Panggilan "Maut" yang menyedarkan. Alhamdulillah.
Monday, October 24, 2011
[Perhatian. Kisah ini tiada sebarang maksud. Jauh sekali untuk menafsirkan ia sebagai sesuatu yang akan terjadi. Anggaplah ia sebagai perkongsian bersama. Moga terdapat pengajaran di dalamnya. Wallahualam]
Bismillahirrahmanirahim..
Ya Allah, seram sejuk saya menerima panggilan hari ini.. Peringatan yang sangat menyedarkan diri ini dalam konteks keikhlasan berada di dalam jalan dakwah ini. Moga kisah ini boleh dijadikan ibrah (pengajaran) kepada kita, terutama diri saya yang sentiasa lemah ini.
[Ring-Ring] |
Baru ini, saya telah menerima panggilan dari anak usrah tersayang yang dirahsiakan identitinya. hoho~~
Di dalam kisah ini, sila baca perbualan ini dengan teliti.
"Enta sihat?Alhamdulillah. Sebenarnya, ana ade benda nak citer kat enta ni.. seram jugalah. Camni, ana mimpi ana dan enta dan beberapa orang yang lain masuk penjara. Kita berdua akan dihukum gantung bersama para BA (banduan akhir). Masa tu, enta bawa kamera, kata nak masuk dalam FB, n masa jalan-jalan ke sel tahanan, kite terjumpa seorang pakcik ni.. Dia tengah makan, duduk cara Rasullah makan.. tak nampak muka die sebab gelap,tapi nampak badan dan kaki die..dekat baju die state "BA". Dalam masa tu, die bertanya, "anak, anak Al-Quran tak? Boleh pinjamkan dekat pakcik?" Ana selalu bawa Quran yang enta bagi dalam beg ana yang masa kita jumpa.. so ana memang nak bagi dekat pakcik tu, tapi enta halang sebab kata "Eh, takkan enta nak bagi quran yang ana bagi ni kepada pakcik ni..xpe2..biar ana yang bagi"..pakcik tu menambah "xpe nak,pakcik nak pinjam kejap je lepas Subuh ni pakcik ni akan mati" Lepas tu enta pun keluarkan Quran enta untuk dibagi..tapi enta pun macam takut-takut nak bagi..tiba-tiba dah azan subuh..terus ana tersedar dari tidur..
Mimpi? |
Mimpi. Kerap kali kita dengar mimpi itu permainan tidur kan?
Setelah berborak dan berbincang tentang mimpi itu, yang mana saya tetap mengingatkan mimpi tidak lain tidak hanya permainan tidur. Namun, terselit juga beberapa peringatan dariNya kerna setiap yang terjadi pasti punya hikmah. Kami mengakhiri dengan ucapan salam. Setelah itu, saya terus berfikir;
Ya Allah, sungguh setiap mimpi itu memang adanya permainan syaitan, namun ada juga mimpi sebegini yang sungguh menyedarkan. Di kala ini, saya sangat merasai betapa Allah ingin memberikan peringatan terutamanya kepada saya tentang pengajaran sebuah kehidupan iaitu:-
Betapa pentingnya untuk meletakkan niat dalam sesuatu perkara yang mana ia ikhlas semata-mata hanya untuk mencari redha Allah s.w.t
Mungkin di dalam hati saya tidak sebenar ikhlas. Terkesima... Sedih..Sedih...
Perjalanan dan pengakhiran seorang mujahid yang benar-benar menazarkan dirinya demi islam.
Lihatlah pengakhiran As-Syahid Syed Qutb? Betapa agungnya insan ini yang disabitkan kesalahan hanya kerana mempertahankan kalimah Haq dan akhirnya syahid di tali gantung? Oh, jangan bandingkan saya sama sekali dengan mujahid ini. Ibarat langit dan bumi perbezaannya. Kadang kala, saya juga terbayang sekiranya situasi ini menghimpit kita, apakah iman kita seteguh para mujahid yang terdahulu? -------------
Firman Allah s.w.t::-
'Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.'-[Az Zumar:42]
Sabda Rasulullah SAW,
“Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” (Hadis Imam Muslim).
Sudahkah kita bersedia?....... |
Terima kasih Allah, diatas peringatan yang sangat menyegarkan. Teguhkanlah hati para hambaMu ini ya Allah agar sentiasa tabah dan kukuh menjalani tanggungjawab, meniti dan seterusnya menongkah arus jahiliyah masakini.
Sungguh, janganlah kau biarkan kami bergantung harap pada yang lain selain Kau ya Allah..Betapa lemahnya hambaMu ini ya Allah.
Mood: Sedih..Terpana. Terfikir.
Terima Kasih di atas panggilan "maut" yang menyedarkan.
0 komen:
Post a Comment