Sakit!!Mummy..Eh,silap..Umi, tolong....
Tuesday, October 25, 2011
Astaghfirullah, sakitnya masih lagi tersimpan di
dalam benak fikiran ini. Puasa ke-dua, tarikh keramat bagi saya kerana secara
rasminya buat kali kedua saya terlibat dengan kemalangan motor. Bergaya
kan?-Tet-
My first time:
Kaya-Kaya!! |
Pengalaman pertama: ketika masih lagi dibangku
tadika, saya dilanggar ketika riang ria raya lintas jalan raya kerna misi kutip
duit raya maka terseret beberapa meter jauhnya. Dahi saya koyak. Teringat lagi
menangis teresak-esak menahan kesakitan, disulami dengan lagu raya dari Sanisah
Huri.
My Second Time
Motorbot Jalan Raya |
Puasa kedua bulan ramadhan pada tahun 2011.
Disebabkan telah lewat ke tempat kerja, saya memecut laju. Kebetulan, hati memang tidak selesa. Tidak lama selepas itu, terjadilah kemalangan kedua
di mana saya jatuh terseret dengan bergayanya menaiki Motor Bot Jalan Raya,
Modenas Elegance. Syukurlah saya jatuh bersendirian. Hasilnya:-
Motor: Fork Patah|Side Mirror pecah|Body Rosak
Saya: Lutut kiri Koyak|Tangan kiri dan kanan
luka|Alhamdulillah muka selamat
Mujurlah terdapat insan-insan yang membantu ketika
jatuh. Setelah keadaan tenang, saya terus menghubungi naqib, Supervisor di
Hicom, dan ikhwah RI Al Banna. Kebetulan, terdapat ikhwah-ikhwah
yang tiada kelas terus datang membantu, Hazwan dan Naqiudin, merekalah
insan-insan yang datang membantu. Oh, jangan salah sangka, kenapa saya memberitahu insan-insan ini
mendahului keluarga saya? Jawapannya:-
Mereka di Sabah|Tak mahu mereka risau|Emak sangat
tak bagi saya bawa motor
Setelah sampai di Klinik Kesihatan Bandar Baru
Bangi, saya terus dimasukkan ke wad kecemasan. Pada masa itu, saya masih mampu tersenyum
walaupun menahan kesakitan. Terasa agak bergaya ketika itu. Ditambah dengan
persoalan :-
Abang M.A (Medical Assistant) “Ai, accident punya
teruk camni pun boleh senyum lagi?”. Saya: “Boleh tahan lagi abg..”
Abang M.A menambah lagi “ Lepas ni konfom kamu
xsenyum. Abang nk cuci luka ni”.
Saya “Muka terus berubah.[ Pucat|Cuak|Degup jantung
laju = Apakah itu]”
Abg M.A “Abang nak basuh luka kamu ni 3 kali. Sebab
luka kamu ni banyak masuk pasir, "1st: abg basuh pakai air yang disteril, 2nd:
Iodin 3rd: Hydrogen Peroxide”
Saya terfikir “No 2 mesti sakit. No 3 ni mende ape
ye?Xpe,tahan je lah..boleh punya”
Berikut
adalah reaksi saya selepas terkenanya cecair cucian itu:-
- Air Steril: Boleh senyum lagi. Kacak kan? [Uwek~~]
- Iodin: Berkerut menahan sakit [Ho yeh]
- Hydrogen Peroxide[HP]: Menangis dan Menjerit [Adoi~~]
Sakit. Sakit.. |
Oh, penerangan. Luka saya agak dalam lukanya.
Bayangkan, kedalaman luka kiri itu menampakkan tulang, dan sedalam itulah
cecair HP memenuhi ruang luka. Terms used are “laceration wound”. Masa cucian
yang ketiga, memang sangat-sangat-sangat sakit. Dengan tak malunya saya
menjerit dan menangis teresak-esak menahan sakit. Paling sakit masa luka dekat
lutut kiri.. Masa itu, kaki kanan ringan je nak pergi dekat kepala abang M.A.
Syukurlah, Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.Memang sakit~~~
Usai cucian, saya menjalani X-Ray [Alhamdulillah,
tiada retak]. Doktor di klinik bandar Baru Bangi pun berkata [ Luka kamu tak
boleh jahit biasa..kena operation dekat hospital kajang] saya [Operation?
Erk??] Kemudian, saya naik Ambulan dengan siren yang berbunyi. Kacaknya[my
first time ever].. Sampai di Hospital
kajang , doktor kata [“Operation kamu
lambat lagi, sebab ada beberapa kes lain yang teruk sekarang. Paling lambat
tengah malam k”]. Saya kata OK Doktor.
Di sebalik kejadian ini, terlalu banyak pengajaran
yang saya perolehi. Firman Allah s.w.t
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah an Nisa:4:56)
Baru kena HP di kulit, sudah menjerit? Nauzubillah, bayangkan! Penjaga neraka langusng
tidak akan beri muka atau amaran, seksaan demi seksaan yang sangat dashyat
menyinggah kepada para hamba-Nya yang ingkar. Tiada belas kasihan!! Dan kulit yang hangus berganti, dan terus berganti, tidak terperi sakitnya.................Tiada lagi ibu yang menolong,bahkan tiada makhluk yang mampu membantu, melainkan amal dan ihsan Allah sahaja penyelamatnya.
Sayang anda semua =) |
Dan lagi,selain dari keluarga kandung, baru saya tahu ramai yang sayangkan saya(malu) . Antara
lawatan yang telah saya terima:
Abdul Majeed Zulkipli & Sahabatnya| Kawan-kawan
UniKL MFI yang ramai (ramai sangat)| Saudara mara| Ketua Pemuda IKRAM Hulu
Langat| Wakil Aqsa Syarif| Ikhwah Muah-Muah RI Al Banna| Naqib & Usrah
tersayang Shah Alam| Usrah saya yang tersayang|
Terima kasih di atas makanan yang memenuhi wad. Hanya Allah sahaja yang bisa membalasnya.(Sob Sob)
Setelah itu, saya mendapat cuti selama sebulan sepuluh hari. Jadi, saya mengambil peluang untuk pulang ke Kota Kinabalu dengan kaki yang berjalan tempang. Sungguh, ia pengajaran yang amat besar bagi diri ini. Apa-apa pun, insyaALLAH:-
Peace: No more Elegance: Fullstop. EX5? Say yes to
manual motor. Say No to scooter.
0 komen:
Post a Comment