Bulatan bergembira dan serangan Abdullah
Saturday, October 29, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.
InsyaALLAH,
saya bersama ikhwah muah-muah Geng Banna akan menghadiri Bulatan Gembira
bersama Naqib kami yang kacak dan Cool.Hoyeh~~ Di dalam bulatan gembira,
biasanya mutabaah amal akan dicek. Bila
tidak ditanya, saya rasa “Fuh, selamat, Untung…” . Contohnya, starter pack of
Mutabaah Amal Geng Al Banna:-
Sarapan
Pagi: Subuh berjemaah 7 x | Mathurat sughra Jamai| Tilawah 5 mukasurat sehari
Makanan
Harian: Tilawah Al-Quran 1 Juz| Baca Buku Fiqh Dakwah Mustafa Masyhur 10 m/s|
Solat Sunat Rawatib (Zuhur, Maghrib, Isyak)| Solat Fardhu berjemaah di Masjid
Makanan
Mingguan: Solat Sunat Tahajud (3x seminggu) | Solat Sunat Dhuha (5x seminggu) |
Puasa sunat (1x seminggu)
Denda:
Kalau tertinggal , kena istighfar 100x sebelum tidur.
Sebenarnya, tak untung pun bila tertinggal. Saya sangat rugi, kerna amal ini tak lain dan tak bukan untuk menambah amalan sendiri.
Sejujurnya,
sudah tentu saya tak kan complete set of amal ini sepanjang masa. Ada masa ya,
tapi kebanyakan masa tak. adoi. Tapi, best tau bila duduk sesama ikhwah
tersayang ni. Kalau kita lambat bangun, dia kejut. Kalau amal kita macam leka
je, ade yang akan tegur. Duduk bersama dengan saling memperingatkan perintah
Allah membuatkan saya rasa “WOW!!”. Tapi, saya kagum dengan seorang ikhwah ni,
yiyid (bukan nama sebenar). Sememangnya, amal dia memang mantap dan “superb!”.
Kalau time report mutabaah amal je, mesti penuh. Yelah, tengok dahi pun dah
tahu. Dahi dia ada tompok hitam yang besar. Abang dia sampai cakap “Apesal dahi
ko? Ko hantuk kat dinding ke??”. Kadang-kadang kami tagteam dengan naqib sekali
bahan dia. Hohoho.. Namun, jauh di sudut hati saya tersimpan dendam dan cemburu
yang membara di atas kesungguhannya beramal. “Oh, Cemburunya….”.
Serangan
Abdullah
Nampak
kan? Biasalah tu dugaan dalam dunia dakwah. Tak kena tu memang tak sah~~.
Ayat
serius:
Kalau
kita telusuri sejarah, bilamana Rasullah
s.a.w menceritakan petanda-petanda yang menunjukkan baginda adalah seorang Nabi
dan Rasul kepada Waraqah, Waraqah pun berkata “Sesungguhnya engkau adalah yang terpilih membawa risalah kebenaran.
Alangkah baik sekiranya aku mampu membantu engkau bilamana kaum mu menghalau
mu”
Jadi,
kepada para daie sekalian, Jangan Bersedih. Selalukan senyum dan ceria, kerna
itu tanda “sebaik-baik ciptaan-Nya” yang berfikiran positif. Tidak salah untuk
belajar dari kesilapan, kerna ia akan mematangkan kita. Dan, selama saya setia,
rajin dan kadang kala ponteng dalam menghadiri bulatan bergembira,
Alhamdulillah ada perubahan yang baik. Selain berukhuwah sesama ikhwah, ia
membentuk usrah(keluarga) yang ceria lagi periang dalam mengingati perintah Allah
s.w.t. Memang kool. Oh la la~~
0 komen:
Post a Comment