Tak untung lor.

Sunday, October 30, 2011

Bismillahirahmanirrahim;

Terasa lambat sahaja hari-hari yang berlalu. Di dalam entri Dai’, Apakah?, saya berkongsi yang sesungguhnya saya telah menjadi insan yang layak menerima bantuan dari baitulmal RI Al Banna. Malangnya, duit tabung bantuan juga telah habis kerna program-program “WOW” bersama adik-adik tercinta. Maka, ia menjadikan saya insan yang berfikir dan kelaparan. Bukan tak boleh minta tolong dengan ikhwah-ikhwah, tapi kebanyakan dari kami pun berstatus “penerima bantuan”. Maklumlah pelajar kan. [Itulah kamu Shah, tak reti nak berjimat cermat. Padan muka]

26hb Oktober 2011: Poket kering mengajar saya untuk menahan lapar dengan sekeping roti telur dan secawan radix di pagi hari, dinikmati bersama dengan ikhwah muah-muah tersayang. Bila difikir pada malamnya ada Majlis Resepsi Insan Usrah saya yang tersayang, saya menyimpan segala macam kelaparan dengan harapan untuk mengisinya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. hoho~~

Dan bila tiba malamnya, tibalah saat yang dinanti. Bergaya ibarat Brother yang banyak wang di dalam dompetnya, saya melangkah yakin ke tempat Resepsi. Selangkah masuk ke perkarangan dewan, saya terus “ Apakah tempat ini?”. Memang cantik. Itulah Dewan Seri Indon, Presint 10 Putrajaya. Di luar dewan itu, terpampanglah muka makcik-makcik yang saya rasa “Apa ini?”. Tapi, saya tidak peduli semua itu kerna ada misi yang lebih penting iaitu berjumpa dengan insan tersayang, selain dari mengisi perut.huhu..

Apa pun, saya perbaharui niat saya sesungguhnya niat saya kerana Allah. Itu penting. Tapi bila perut mula berokestra, kadang-kadang terlupa niat asalnya. [Teruknya kamu ni]. Usai menunaikan kewajipan isyak kepada Allah, saya terus pergi ke dewan. Sebelum masuk, saya melihat “Ramainya orang. Wah, grandnya…Siap ade yang pakai suit.”. Kebetulan masa itu, insan tersayang bersama isterinya sedang siap bersedia melangkah masuk ke dalam dewan. Kami memandang  dari jauh “Cewah” sambil mengangkat tangan “Bergaya kan?” “Pon-pon”. Eh, silap itu bunyi hon. “Pak Pak Kepung Kepung” kompang berbunyi, masuklah mempelai ke dalam dewan.

Setelah itu, baru saya masuk. Bila masuk, saya rasa “eh, tempat ini..alamak,segannya”. Free sitting,tapi ada yang duduk bekeluarga, berteman, dan banyak lagi. Saya keseorangan, malu nak duduk. Malu sangat-sangat. Yelah, tempat grand, orang yang datang pun grand-grand, lagilah menambahkan rasa itu. Adalah beberapa tempat kosong, tapi saya sangat segan nak duduk sebab semua perempuan, berkeluarga.. Akhirnya, saya berdiri sepanjang majlis, dan tak lama lepas itu, saya membawa diri ke surau. Benar, perut saya memang lapar. Tapi, ada yang lebih lapar. Itulah hati…

Di akhirnya, saya menyedari yang saya memang "tak kan untung”. Kebetulan, malam itu di RI Al-Banna juga ada BBQ dan makan-makan bersama adik-adik tercinta. Jadi, saya mengambil langkah bijak dengan menghantar msg “Qiq, kt rumah de makanan lebih kan? Smpn skit utk aku..Lapar ni beb..aku xuntunglah hari ni”..Dan msg yg dibalas “Makanan habis”. Saya “Adoi…Sob Sob(T___T)”.. Menahanlah kelaparan sehingga pukul 11 30..



Setelah itu, ikhwah muah-muah tersayang datang mengambil saya di Dewan Seri Indon. Kebetulan saya terpaksa pulang ke Shah Alam itu, dengan selambanya saya meminta mereka menghantar saya ke sana. Di dalam kereta, saya terbau ayam. Syaqiq (bukan nama sebenar) pun berkata “Kitorang ade smpn ayam untuk ko..saje je msg xde..haha”.
Saya “—terharu—”. Sob..Sob.. Sedapnya ayam dan nasi goring masakan Surip (bukan nama sebenar). Surip kata “Eh Shah, ko x bau ayam tu pelik ke?” Syaqiq membalas “Member kalo dah lapar, sume benda sedap je.haha~~”. Saya membalas  “Ape jelah ib. Sedap je aku rasa..member perut dah lapar.hoho”. Alhamdulillah~~

Banyak pengajaran yang saya perolehi. Apa yang paling saya sedar, betapa hebatnya perancangan kita, tetapi sedarlah perancangan Allah lebih hebat.  Hablumminallah, betapa pentingnya menjaga hubungan dengan-Nya. Kerana, setiap yang baik itu sentiasa datang dari-Nya. Jadi, kita kenalah selalu dekat-dekat dengan Dia. Jagalah hubungan dengan Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Kata HAMKA “Apa yang kita ada ini pun sudah harapan”
-Terima kasih Allah s.w.t-


0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP