Pertolongan Allah yang "Awesome"
Tuesday, October 25, 2011
Bismillahirrahmanirahim;
Syukurnya, masih berbaki lagi tujuh hari untuk saya menamatkan praktikal di Hicom Diecasting Shah Alam. Hoyeh~~ Menghitung hari itu bagaikan nikmat, lantaran kerana keseronokan menamatkan zaman belajar. [Excited~~~]. Ceria ibarat mendapat Choki-Choki. haha~~[Shah, boleh jadi kamu juga sedang mengira hari kematian kamu] Gulp, menelan air liur. Terkedu.
Astaghfirullahalazim~~
19 Oktober 2011: Tarikh keramat dimana tayar motor kami pancit. Oh, saya pergi praktikal di Shah Alam dengan menumpang motor kawan sekerja, Ayol (bukan nama sebenar). Tayar pancit di exit 6A ke Putrajaya|Cyberjaya|Kajang. Setelah mengira, menambah dan menolak jarak perjalanan, kami sedar masih ada 23 +/- kilometer. Ala, 23 +/- km je.. Je?...Jadi, kami berdua pun syura. Pertamanya, kami memikirkan siapa kawan-kawan yang harus kami hubungi untuk meminta pertolongan. Fikir-Fikir, dan akhirnya BUNTU.
Kedua, kami menetapkan untuk menolak motor dari tempat kejadian sehinggalah ke Bandar Baru bangi.
Anda bayangkan,
"Betapa banyak peluh dan kalori kami yang akan hilang?"
Tapi, dengan kuasa Allah, kami tak perlu menolak. Alhamdulillah, Allah turunkan pertolongannya kepada kami dengan menghadirkan seorang brother yang steady menunggang Kawasaki 250 oldiesnya seraya bertanya:-
"Adik, tayar pancit ye?Nak tolong ke?Saya ade tayar spare ni"
Kami: Alhamdulillah.~~~~
Syukur Alhamdulillah |
Masa tukar tayar tu, dia sempat tazkirah "Hidup ini pasti berakhir..Dunia ni xde pape pun.. akhirat juga yang kekal". Bayangkan, semasa dalam keadaan begitu pun, dia sempat memberikan peringatan. Betapa berharga dan terkesannya ke atas peringatan yang diberikan. Tiba-tiba rasa malu dengan diri sendiri, kerana sendiri tak pasti sama ada saya boleh cakap macam borther ni...[Tanya iman kamu Shah..sendiri tau ma..]
Di dalam hati saya "Besarnya pahala abe ni..oh..sungguh kool dan steady, bergaya gile..eh, muka die macam Ustaz Azhar Idrus la..ha,yelah"
Tak lama lepas tu, siaplah sesi "HENSHIN" tayar. Kami pun tong-tong (berkongsi) RM 20 untuk diberikan kepadanya sebagai tanda terima kasih. Walaupun nilainya tidak sebesar mana, at least ade dari tiada kan. Nasib baik saya sempat cakap "Semoga Allah membalas kebaikan abang dengan syurga". Dia tersenyum. Amin Ya Rabb.. kami mengakhiri pertemuan dengan ucapan salam.. Firman Allah s.w.t
“ Apakah kamu mengira kamu akan memasuki syurga, sedangkan belum tiba kepada
kamu(cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpakan
malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan(dengan pelbagai dugaan) sehingga
berkatalah Rasul dan orang yang bersamanya, bilakah datangnya pertolongan ALLAH?
Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amatlah dekat”
Surah Al-Baqarah ayat 214.
Walaupun di pertengahan jalan tu ade problem sikit, tapi gladly kami selamat sampai ke Bangi tanpa menolak. Syukur sangat-sangat. Oh, tidak terbayang betapa bergayanya umat terdahulu yang sanggup merentas padang pasir beratus kilometer dalam hijrah dari Mekah ke Madinah, semuanya semata-mata untuk menyebarkan kalimah yang Haq! Saya? Mahu tolak motor pun dah mengeluh...ish..ish...
Akhirnya. Jangan sesekali kita berputus asa dengan janji Allah. Sebab janji Allah itu sungguh Awesome. Jika bukan di dunia, akhirat lagi bagus..insyaALLAH..
0 komen:
Post a Comment