Ha, Time ni lah!
Saturday, October 29, 2011
[Ketika tarikh yang termaktub, saya adalah insan yang belum mengikuti usrah. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran yang baik untuk anda, moga menjadi saham kita di kemudian hari. Amin ya Rabb=)]
Bismillahirahmanirahim.
Setelah sekian lama saya tidak membuka laptop sendiri, saya begitu teruja membuka gambar-gambar yang ada. Ada gambar yang seronok bila melihatnya, dan ada juga yang meruntun hati. Apakah gambar yang meruntun hati? Itulah Gambar Majlis Berbuka Dan Khatam Al-Quran.
Sejarah hitamku.
Saya memulakan sesi pengajian di UniKL MFI pada sesi julai 2008. Pada masa ini, ia di penggal terakhir saya memegang jawatan –tet- di dalam MPP untuk sesi 08/09. Kenapa meruntun hati? Pada tarikh inilah, berlangsungnya sebuah majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran. Pada masa inilah:-
-Surah Al-Alaq,- Menjadi igauan.
15 September 2009: Tarikh keramat. Ha, Time ni lah saya kembali membaca kalamullah semula. Saya telah ditugaskan untuk membaca surah ini dalam satu sesi khatam Quran. Saya sangat sedar dan PASTI, saya tak akan mampu membacanya dengan lancar, seraya saya meminta sahabat yang hebat bacaannya untuk membacanya. Namun, Allah ingin memberikan satu pengajaran yang sangat terkesan kepada saya.
Saya meneruskan juga bacaan itu di khalyak ramai. Memang:
(Gagap| Gagap| Gagap = Sangat Out)
Serius. Sayalah peserta yang paling banyak diperbetulkan bacaannya ketika itu. Siap ada adik kat sebelah tu yang tolong bacakan, dan saya mengikut bacaannya sehinggalah selesai ayat agung ini. Masa itu, malu oo…. Tebal woo muka… Kebetulan, majlis itu menjemput anak yatim di sekitar Bangi. Ada adik tu tanya “Abang, nape abg gagap mengaji?” Saya “Dah lama xbaca lah dik”..Oh..malunya…Dah la pegang jawatan –Tet--, tapi time baca Quran, langsung –Out-- Kejadian itu sangat berbekas di dalam hati saya..
Dan setelah itu, saya benar-benar nekad untuk Henshin! Alhamdulillah, berkat izin-Nya saya mampu membaca quran setiap hari. Sehingga ke hari ini, at least paling kurang satu juz sehari. Dan yang lagi best, Allah mengizinkan saya menghafal surah yang menjadi igauan ketika itu. Fuh, terasa best sangat. Semua itu tidak boleh tidak hanya kerana keizinan-Nya. Terima Kasih kepada ikhwah muah-muah Geng Al-Banna yang membantu saya membaca Al-Quran dengan lebih baik. Oh, tak lupa Jang oo Jang (bukan nama sebenar). Juga, pak lebai JEM (bukan nama sebenar) yang seusrah dengan saya, dan ketika itu dialah yang banyak memperbetulkan bacaan saya. Tak lupa juga kepada naqib tersayang yang banyak membantu. Terharu. Sob..Sob…
Eh, macam dapat anugerah Skrin pula. Hoho… Dan ingatlah:-
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri”-Ar-Rad:13:11.
Selain dari dapat membaca Al-Quran dengan baik, ada benda yang lebih “awesome” saya perolehi. Apakah? Itulah kefahaman tentang dakwah dan tarbiyah. Sememangnya, bila kita memahami Quran, itu sesuatu yang sangat “Wow” dan “Yeah”. Serius lah. Tapi, semua itu hanya jika di "approve" oleh yang Maha Kuasa. Jom apply. InsyaALLAH lulus (^^,)
Henshin! Oh la la~~
Tarbiyah Muntijah: Make Us, From Zero to Hero.
Dalam Usrah kita Subur Tarbiyah [--Kacak dan Bergaya kan?---]
0 komen:
Post a Comment