Lari-lari Guni. Saya dan Mereka.

Tuesday, October 18, 2011

[Perhatian. Entri ini banyak menyentuh Usrah. Naqib. etc. Kalau ada yang kurang suka, cubalah suka ye]

Bismillahirrahmanirrahim.

Inilah kalimah agung yang dibaca oleh Rasullah s.a.w sebelum memakan anggur pemberian Addas di sebuah perkampungan, setelah lelah kerana kedegilan penduduk Taif yang tidak mahu menerima risalah ad-deen. Dengan membaca bismillah sahaja, addas yang sebelumnya memeluk agama hanif, dengan mudahnya memeluk islam. Mahu tahu kisahnya? Tanyalah. hoho. Lihat, dengan membaca bismillah pun orang boleh masuk islam. Kalau geng-geng anak muda sekarang, "well, let's eat.". Adoi. 

Antara saya dan mereka. Apa ni? Siapa saya dan siapakah mereka? Di dalam "parliamentary debate, the terms need to explained by definition refer to dictionary" (Yeke?memandai je).

Saya ialah saya. Mereka pula adalah insan-insan yang sebaya dengan saya yang telah lama mengikuti jalan dakwah dan tarbiyah. Pertama sekali, saya masih lagi baru di dalam dunia yang sememangnya kacak dan bergaya ini. Ye, pepatah melayu berkata "Kalau salah tolong tunjukkan". 
Usrah dengan cinta.
Memang bergaya. Ho yeah.

Jujurnya, dulu saya lari-lari guni untuk datang ke usrah. Oh ya, lebih tepat, macam "chipsmore". Now you see, now you don't. Ho yeh. Teruk kan? 
Pada bulan Oktober tahun 2009, teringat lagi masa di saat kali pertama saya menghadiri halaqah (bulatan) gembira, dengan semangat yang tinggi, saya melangkah dengan gagah dan berani. Duduk ibarat si Badang, saya pun duduk mendengar pengisian mantap dari naqib saya yang pertama. Mula-mula tilawah (alamak), memang -OUT-. Teruk beb. Dulu-dulu, boleh kiralah pakai jari berapa kali baca Quran. (geleng kepala).

Setelah tilawah, bermulalah sesi pengisian surah An-Nas. Wah, saya cukup bersemangat di 20 minit yang pertama. Hampir ke minit 30, saya sudah mula baring. (Teruk. Teruk). Setelah itu, berlalulah sesi perbincangan di antara ahli keluarga(usrah) bersama naqib, berlarutan sehingga 3++ jam. Perjumpaan usrah pertama mencatat rekod 3 ++jam. Dengan kefahaman yang cetek, dengan selambanya saya berfikir "Oh, mcmni usrah. xpelah..lps ni kna mnta set 2 jam je. xbleh lbh2..datang bile free pun ok.banyak keje lain nih.."

Ready, Lari!!~~
Pertemuan usrah pertama 3 jam, sejarah ini yang saya tidak mungkin lupa. Ha, yang tidak pernah join usrah, jangan takut. Kenapa? Kalau kita pergi shopping, main badminton atau sebarang aktiviti "HuhuHaha" boleh 3 jam atau lebih, setakat duduk beberapa jam membincangkan kebesaran Allah dan masalah umat tak kan tak boleh kan? hoho~~ 

Sebab saya lampi (istilah Lambat Pick-Up), bermulalah acara lari-lari guni dalam menghadiri usrah. Teruk kan?

Dan sekarang,setelah sekain lama, barulah saya faham kepentingan usrah. Kerna dalam usrah, kita subur tarbiyyah. Ayat ini bergaya kan? hoho. Tapi, tahukah anda bahawa naqib-naqib saya adalah sebaya dengan saya? Ya, naqib yang pertama sebaya dengan saya. Begitu juga yang kedua. Cuma yang ketiga tua setahun, jadi dengan bangganya saya panggil dia "Abang". Kawan saya kata "Ape panggil abg, panggillah akhi". Tak biasa lah. Saya lagi senang panggil abang. Oh ya, naqib saya di Shah Alam juga sebaya saya, boleh je panggil "akhi". (Apalah kamu ni shah). [Perhatian: Panggilan tidak penting. Panggillah ikut suka selagi mana panggilan itu menghormati orang]

Model Dolce & Gabbana. X mahulah.
Dari cerita ini, sebenarnya saya rasa agak bawah (down) sebab saya lambat mengenali dunia yang sangat kacak dan bergaya ini. Mereka yang sebaya saya telah jauh melangkah dalam mencetak kader-kader "Yufakihufiddin" yang lain. Saya? Tatih. Tatih. Ha, pandai. Macam bayi gemuk yang baru nak belajar berjalan di dalam dakwah dan tarbiyyah. Mereka? Kalau saya bayi gemuk, mereka pula jejaka-jejaka yang tegap, kacak dan bergaya yang gagah melangkah di dalam harakah islam.

Dulu-dulu, saya ingat sayalah insan paling bergaya hanya kerana memakai jeans dan jam tangan Guess, baju reject Dolce & Gabbana, kasut sekolah converse, tali pinggang Calvin Klein, digayakan dengan beg louis Vuitton pasar malam dan rambut pacak-pacak. Rupanya tidak. 


Nak jadi macam Mus'ab Ibn Umair. Sangat kacak=)

Kini, Oh, semua itu sia-sia. Lagi bergaya kalau setiap kali kita berborak, kita boleh selitkan nilai-nilai islam. Pakaian? Pakailah baju Brotherhood Arts. Harganya berpatutan dan design pun cantik-cantik. Shopping? Cukuplah sekadar beli pakaian yang diskaunnya 70 %. ke atas. Simpan duit untuk kahwin. Eh, silap, untuk adik-adik. Ha, lagi satu. Mereka yang sebaya saya ni dah kahwin. Pada pandangan mata saya, merekalah orang yang paling kacak dan bergaya. Rijal Sibgah (Celupan) islam.fuh~~ 



Oh ye. Promote. Nak beli baju Brotherhood Art? Sila pergi link ini

Saya (kiri) dan Mereka (kanan)
Tapi, jangan salah sangka ye. Ini bukanlah untuk meninggi sehingga mengagungkan mereka, tetapi sekadar berkongsi betapa saya mengagumi semangat dan cara hidup mereka demi islam selain dari berkongsi pengalaman lari-lari guni.(kecik je tulis). Kita sepatutnya bersyukur sekiranya Allah memberi hidayah kepada kita, sebab bukan setiap insan yang lahir merasainya.

Kadang-kadang kita merasa lemah, dikala itu, lihatlah langit. Lihat! Luas,sungguh luas Langit ilahi itu.  Rasailah keluasan langit itu, kerna kasih sayang-Nya terhadap kita jauh merentasi keluasan langit itu. Jadikan diri kita sebagai hamba yang sebenar-benar hamba, yang kadang kala kita bisa terjatuh, tapi bangkitlah kembali. kerna itulah kemanisan mujahadah. Moga di akhir nanti, kita mampu merasa yang sesungguhnya;


Murabbi. Demi Allah s.w.t, Nabi dan Para RasulNya, Profesion yang sungguh kacak dan bergaya.-Shah Redza Rosli-HO yeah.


0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP