untuk menahan lapar dengan sekeping roti telur dan secawan radix di pagi hari, dinikmati bersama dengan ikhwah muah-muah tersayang. Bila difikir pada malamnya ada Majlis Resepsi Insan Usrah saya yang tersayang, saya menyimpan segala macam kelaparan dengan harapan untuk mengisinya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. hoho~~

Dan bila tiba malamnya, tibalah saat yang dinanti. Bergaya ibarat Brother yang banyak wang di dalam dompetnya, saya melangkah yakin ke tempat Resepsi. Selangkah masuk ke perkarangan dewan, saya terus “ Apakah tempat ini?”. Memang cantik. Itulah Dewan Seri Indon, Presint 10 Putrajaya. Di luar dewan itu, terpampanglah muka makcik-makcik yang saya rasa “Apa ini?”. Tapi, saya tidak peduli semua itu kerna ada misi yang lebih penting iaitu berjumpa dengan insan tersayang, selain dari mengisi perut.huhu..

Apa pun, saya perbaharui niat saya sesungguhnya niat saya kerana Allah. Itu penting. Tapi bila perut mula berokestra, kadang-kadang terlupa niat asalnya. [Teruknya kamu ni]. Usai menunaikan kewajipan isyak kepada Allah, saya terus pergi ke dewan. Sebelum masuk, saya melihat “Ramainya orang. Wah, grandnya…Siap ade yang pakai suit.”. Kebetulan masa itu, insan tersayang bersama isterinya sedang siap bersedia melangkah masuk ke dalam dewan. Kami memandang  dari jauh “Cewah” sambil mengangkat tangan “Bergaya kan?” “Pon-pon”. Eh, silap itu bunyi hon. “Pak Pak Kepung Kepung” kompang berbunyi, masuklah mempelai ke dalam dewan.

Setelah itu, baru saya masuk. Bila masuk, saya rasa “eh, tempat ini..alamak,segannya”. Free sitting,tapi ada yang duduk bekeluarga, berteman, dan banyak lagi. Saya keseorangan, malu nak duduk. Malu sangat-sangat. Yelah, tempat grand, orang yang datang pun grand-grand, lagilah menambahkan rasa itu. Adalah beberapa tempat kosong, tapi saya sangat segan nak duduk sebab semua perempuan, berkeluarga.. Akhirnya, saya berdiri sepanjang majlis, dan tak lama lepas itu, saya membawa diri ke surau. Benar, perut saya memang lapar. Tapi, ada yang lebih lapar. Itulah hati…

Di akhirnya, saya menyedari yang saya memang "tak kan untung”. Kebetulan, malam itu di RI Al-Banna juga ada BBQ dan makan-makan bersama adik-adik tercinta. Jadi, saya mengambil langkah bijak dengan menghantar msg “Qiq, kt rumah de makanan lebih kan? Smpn skit utk aku..Lapar ni beb..aku xuntunglah hari ni”..Dan msg yg dibalas “Makanan habis”. Saya “Adoi…Sob Sob(T___T)”.. Menahanlah kelaparan sehingga pukul 11 30..



Setelah itu, ikhwah muah-muah tersayang datang mengambil saya di Dewan Seri Indon. Kebetulan saya terpaksa pulang ke Shah Alam itu, dengan selambanya saya meminta mereka menghantar saya ke sana. Di dalam kereta, saya terbau ayam. Syaqiq (bukan nama sebenar) pun berkata “Kitorang ade smpn ayam untuk ko..saje je msg xde..haha”.
Saya “—terharu—”. Sob..Sob.. Sedapnya ayam dan nasi goring masakan Surip (bukan nama sebenar). Surip kata “Eh Shah, ko x bau ayam tu pelik ke?” Syaqiq membalas “Member kalo dah lapar, sume benda sedap je.haha~~”. Saya membalas  “Ape jelah ib. Sedap je aku rasa..member perut dah lapar.hoho”. Alhamdulillah~~

Banyak pengajaran yang saya perolehi. Apa yang paling saya sedar, betapa hebatnya perancangan kita, tetapi sedarlah perancangan Allah lebih hebat.  Hablumminallah, betapa pentingnya menjaga hubungan dengan-Nya. Kerana, setiap yang baik itu sentiasa datang dari-Nya. Jadi, kita kenalah selalu dekat-dekat dengan Dia. Jagalah hubungan dengan Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Kata HAMKA “Apa yang kita ada ini pun sudah harapan”
-Terima kasih Allah s.w.t-


Read more...

Ha, Time ni lah!

Saturday, October 29, 2011

[Ketika tarikh yang termaktub, saya adalah insan yang belum mengikuti usrah. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran yang baik untuk anda, moga menjadi saham kita di kemudian hari. Amin ya Rabb=)]

Bismillahirahmanirahim.

Setelah sekian lama saya tidak membuka laptop sendiri, saya begitu teruja membuka gambar-gambar yang ada. Ada gambar yang seronok bila melihatnya, dan ada juga yang meruntun hati. Apakah gambar yang meruntun hati? Itulah Gambar Majlis Berbuka Dan Khatam Al-Quran.

Sejarah hitamku.
Saya memulakan sesi pengajian di UniKL MFI pada sesi julai 2008. Pada masa ini, ia di penggal terakhir saya memegang jawatan –tet- di dalam MPP untuk sesi 08/09. Kenapa meruntun hati? Pada tarikh inilah, berlangsungnya sebuah majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran. Pada masa inilah:-

-Surah Al-Alaq,- Menjadi igauan.

15 September 2009: Tarikh keramat. Ha, Time ni lah saya kembali membaca kalamullah semula. Saya telah ditugaskan untuk membaca surah ini dalam satu sesi khatam Quran. Saya sangat sedar dan PASTI, saya tak akan mampu membacanya dengan lancar, seraya saya meminta sahabat yang hebat bacaannya untuk membacanya. Namun, Allah ingin memberikan satu pengajaran yang sangat terkesan kepada saya.

Saya meneruskan juga bacaan itu di khalyak ramai. Memang:

(Gagap| Gagap| Gagap =  Sangat Out)

Serius. Sayalah peserta yang paling banyak diperbetulkan bacaannya ketika itu. Siap ada adik kat sebelah tu yang tolong bacakan, dan saya mengikut bacaannya sehinggalah selesai ayat agung ini. Masa itu, malu oo…. Tebal woo muka… Kebetulan, majlis itu menjemput anak yatim di sekitar Bangi. Ada adik tu tanya “Abang, nape abg gagap mengaji?” Saya “Dah lama xbaca lah dik”..Oh..malunya…Dah la pegang jawatan –Tet--, tapi time baca Quran, langsung –Out-- Kejadian itu sangat berbekas di dalam hati saya..

Dan setelah itu, saya benar-benar nekad untuk Henshin!  Alhamdulillah, berkat izin-Nya saya mampu membaca quran setiap hari. Sehingga ke hari ini, at least paling kurang satu juz sehari. Dan yang lagi best, Allah mengizinkan saya menghafal surah yang menjadi igauan ketika itu. Fuh, terasa best sangat. Semua itu tidak boleh tidak hanya kerana keizinan-Nya. Terima Kasih kepada ikhwah muah-muah Geng Al-Banna yang membantu saya membaca Al-Quran dengan lebih baik. Oh, tak lupa Jang oo Jang (bukan nama sebenar). Juga, pak lebai JEM (bukan nama sebenar) yang seusrah dengan saya, dan ketika itu dialah yang banyak memperbetulkan bacaan saya. Tak lupa juga kepada naqib tersayang yang banyak membantu. Terharu. Sob..Sob…

Eh, macam dapat anugerah Skrin pula. Hoho… Dan ingatlah:-

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri”-Ar-Rad:13:11.

Selain dari dapat membaca Al-Quran dengan baik, ada benda yang lebih “awesome” saya perolehi. Apakah? Itulah kefahaman tentang dakwah dan tarbiyah. Sememangnya, bila kita memahami Quran, itu sesuatu yang sangat “Wow” dan “Yeah”. Serius lah.  Tapi, semua itu hanya jika di "approve" oleh yang Maha Kuasa. Jom apply. InsyaALLAH lulus (^^,)

Henshin! Oh la la~~
Tarbiyah Muntijah: Make Us, From Zero to Hero.
Dalam Usrah kita Subur Tarbiyah [--Kacak dan Bergaya kan?---]



Read more...

Bulatan bergembira dan serangan Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim.


InsyaALLAH, saya bersama ikhwah muah-muah Geng Banna akan menghadiri Bulatan Gembira bersama Naqib kami yang kacak dan Cool.Hoyeh~~ Di dalam bulatan gembira, biasanya mutabaah amal akan dicek.  Bila tidak ditanya, saya rasa “Fuh, selamat, Untung…” . Contohnya, starter pack of Mutabaah Amal Geng Al Banna:-



Sarapan Pagi: Subuh berjemaah 7 x | Mathurat sughra Jamai| Tilawah 5 mukasurat sehari
Makanan Harian: Tilawah Al-Quran 1 Juz| Baca Buku Fiqh Dakwah Mustafa Masyhur 10 m/s| Solat Sunat Rawatib (Zuhur, Maghrib, Isyak)| Solat Fardhu berjemaah di Masjid
Makanan Mingguan: Solat Sunat Tahajud (3x seminggu) | Solat Sunat Dhuha (5x seminggu) | Puasa sunat (1x seminggu)
Denda: Kalau tertinggal , kena istighfar 100x sebelum tidur.

Sebenarnya, tak untung pun bila tertinggal. Saya sangat rugi, kerna amal ini tak lain dan tak bukan untuk menambah amalan sendiri.
Sejujurnya, sudah tentu saya tak kan complete set of amal ini sepanjang masa. Ada masa ya, tapi kebanyakan masa tak. adoi. Tapi, best tau bila duduk sesama ikhwah tersayang ni. Kalau kita lambat bangun, dia kejut. Kalau amal kita macam leka je, ade yang akan tegur. Duduk bersama dengan saling memperingatkan perintah Allah membuatkan saya rasa “WOW!!”. Tapi, saya kagum dengan seorang ikhwah ni, yiyid (bukan nama sebenar). Sememangnya, amal dia memang mantap dan “superb!”. Kalau time report mutabaah amal je, mesti penuh. Yelah, tengok dahi pun dah tahu. Dahi dia ada tompok hitam yang besar. Abang dia sampai cakap “Apesal dahi ko? Ko hantuk kat dinding ke??”. Kadang-kadang kami tagteam dengan naqib sekali bahan dia. Hohoho.. Namun, jauh di sudut hati saya tersimpan dendam dan cemburu yang membara di atas kesungguhannya beramal. “Oh, Cemburunya….”.
  
Serangan Abdullah
Manusia, sememangnya tidak sempurna, dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Tapi, ada juga Abdullah (hamba Allah) yang melihat kami ini ibarat manusia yang perfect.lagi maksum. Bila ada salah sikit, terus dapat “Macam ni ke perangai orang ikut usrah?”. Lagi best “Program pung-pang, tapi Solat subuh lambat”. Terima kasih diatas peringatan itu para sahabat sekalian. Pasti dan pasti, kami juga insan biasa yang ada nafsu yang mana imannya ada naik turun, Suka bergelak ketawa, wanita, (yelah, kan pelik kalau ikhwah suka semasa sendiri), terkadang PES, facebook, twitter, dan semacam benda lagi yang anda sebagai manusia biasa suka. Terkadang saya terasa ibarat mereka memandang kami macam spesis alien. “Hei, korang salah planet ni. Blah..Blah”. Cara saya mendepani (wah) insan-insan begini adalah dengan memekakkan telinga. Ambil yang betul, yang salah tu “Boleh jalan da~~”. Ada lagi, “Wei, macam ni ke nak naikkan islam??”. Saya “Sedangkan sahabat Nabi ,Abu Dzar pun bahan Bilal,terus kene tepek dengan Rasullah s.a.w “masih ade jahiliyah”, inikan saya? Malas nak layan. Wutever lah der~~~”

Nampak kan? Biasalah tu dugaan dalam dunia dakwah. Tak kena tu memang tak sah~~.

Ayat serius:
Kalau kita telusuri sejarah,  bilamana Rasullah s.a.w menceritakan petanda-petanda yang menunjukkan baginda adalah seorang Nabi dan Rasul kepada Waraqah, Waraqah pun berkata “Sesungguhnya engkau adalah yang terpilih membawa risalah kebenaran. Alangkah baik sekiranya aku mampu membantu engkau bilamana kaum mu menghalau mu”

Jadi, kepada para daie sekalian, Jangan Bersedih. Selalukan senyum dan ceria, kerna itu tanda “sebaik-baik ciptaan-Nya” yang berfikiran positif. Tidak salah untuk belajar dari kesilapan, kerna ia akan mematangkan kita. Dan, selama saya setia, rajin dan kadang kala ponteng dalam menghadiri bulatan bergembira, Alhamdulillah ada perubahan yang baik. Selain berukhuwah sesama ikhwah, ia membentuk usrah(keluarga) yang ceria lagi periang dalam mengingati perintah Allah s.w.t. Memang kool. Oh la la~~

Read more...

Dai'e. Apakah?

Wednesday, October 26, 2011

Bismillahirrahminarrahim.

Alhamdulillah. Kadang-kadang tiada duit pun nikmat juga. Nikmat yang macam mana ye? Nikmat "kesedaran". Bila saya berduit, saya rasa sungguh mudah mengeluarkan wang untuk makan yang sedap-sedap. Padahal, apalah salahnya saya simpan duit itu untuk belanja adik-adik tercinta kan? Dan sekarang, rasalah nikmat "kesedaran". Oh, saya sudah layak terima zakat dari Baitulmal RI Al Banna. Sob Sob [Padan muka kamu shah.]

Dai'. Apa maksudnya ye?
"Daie tu perkataan bahasa arab, 'ala waznin "faa'ilun" yakni pelaku/pembuat...maksud daie adalah penyeru/pengajak... kalau perbuatan pula, dipanggil "da'wah".. dari segi lughah(bahasa) nya, bermaksud mengajak/meyeru..." Sumber diambil dari 

Jadi, dai' atau istilah popularnya pendakwah ditugaskan untuk menyeru sesama kita kepada Allah. Contohnya, "Eh beb, jom solat jemaah"..Itu analogi biasa orang bagi kan? Solat, puasa, dan lain-lain. Tapi, saya nak bagi contoh lain. Advance sikit. 
"Adik, jom mamam..Eh, xnak makan? Nak abang citer sejarah islam?Wah~~"- Wah, untunglah kalau ada adik-adik yang minta begini. Realitinya, Memang ada. Dan serius saya amat mengagumi mereka. [Bila saya melihat diri saya di umur mereka, saya adalah remaja yang baru nak "up". KL Bro!]

Sekadar perkongsian, mendekati insan-insan seperti mereka membuatkan saya teruja, dalam masa yang sama juga merasa --Malu--. Saya rasa kecil je, rendah diri pun ada. Tapi, itu sama sekali tidak menghalang saya untuk berkongsi segala ilmu yang sangat cetek dan dhaif kepada mereka. Apalah sangat setakat tahu |itu|ini| walhal usia saya di dalam dunia tarbiyah belum pun sampai dua tahun. Malu...Malu... [itulah, dulu lari-lari lagi]

Kebiasaannya, seorang daie akan memanfaatkan sebaik mungkin apa yang mereka untuk mengajak manusia ke arah keredhaan Allah, baik masa, wang, tenaga dan banyak lagi. Saya teringat satu kisah, di mana Imam Hassan Al-Banna memberikan semua wangnya kepada seorang fakir, walhal wang yang diberi itu sahaja wangnya yang masih ada. Dan semasa Ikhwanul Muslimin menggalakkan ahlinya untuk menginfaqkan (menyumbang) wang ringgit untuk menggerakkan dakwah, seorang ahlinya yang hanya ada basikal, sanggup menggadaikan basikalnya untuk mendapatkan sejumlah wang dan diberi kepada IM. Tidak cerita lagi kisah hebatnya pengorbanan para sahabat terdahulu, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Affan dan ramai lagi. Hebat!![Gaya jurucakap Skor A]

Tapi, tidak bermakna menjadi seorang Daie membuatkan kita tidak boleh ada wang. Tolong tepis pemikiran yang jumud ini ye. Cuma,kita perlu sentiasa ingat, setiap kurnia yang diberikan pasti akan dipertanggungjawabkan. Jadi, apa salahnya kita gunakan wang,tenaga,masa dan segala macam kurnia-Nya untuk islam? Bukankah Allah mengganjarkan sesuatu sangat "WOW" seperti yang dinyatakan di dalam surah As-Saff[10-11]?

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)


Bila melihat ikhwah-ikhwah yang sangat bersemangat bekerja, saya teruja. Mereka sememangnya daie-daie yang "awesome". Sudah tentu, saya bukan sebahagian dari mereka. Malahan, saya tak rasa pun saya layak dipanggil Daie. Misalnya, kalau ada ikhwah panggil saya "akhi", saya pun balas "Ye". Tapi dalam hati "Akhi? aku? layakkah?". Bukan setakat panggilan je, tapi juga gerakerja. Ha, ade lagi. Masa awal-awal mengenali dunia tarbiyah yang bergaya ini, saya rasa sangat "Apakah?" bilamana membahasakan diri "ana" dan memanggil orang "enta". "Janggal". sehinggalah sekarang...[---Down---].Sob..Sob....


Read more...

Artis.oo....

Tuesday, October 25, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini memang best. Rehat sepanjang hari, ha tapi saya manfaatkan masa dengan mengemaskini blog. [Cari alasan je kamu ni]. Sebenarnya, malu juga. Di kala ikhwah-ikhwah lain sibuk dengan adik-adik tercinta, saya di sini tersungkur sepi. Menghadap laptop, lagi, lagi, dan lagi..Sememangnya, saya seorang akhi (ke?) yang --Blur--

Justin Bieber: Apakah?

Dalam dunia masakini, artis ibarat kegilaan. Setuju tak? Dan sehinggalah ke hari ini, artis ibarat ikon dan idola para remaja. Sinonimnya artis ni adalah pelakon dan penyanyi. Kebanyakan remaja terpengaruh dengan perwatakan mereka, termasuklah saya juga. Adoi. Dulu-dulu, saya ikut style "nirvana",Grunge. Seluar kecik bawah ma, bergaya dengan kasut sekolah converse.Remaja sekarang, pakai sweater tengah panas digayakan dengan kasut high cut. Trend sape ye? Sekarang ni brother sebelah ni tengah hot. Yeke? Saya mengaku saya buta dunia artis.



Saya juga antara jutaan hamba Allah s.w.t yang tidak lari dari sukakan hiburan. Hoyeh~~ Time boring-boring, saya mesti isi dengan dengar nasyid, membaca, atau pun lain-lain. Adakah anda rasa saya bercakap benar? huhu. Ya, saya tipu perkataan "mesti". Sebenarnya "kadangkala". Kebanyakan masa yang selebihnya digunakan untuk melayan kemanjaan diri yang makin tua ini. Adoi. Sekejap-sekejap, mesti mahu tidur. Asyik tidur je. 
[ Tidur dalam kubur kan lama, kurangkan sikit tidur di dunia ni]. Em? ---senyap----

Pakcik-pakcik Shoutul Harokah pun artis. Mereka sangat kool =)
Saya suka nasyid. Ye, suka gile. Mesti anda cop saya skema dan baik kan? Hoho.. Sekiranya begitu, anda salah. Sayalah insan yang sukakan lagu-lagu HUHA sebelum ditarbiyah. Cradle of filth "Nephertemine", Best kot.. Apa lagi, Najwa Latif-Cinta Muka Buku-? Tet.. Lagu ini keluar lepas saya sedar lagu ini tak memberi apa-apa kesan yang baik kepada iman. [Yelah.Padahal kadang-kadang terdengar pun ternyanyi sama juga. Astaghfirullah.huhu]

Paling susah nak hilang. huhu.....
Adoi, kenapa susah sangat nak sental Karat-karat jahiliyah yang ada dalam hati ini? Saya cemburu dengan insan-insan yang dirinya sepanjang masa mendengar alunan Al-Quran. Serius cemburu. Lama-lama dengar, mesti boleh hafal kan? Bergayanya. Lepas dah hafal, faham maksud, lagi best bila amalkannya. Serius memang sangat bergaya. [Mata bersinar-sinar]. Dunia sekarang ni memang dashyat. Lagu macam-macam, itu satu hal. Tapi artis macam-macam pun satu hal juga. Saya sangat pelik, maaf yeh, bukanlah saya ni anti artis, cuma saya sangat pelik bila artis digilai sehingga dijadikan "idola". Sehinggakan:-


Saya:Adik nak jadi ape? 
Adik: Saya nak jadi mujahidin Palestin.
Saya: "Tertunduk malu"
Si Abang:Adik-adik, dah besar nanti nak jadi ape?
Si Adik: "Shaye nak jadi penyanyi macam Cik Siti Wan Kembang". 
Si Abang: Apakah?

Tapi, banyak perubahan yang baik kepada artis sekarang. Tengoklah perubahan artis seperti Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah, Irma Hasmi, dan ramai lagi yang bersungguh-sungguh mencari kebaikan ke arah keredhaan Allah s.w.t. Tak ke kita rasa sangat kacak dan bergaya bila mereka berubah dan mengubah masyarakat mendekati Allah? 


Sebaiknya, kita  nilailah dengan spek mata iman kita. Kalau kanta iman kita nipis, mesti nampak mereka insan yang "wah!!!". Tapi jika sebaliknya, saya pasti kita akan melihat mereka dengan "Alahai.....ciannya"Apa pun, kita mesti sentiasa ingat, yang sesungguhnya dunia ini hanya senda gurau. Alala...ibarat main daytona, camtu je..Firman Allah s.w.t:-


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya;kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
-Al-Ankabut [64] -


Moga kita mampu bezakan di antara yang baik dan buruk.Ayuh, tebalkan kanta iman kita! . 

Read more...

Pertolongan Allah yang "Awesome"

Bismillahirrahmanirahim;
Syukurnya, masih berbaki lagi tujuh hari untuk saya menamatkan praktikal di Hicom Diecasting Shah Alam. Hoyeh~~ Menghitung hari itu bagaikan nikmat, lantaran kerana keseronokan menamatkan zaman belajar. [Excited~~~]. Ceria ibarat mendapat Choki-Choki. haha~~[Shah, boleh jadi kamu juga sedang mengira hari kematian kamu] Gulp, menelan air liur. Terkedu.

Astaghfirullahalazim~~


19 Oktober 2011: Tarikh keramat dimana tayar motor kami pancit. Oh, saya pergi praktikal di Shah Alam dengan menumpang motor kawan sekerja, Ayol (bukan nama sebenar). Tayar pancit di exit 6A ke Putrajaya|Cyberjaya|Kajang. Setelah mengira, menambah dan menolak jarak perjalanan, kami sedar masih ada 23 +/- kilometer. Ala, 23 +/- km je.. Je?...Jadi, kami berdua pun syura. Pertamanya, kami memikirkan siapa kawan-kawan yang harus kami hubungi untuk meminta pertolongan. Fikir-Fikir, dan akhirnya BUNTU.
Kedua, kami menetapkan untuk menolak motor dari tempat kejadian sehinggalah ke Bandar Baru bangi.

Anda bayangkan,
"Betapa banyak peluh dan kalori kami yang akan hilang?"

Tapi, dengan kuasa Allah, kami tak perlu menolak. Alhamdulillah, Allah turunkan pertolongannya kepada kami dengan menghadirkan seorang brother yang steady menunggang Kawasaki 250 oldiesnya seraya bertanya:-

"Adik, tayar pancit ye?Nak tolong ke?Saya ade tayar spare ni"

Kami: Alhamdulillah.~~~~

Syukur Alhamdulillah
Masa tukar tayar tu, dia sempat tazkirah "Hidup ini pasti berakhir..Dunia ni xde pape pun.. akhirat juga yang kekal". Bayangkan, semasa dalam keadaan begitu pun, dia sempat memberikan peringatan. Betapa berharga dan terkesannya ke atas peringatan yang diberikan. Tiba-tiba rasa malu dengan diri sendiri, kerana sendiri tak pasti sama ada saya boleh cakap macam borther ni...[Tanya iman kamu Shah..sendiri tau ma..]

Di dalam hati saya "Besarnya pahala abe ni..oh..sungguh kool dan steady, bergaya gile..eh, muka die macam Ustaz Azhar Idrus la..ha,yelah"


Tak lama lepas tu, siaplah sesi "HENSHIN" tayar. Kami pun tong-tong (berkongsi) RM 20 untuk diberikan kepadanya sebagai tanda terima kasih. Walaupun nilainya tidak sebesar mana, at least ade dari tiada kan. Nasib baik saya sempat cakap "Semoga Allah membalas kebaikan abang dengan syurga". Dia tersenyum. Amin Ya Rabb.. kami mengakhiri pertemuan dengan ucapan salam.. Firman Allah s.w.t

“ Apakah kamu mengira kamu akan memasuki syurga, sedangkan belum tiba kepada
kamu(cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpakan
malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan(dengan pelbagai dugaan) sehingga
berkatalah Rasul dan orang yang bersamanya, bilakah datangnya pertolongan ALLAH?
Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amatlah dekat”
Surah Al-Baqarah ayat 214.

Walaupun di pertengahan jalan tu ade problem sikit, tapi gladly kami selamat sampai ke Bangi tanpa menolak. Syukur sangat-sangat. Oh, tidak terbayang betapa bergayanya umat terdahulu yang sanggup merentas padang pasir beratus kilometer dalam hijrah dari Mekah ke Madinah, semuanya semata-mata untuk menyebarkan kalimah yang Haq! Saya? Mahu tolak motor pun dah mengeluh...ish..ish...
Akhirnya. Jangan sesekali kita berputus asa dengan janji Allah. Sebab janji Allah itu sungguh Awesome. Jika bukan di dunia, akhirat lagi bagus..insyaALLAH..

Read more...

Sakit!!Mummy..Eh,silap..Umi, tolong....



Astaghfirullah, sakitnya masih lagi tersimpan di dalam benak fikiran ini. Puasa ke-dua, tarikh keramat bagi saya kerana secara rasminya buat kali kedua saya terlibat dengan kemalangan motor. Bergaya kan?-Tet-

My first time:
Kaya-Kaya!!
Pengalaman pertama: ketika masih lagi dibangku tadika, saya dilanggar ketika riang ria raya lintas jalan raya kerna misi kutip duit raya maka terseret beberapa meter jauhnya. Dahi saya koyak. Teringat lagi menangis teresak-esak menahan kesakitan, disulami dengan lagu raya dari Sanisah Huri.




My Second Time
Motorbot Jalan Raya
Puasa kedua bulan ramadhan pada tahun 2011. Disebabkan telah lewat ke tempat kerja, saya memecut laju. Kebetulan, hati memang tidak selesa. Tidak lama selepas itu, terjadilah kemalangan kedua di mana saya jatuh terseret dengan bergayanya menaiki Motor Bot Jalan Raya, Modenas Elegance. Syukurlah saya jatuh bersendirian. Hasilnya:-

Motor: Fork Patah|Side Mirror pecah|Body Rosak
Saya: Lutut kiri Koyak|Tangan kiri dan kanan luka|Alhamdulillah muka selamat

Mujurlah terdapat insan-insan yang membantu ketika jatuh. Setelah keadaan tenang, saya terus menghubungi naqib, Supervisor di Hicom, dan ikhwah RI Al Banna. Kebetulan, terdapat ikhwah-ikhwah yang tiada kelas terus datang membantu, Hazwan dan Naqiudin, merekalah insan-insan yang datang membantu. Oh, jangan salah sangka,  kenapa saya memberitahu insan-insan ini mendahului keluarga saya? Jawapannya:-

Mereka di Sabah|Tak mahu mereka risau|Emak sangat tak bagi saya bawa motor

Setelah sampai di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, saya terus dimasukkan ke wad kecemasan. Pada masa itu, saya masih mampu tersenyum walaupun menahan kesakitan. Terasa agak bergaya ketika itu. Ditambah dengan persoalan :-
Abang M.A (Medical Assistant) “Ai, accident punya teruk camni pun boleh senyum lagi?”. Saya: “Boleh tahan lagi abg..”
Abang M.A menambah lagi “ Lepas ni konfom kamu xsenyum. Abang nk cuci luka ni”.
Saya “Muka terus berubah.[ Pucat|Cuak|Degup jantung laju = Apakah itu]”
Abg M.A “Abang nak basuh luka kamu ni 3 kali. Sebab luka kamu ni banyak masuk pasir, "1st: abg basuh pakai air yang disteril, 2nd: Iodin 3rd: Hydrogen Peroxide
Saya terfikir “No 2 mesti sakit. No 3 ni mende ape ye?Xpe,tahan je lah..boleh punya”
 Berikut adalah reaksi saya selepas terkenanya cecair cucian itu:-
  •        Air Steril: Boleh senyum lagi. Kacak kan? [Uwek~~]
  •     Iodin: Berkerut menahan sakit [Ho yeh]
  •     Hydrogen Peroxide[HP]: Menangis dan Menjerit [Adoi~~]


Sakit. Sakit..
Oh, penerangan. Luka saya agak dalam lukanya. Bayangkan, kedalaman luka kiri itu menampakkan tulang, dan sedalam itulah cecair HP memenuhi ruang luka. Terms used are “laceration wound”. Masa cucian yang ketiga, memang sangat-sangat-sangat sakit. Dengan tak malunya saya menjerit dan menangis teresak-esak menahan sakit. Paling sakit masa luka dekat lutut kiri.. Masa itu, kaki kanan ringan je nak pergi dekat kepala abang M.A. Syukurlah, Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.Memang sakit~~~




Usai cucian, saya menjalani X-Ray [Alhamdulillah, tiada retak]. Doktor di klinik bandar Baru Bangi pun berkata [ Luka kamu tak boleh jahit biasa..kena operation dekat hospital kajang] saya [Operation? Erk??] Kemudian, saya naik Ambulan dengan siren yang berbunyi. Kacaknya[my first time ever]..  Sampai di Hospital kajang , doktor kata [“Operation kamu lambat lagi, sebab ada beberapa kes lain yang teruk sekarang. Paling lambat tengah malam k”]. Saya kata OK Doktor.

Di sebalik kejadian ini, terlalu banyak pengajaran yang saya perolehi. Firman Allah s.w.t

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah an Nisa:4:56)

Baru kena HP di kulit, sudah menjerit? Nauzubillah, bayangkan! Penjaga neraka langusng tidak akan beri muka atau amaran, seksaan demi seksaan yang sangat dashyat menyinggah kepada para hamba-Nya yang ingkar. Tiada belas kasihan!! Dan kulit yang hangus berganti, dan terus berganti, tidak terperi sakitnya.................Tiada lagi ibu yang menolong,bahkan tiada makhluk yang mampu membantu, melainkan amal dan ihsan Allah sahaja penyelamatnya.

Sayang anda semua =)
Dan lagi,selain dari keluarga kandung, baru saya tahu ramai yang sayangkan saya(malu) . Antara lawatan yang telah saya terima:
Abdul Majeed Zulkipli & Sahabatnya| Kawan-kawan UniKL MFI yang ramai (ramai sangat)| Saudara mara| Ketua Pemuda IKRAM Hulu Langat| Wakil Aqsa Syarif| Ikhwah Muah-Muah RI Al Banna| Naqib & Usrah tersayang Shah Alam| Usrah saya yang tersayang|
Terima kasih di atas makanan yang memenuhi wad. Hanya Allah sahaja yang bisa membalasnya.(Sob Sob)




Setelah itu, saya mendapat cuti selama sebulan sepuluh hari. Jadi, saya mengambil peluang untuk pulang ke Kota Kinabalu dengan kaki yang berjalan tempang. Sungguh, ia pengajaran yang amat besar bagi diri ini. Apa-apa pun, insyaALLAH:-

Peace: No more Elegance: Fullstop. EX5? Say yes to manual motor. Say No to scooter.

Read more...

Panggilan "Maut" yang menyedarkan. Alhamdulillah.

Monday, October 24, 2011

[Perhatian. Kisah ini tiada sebarang maksud. Jauh sekali untuk menafsirkan ia sebagai sesuatu yang akan terjadi. Anggaplah ia sebagai perkongsian bersama. Moga terdapat pengajaran di dalamnya. Wallahualam]

Bismillahirrahmanirahim..

Ya Allah, seram sejuk saya menerima panggilan hari ini.. Peringatan yang sangat menyedarkan diri ini dalam konteks keikhlasan berada di dalam jalan dakwah ini. Moga kisah ini boleh dijadikan ibrah (pengajaran) kepada kita, terutama diri saya yang sentiasa lemah ini.
[Ring-Ring]

Baru ini, saya telah menerima panggilan dari anak usrah tersayang yang dirahsiakan identitinya. hoho~~



Di dalam kisah ini, sila baca perbualan ini dengan teliti.



"Enta sihat?Alhamdulillah. Sebenarnya, ana ade benda nak citer kat enta ni.. seram jugalah. Camni, ana mimpi ana dan enta dan beberapa orang yang lain masuk penjara. Kita berdua akan dihukum gantung bersama para BA (banduan akhir). Masa tu, enta bawa kamera, kata nak masuk dalam FB, n masa jalan-jalan ke sel tahanan, kite terjumpa seorang pakcik ni.. Dia tengah makan, duduk cara Rasullah makan.. tak nampak muka die sebab gelap,tapi nampak badan dan kaki die..dekat baju die state "BA". Dalam masa tu, die bertanya, "anak, anak Al-Quran tak? Boleh pinjamkan dekat pakcik?" Ana selalu bawa Quran yang enta bagi dalam beg ana yang masa kita jumpa.. so ana memang nak bagi dekat pakcik tu, tapi enta halang sebab kata "Eh, takkan enta nak bagi quran yang ana bagi ni kepada pakcik ni..xpe2..biar ana yang bagi"..pakcik tu menambah "xpe nak,pakcik nak pinjam kejap je lepas Subuh ni pakcik ni akan mati" Lepas tu enta pun keluarkan Quran enta untuk dibagi..tapi enta pun macam takut-takut nak bagi..tiba-tiba dah azan subuh..terus ana tersedar dari tidur..

Mimpi?
Mimpi. Kerap kali kita dengar mimpi itu permainan tidur kan? 
Setelah berborak dan berbincang tentang mimpi itu, yang mana saya tetap mengingatkan mimpi tidak lain tidak hanya permainan tidur. Namun, terselit juga beberapa peringatan dariNya kerna setiap yang terjadi pasti punya hikmah. Kami mengakhiri dengan ucapan salam. Setelah itu, saya terus berfikir;
Ya Allah, sungguh setiap mimpi itu memang adanya permainan syaitan, namun ada juga mimpi sebegini yang sungguh menyedarkan. Di kala ini, saya sangat merasai betapa Allah ingin memberikan peringatan terutamanya kepada saya tentang pengajaran sebuah kehidupan iaitu:-

Betapa pentingnya untuk meletakkan niat dalam sesuatu perkara yang mana ia ikhlas semata-mata hanya untuk mencari redha Allah s.w.t
Mungkin di dalam hati saya tidak sebenar ikhlas. Terkesima... Sedih..Sedih...

Perjalanan dan pengakhiran seorang mujahid yang benar-benar menazarkan dirinya demi islam.
Lihatlah pengakhiran As-Syahid Syed Qutb? Betapa agungnya insan ini yang disabitkan kesalahan hanya kerana mempertahankan kalimah Haq dan akhirnya syahid di tali gantung? Oh, jangan bandingkan saya sama sekali dengan mujahid ini. Ibarat langit dan bumi perbezaannya. Kadang kala, saya juga terbayang sekiranya situasi ini menghimpit kita, apakah iman kita seteguh para mujahid yang terdahulu? -------------


Firman Allah s.w.t::-
'Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.'-[Az Zumar:42]

Sabda Rasulullah SAW,
“Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.”  (Hadis Imam Muslim).

Sudahkah kita bersedia?.......
Terima kasih Allah, diatas peringatan yang sangat menyegarkan. Teguhkanlah hati para hambaMu ini ya Allah agar sentiasa tabah dan kukuh menjalani tanggungjawab, meniti dan seterusnya menongkah arus jahiliyah masakini.
Sungguh, janganlah kau biarkan kami bergantung harap pada yang lain selain Kau ya Allah..Betapa lemahnya hambaMu ini ya Allah.

Mood: Sedih..Terpana. Terfikir.
Terima Kasih di atas panggilan "maut" yang menyedarkan.

Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP