Artis.oo....
Tuesday, October 25, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini memang best. Rehat sepanjang hari, ha tapi saya manfaatkan masa dengan mengemaskini blog. [Cari alasan je kamu ni]. Sebenarnya, malu juga. Di kala ikhwah-ikhwah lain sibuk dengan adik-adik tercinta, saya di sini tersungkur sepi. Menghadap laptop, lagi, lagi, dan lagi..Sememangnya, saya seorang akhi (ke?) yang --Blur--
Justin Bieber: Apakah? |
Dalam dunia masakini, artis ibarat kegilaan. Setuju tak? Dan sehinggalah ke hari ini, artis ibarat ikon dan idola para remaja. Sinonimnya artis ni adalah pelakon dan penyanyi. Kebanyakan remaja terpengaruh dengan perwatakan mereka, termasuklah saya juga. Adoi. Dulu-dulu, saya ikut style "nirvana",Grunge. Seluar kecik bawah ma, bergaya dengan kasut sekolah converse.Remaja sekarang, pakai sweater tengah panas digayakan dengan kasut high cut. Trend sape ye? Sekarang ni brother sebelah ni tengah hot. Yeke? Saya mengaku saya buta dunia artis.
Saya juga antara jutaan hamba Allah s.w.t yang tidak lari dari sukakan hiburan. Hoyeh~~ Time boring-boring, saya mesti isi dengan dengar nasyid, membaca, atau pun lain-lain. Adakah anda rasa saya bercakap benar? huhu. Ya, saya tipu perkataan "mesti". Sebenarnya "kadangkala". Kebanyakan masa yang selebihnya digunakan untuk melayan kemanjaan diri yang makin tua ini. Adoi. Sekejap-sekejap, mesti mahu tidur. Asyik tidur je.
[ Tidur dalam kubur kan lama, kurangkan sikit tidur di dunia ni]. Em? ---senyap----
Pakcik-pakcik Shoutul Harokah pun artis. Mereka sangat kool =) |
Paling susah nak hilang. huhu..... |
Saya:Adik nak jadi ape?
Adik: Saya nak jadi mujahidin Palestin.
Saya: "Tertunduk malu"
|
Si Adik: "Shaye nak jadi penyanyi macam Cik Siti Wan Kembang".
Si Abang: Apakah?
Si Abang: Apakah?
Tapi, banyak perubahan yang baik kepada artis sekarang. Tengoklah perubahan artis seperti Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah, Irma Hasmi, dan ramai lagi yang bersungguh-sungguh mencari kebaikan ke arah keredhaan Allah s.w.t. Tak ke kita rasa sangat kacak dan bergaya bila mereka berubah dan mengubah masyarakat mendekati Allah?
Sebaiknya, kita nilailah dengan spek mata iman kita. Kalau kanta iman kita nipis, mesti nampak mereka insan yang "wah!!!". Tapi jika sebaliknya, saya pasti kita akan melihat mereka dengan "Alahai.....ciannya". Apa pun, kita mesti sentiasa ingat, yang sesungguhnya dunia ini hanya senda gurau. Alala...ibarat main daytona, camtu je..Firman Allah s.w.t:-
Sebaiknya, kita nilailah dengan spek mata iman kita. Kalau kanta iman kita nipis, mesti nampak mereka insan yang "wah!!!". Tapi jika sebaliknya, saya pasti kita akan melihat mereka dengan "Alahai.....ciannya". Apa pun, kita mesti sentiasa ingat, yang sesungguhnya dunia ini hanya senda gurau. Alala...ibarat main daytona, camtu je..Firman Allah s.w.t:-
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya;kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
-Al-Ankabut [64] -
Moga kita mampu bezakan di antara yang baik dan buruk.Ayuh, tebalkan kanta iman kita! .
0 komen:
Post a Comment