Ibadah kerana Allah.

Thursday, May 26, 2011

Alhamdulillah. Udara yang segar, kedinginan pagi dan embun yang terhasil dek kehebatan Ilahi, menyerlahkan lagi kekuasaannya yang tidak sama sekali boleh di sangkal lagi. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa bermuhasabah, dalam memikirkan kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. InsyaALLAH.



Beribadah kepada Allah adalah menjadi kewajipan kepada kita sebagai hamba-Nya. Sudah pastilah solat, puasa, menunaikan zakat dan lain-lain lagi menjadi ibadah yang wajib kepada-Nya. Tapi, pernahkah kita fikir, sebenarnya setiap apa perlakuan kita sepatutnya menjadi ibadah?

Makan:Minum:Tidur:Bersukan:Facebook:Blogging:Dan banyak lagi.

Kalau mengikut perkiraan saya, jika kita hanya melakukan ibadah wajib iaitu solat fardhu dan tambahan dengan solat sunat rawatib, rumusnya:-



Solat fardhu: 15 minit + 5 minit (Solat Sunat Rawatib) = 20 minit. Jadi, 5 waktu bersamaan dengan 100 minit iaitu 1 jam 40 minit. Masa yang Allah beri kepada kita adalah 24 Jam. Maka,tolak 24 jam - 1 jam 40 minit = 22 Jam 20 Minit

22 Jam 22 Minit? Banyak rupanya lebihan masa kita. Namun, tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pekerja dan lain-lain mengurangkan had masa kita. Di kala malam, menjadi kemestian untuk kita tidur setelah berpenat di siang hari.

Para sahabat,
Bayangkanlah jika kita hanya melakukan solat fardhu, maka bagaimana dengan timbangan amal kita? Allah berfirman:-
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya"-Al Zalzalah 99:7-8

Bayangkan, kebaikan dan kejahatan sebesar zarah pun akan dihitung! Macam mana ni?


Kalaulah timbangan amal kita hanya solat fardhu yang jumlah masanya adalah 1 jam 40 minit, mungkin kita sendiri boleh tahu berapa sangatlah amalan kita. Jadi, baki yang 22 jam 20 minit? (Muhasabah)
Rasanya, layak ke kita ke syurga? Pada fikiran saya, kalau setakat beginilah amalan kita, usah jejak syurga, hidu pun belum tahu lagi. Kenapa?

22 jam 20 minit:(Dosa) - 1 jam 40 minit (Ibadah) = (T_T)

Allahu, macam mana ni?
Jawapannya, kita NIATKAN semua perlakuan kita kerana Allah. Makan, minum, tidur, bersukan, dan lain-lain lagi. Tapi, kalau sudah niatkan kerana Allah, caranya pun kena betul juga.
Situasi 1 (Makan kerana Allah)


Kita makan di restoran, Nasi 3 pinggan, ayam goreng 3 ketul, sayur, air buah, cendol, kuih, pencuci mulut, n etc

Muhasabah: Ini bukan makan kerana Allah. Ini makan ikut nafsu. Jikalau betul makan kerana Allah, kita akan makan mengikut sunnah Rasullah s.a.w. Dengan lafaz bismillah, Makan dimulakan dengan buah, dan berhenti sebelum kenyang.



Situasi 2( Bersukan kerana Allah)
Pakain seluar pendek. Bersukan, tapi dengar azan maghrib baru balik.

Muhasabah: Ini pun tak jadi. Tanggungjawab kepada Allah yang haq pula di abaikan. kalau kerana Allah, pakaian kena yang menutup aurat, bersungguh-sungguh dan menjaga had masa agar tidak berlebihan, takut bila penat ia akan mempengaruhi ibadah yang haq kita kepada-Nya.


Niat sangat penting. Agar setiap ibadah dan perlakuan kita yang telah atau akan dilakukan dihitung sebagai ibadah, tapi cara PERLAKSANAANNYA pun kena betul. Lagi satu situasi,

Aku couple dengan si Cinta kerana ALLAH.

Tolonglah. Jangan menghalalkan benda yang tidak halal. Niat ada, cara salah pun susah juga. Oleh itu, beringatlah! Kita pasti inginkan tempat yang baik untuk kita di akhirat kelak, oleh itu jadilah hamba-Nya yang menjadikan setiap perlakuan dan tindak tanduk kita diniatkan kerana Allah s.w.t. Niat betul, Cara betul, InsyaALLAH ia akan dikira sebagai ibadah kita kepada-Nya.

22jam 20 minit(Niat kerana Allah dan betul caranya) + Ibadah Fardhu (1 jam 40 minit) = (^^,)v

Moga Allah redha dengan kita. Itulah sebaik-baik keredhaan. Wallahualam :-)

Read more...

Isi masa dengan acara

Monday, May 16, 2011

Alhamdulillah. Saya amat bersyukur, kerna masih hidup dalam nikmat iman dan islam. Nikmat yang tidak ternilai harganya, jika diujarkan nikmatnya, nescaya seluruh penceritaan hidup manusia tidak akan temu titik noktahnya.


Alhamdulillah, peperiksaan sudah berakhir. Berjaya atau tidak, saya serahkan kepada Allah s.w.t. Saya tidak harap menjadi mahasiswa yang cemerlang dalam akademiknya, kerna sedar diri ini tidak untung dalam memiliki kejayaan itu, kerna, diri ini sentiasa leka dan lalai dibuai godaan syaitan.

Syukur,Allah s.w.t telah memilih saya untuk menyertai Daurah Opening bermula 16-18 Mei 2011, bertempat di Pejabat IKRAM Putrajaya. Pelbagai pengisian menarik yang disediakan untuk para peserta dalam memahami dan mendalami islam. Ahamiah Syahadah (Kepentingan Syahadah), Penerangan Juz Ammar ,Amal Islami, Maalim Fi Thariq, 10 Muwosafat Tarbiyah, dan banyak lagi. Sangat Seronok!


Seronok! Kerna "Masa" yang saya miliki tidak terbuang dan berlalu dengan sia-sia. Tambahan pula, saya diberi peluang untuk mengisi slot "10 Muwasofat Tarbiyah". Syukur kerna dipilih, tetapi sugul lah juga, mengingatkan diri ini entah ada atau tidak 10 ciri-ciri muwosafat itu. Masih di dalam perjalanan. Doakan ya! Moga Allah pilih kita untuk bersama memiliki sifat-sifat terpuji itu. InsyaALLAH!

Dan seterusnya, pada 21 & 22 hb Mei 2011, saya dan bersama ikhwah-ikhwah MFI yang lain bersama membentangkan ISK (Ini Sejarah Kita) di Petaling Jaya. Seronok dan Teruja! Bukan mudah mendapat peluang untuk mendekati para peserta yang ratanya lingkungan dalam 18-20 tahun di dalam program meyuntik fikrah "faham" terhadap islam. (^^,)v

Akhir kalam, moga kita menjadi manusia yang punya erti dan nilai dalam kehidupan, bukanlah yang sia-sia, hidup di dalam keseronokan semata dalam memenuhi ruang hawa nafsu, tanpa memikirkan had dan batas sebagai seorang hamba-Nya. Wallahualam

Read more...

Jodoh?

Friday, May 6, 2011

Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah, kerna limpah kurnia-Mu yang tidak terhitung banyaknya, barulah aku mampu untuk bernafas, berdiri, manghadapi peperiksaan, dan terlalu banyak lagi. Moga aku tidak tergolong di dalam kalam-Mu iaitu Qalilammatashkurun bermaksud "sedikit sekali kamu yang bersyukur". InsyaALLAH!


BaitulMuslim :-)

Jodoh? Bagi sesetengah manusia, ini isu sensitif. Mereka akan berkata "Jangan sibuklah, jaga tepi kain kaulah" ataupun " Ade jodoh, ade lah".
Dalam usrah pun tidak terlepas dari persoalan ini. "Baitul Muslim" menjadi impian ikhwah dan akhawat dalam membina keluarga dan seterusnya membentuk masyarakat islam yang sebenar. Saya teringat ketika satu sesi usrah bersama dengan naqib dan ikhwah-ikhwah MFI, seorang akhi ini menyatakan hasrat ingin mendirikan "baitulmuslim" dalam masa setahun setengah.


Romantik. (^^,)

Naqib saya amat menggalakkan kami berkahwin. Di dalam satu email rasmi di YG kami "Kahwinlah, tolonglah..haha". Tergelak saya membacanya:-)

Dalam hati, siapa yang tidak mahu kan? Peliknya kalau ada yang tidak mahu. Mungkin orang sebegini boleh duduk di planet pluto, ikut membeku sama seperti kekerasan egonya!
Saya pernah membaca buku-buku seperti "Aku terima Nikahnya", "Murabbi Cinta", "Aku nikah akan dikau", "Dijalan dakwah aku menikah(Sedikit sahaja)" dalam mencari erti kehidupan berumahtangga. tapi, semua itu sekadar teori, kerna praktikalnya entah bila:-)

Indahnya saat begini :-)

Saya sedar, umur kian berlalu dan Izrail pula hanya menunggu masa yang mendatang untuk menjemput. Persoalannya disini, sempatkah kita menemui jodoh sebelum ajal? Saya pernah mendengar khabar kematian seorang ikhwah sebelum perkahwinannya berlangsung. yang mana saya jumpa ikhwah ini tidak berapa lama di dalam daurah ISK. Tidak mustahil ia juga bakal terjadi pada diri saya dan kita.

Ada masa, saya memandang rendah diri sendiri. Terfikir "Aku layak ke - Ade ke orang nk?- "dan banyak lagi. Terkadang itu sehingga bermonolog sendirian. (^^,) Bagi saya, ada umur dan rezeki yang Allah bagi, adalah jodohnya. Perancangan tetap ada, Tetapi saya tetap ada permasalahan iaitu selalu merendahkan diri. Sehingga ada teman yang menegur, "tidak perlu terlalu merendah diri".

Inilah jodoh saya. Doakan berkekalan. InsyaALLAH

Tapi, itu jodoh dengan manusia:-) Namun, saya lebih bersyukur, malahan terlalu bersyukur kerna Allah menjodohkan saya dengan "Dakwah dan Tarbiyah". Hidup saya lebih terarah dan terisi ruang masanya dengan penuh manfaat. Di kala kesempitan kewangan, hidup ini tetap dirasakan luas kerna semuanya dipermudahkan oleh-Nya.

Daawah: Hidup yang sebenar:-)

Oleh itu, sibukkan diri kita dengan usaha dakwah, kelak bukan sahaja dikurniakan isteri yang solehah, malahan dikurniakan syurga jannah. InsyaALLAH. Itulah "jodoh" yang terbaik. Wallahualam :-)



Read more...

Bicara Politik :-)

Wednesday, May 4, 2011

Assalamualaikum, segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta, Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala Nabi & Rasul dan juga para sahabat dan tabiin. Sungguh, islam mekar berkembang di dalam diri setiap manusia yang menganutinya kerna usaha dan penat lelah mereka. Sedarilah, sesungguhnya hanya islam panduan hidup untuk berjaya di dunia, malahan sukses di akhirat. Moga kita antara yang terpilih. InsyaALLAH ! :-)

Politikus: Perubahan atau Porak poranda

Bila kita bicara tentang islam, pasti ramai yang mengetahui islam itu syumul dan kamil. Tetapi, ia sekadar istilah retorika tanpa perlaksanaan yang sepatutnya. Islam mengatur urusan kehidupan manusia semenjak daripada zaman Rasullah s.a.w lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan Politik? Saat kita dengar politik, pasti kedengaran suara-suara sumbang yang berkata "Xminatlah: Xpayahlah,politik sekarang kotor, bla bla bla.."

Politik adalah urusan kehidupan. Makan, minum, tandas, itu semuanya politik. Beruntunglah mereka yang pandai menguruskan politik mereka, tetapi semuanya berlandaskan islam.

Tapi, lihatlah zaman ini, politik begitu kotor sekali. Agama dipergulakan, malahan hujah dan idea mereka yang fasik dijadikan panduan. Ish, saya cukup tidak mengerti!
Mereka cukup hebat dengan pangkat, namun bila bicara soal islam dan hukum, ternyata fikrah mereka dangkal! Fikrah "Sekular" pembikinan Mustapha Kemal Atarturk lebih menguasai mereka, malahan sesuka hati sahaja menaburkan mehnah dan fitnah, atas dasar "membuktikan kesalahan dan menegakkan kebenaran".

Hanya jalan penyelesaian

Firman Allah s.w.t:-
"..maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk setiap umat di antara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. .."
Al Maidah 5: 48

Sudah terang bersuluh pula. Ada aturan yang perlu kita ikuti, dan bukan suka-suka ikut pemikiran manusia yang cukup terhad dan terbatas. Firman Allah s.w.t lagi :-

"Apakah hukum jahiliah yang mereka menghendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini agamanya?"
Al-Maidah: 5:50

Jangan gelapkan masa depan kanak-kanak ini kerana kebebalan pemimpin

Kita tidak perlu patuh dan taat kepada pemimpin yang tidak mengikut syariat islam. Bayangkanlah kerna mengikut telunjuk mereka di dunia, kita menemani mereka di tempat kumpulan "amalan kiri". Nauzubillah. Moga kita dijauhkan dari segala keburukan mereka, kerna pengharapan kita hanya dari yang Esa. Wallahualam :-)

Read more...

Menjumpai kekasih yang telah lama menghilang

Tuesday, May 3, 2011

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya dipertemukan kembali dengan kekasih saya yang telah hilang. Saya sangat merinduinya.


Saya ingat lagi di saat kehilangannya, meraba-raba saya mencari di dalam kekusutan. Hidup dirasa serba kekurangan kerna dialah pengubat duka.



Kosong, sepi, hati ini begitu merasainya. Hari-hari yang berlalu ibarat badan yang kehilangan roh. Bayangkan, Kekasih inilah yang sentiasa mendampingi saya, siang dan malam. Hatta ketika kelas, dia begitu setia menemani saya. Dia selalu memperingatkan saya kepada Allah. Alangkah hebatnya kekasih saya. Kerna,

Tanpa dia,
Pasti, diri ini hilang arah tujuan,
Pasti, diri ini tidak keruan,
Pasti, diri ini merasa serba kekurangan,
Pasti, diri ini berada dalam kesesatan,

Alangkah hebatnya kekasih saya! Dia merupakan pemberian yang tidak ternilai dari insan bernama Hartono Murshidi. Dialah "Al-Quran Darul Iman Resam Uthmani" berwarna hitam.
Saya sangat bersyukur ketika dipertemukan kembali dengannya. Sahabat saya, Fakhrul Radzi atau gelaranya "Aji" yang menjumpainya. Saya sangat suka dan bersyukur.

Inilah Kekasih saya :-)

Dalam Al-Baqarah 2:2
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa"

Sudah pasti dan semestinya, kita pasti menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Ini kerana dalam Al Hujurat 49:13

"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbagsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu disi Allah ilah orang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti."

"Bookmark" yang dihadiahkan oleh adik-adik ATDP :-)

Jadi,sama-samalah kita berlumba untuk menjadi yang paling bertaqwa. Kita boleh!

Peringatan dan nasihat kepada para sahabat dan diri sendiri, moga kita menjadi insan yang sentiasa berdampingan dengan Al-Quran. Namun, berdampingan sahaja tidak mencukupi, malahan kita perlu membaca dan memahami isi yang terkandung. Surat cinta Allah dan Sunah Rasullah s.a.w, adakah harta lain yang lebih berharga dari ini? Moga kita menjadi insan dan hamba-Nya yang faham Al-Quran, yang mendokong generasi Ulul Albab yang bisa menjadi Ulil Amri. Wallahualam :-)

Read more...

Jangan bersedih

Monday, May 2, 2011

Alhamdulillah. Selesai satu paper. Empat lagi yang tinggal.

Tapi, syukurnya hanya kerana saya sudah selamat menjawab soalan peperiksaan, tapi sedihnya sebab saya tidak boleh menjawab dengan baik. Itulah, fikirnya tidak selari dengan zikir. Saya perlu akur paperiksaan yang saya jawab tadi tidak berjaya.. Tapi biarlah, masih ada 4 lagi yang menunggu untuk saya skor! InsyaALLAH.



Sedih. Sememangnya, saya bukanlah pelajar yang sukakan fizik. Saya perlu mensasarkan untuk mendapatkan markah penuh di dalam subjek yang punya kaitan dengan fizik (Wah) untuk lulus dengan gred kepujian.


Begitu juga dengan subjek yang ada kaitan dengan "precision". Ohh, lemahnya.. (:-(



Dan yang akhirnya, subject berkaitan dengan Pengawalan Sistem. Subjek yang cukup kompleks bagi saya.


Di akhir semester ini, kadang-kadang saya terfikir "Betul ke nie aku nk sambung Master dlm engineering? Degree ni pun tunggang terbalik"

Ya ALLAH, sememangnya waktu inilah perggantungan kepada-Mu bertambah kuat. (Moga saya bukan insan yang hanya bergantung di kala susah,malahan dikala senang).


Jangan bersedih, kerana setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah pasti mahu bagi yang terbaik kepada hamba-Nya, cuma kita sebagai hamba-Nya yang perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan. Mana ada kejayaan datang bergolek.

Islam berada di mercu kejayaan kerana Rasullah s.a.w dan para sahabat bertungkus lumus, mereka cukup mulia di sisi Allah s.w.t. Mereka telah dijanjikan syurga kerana mereka benar-benar berjihad di jalan-Nya, tapi saya? Muhasabah untuk diri sendiri. Wallahualam..

Read more...

Mari kenal As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi

Sunday, May 1, 2011

Diri ini sedar, bahawa diri ini terlalu diuntung. Setiap helaan nafas, makanan yang mengisi ruang perut, minuman yang menghilangkan dahaga, jari jemari yang cukup untuk membuat perkongsian ini, dan lebih banyak lagi nikmat yang tidak mampu kita hitung di saat kita lahir di dunia ini. Oleh itu, bersyukurlah dengan mengucapkan "alhamdulillah", kerana itulah tanda peringatan pada yang Ilah. Sekadar fikir tanpa zikir, ibarat badan tanpa roh, begitu juga sebaliknya. Fikir dan zikir haruslah selari, agar kita mengerti konsep "Syukur" dengan sebaiknya. Moga kita tergolong sebagai hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. InsyaALLAH (^^,)

Syeikh Ahmad Yassin (Kiri) dan Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi (kanan)

Mari, kita sama-sama mengenali pejuang syahid kotemperari ini?
Nama sebenar beliau adalah Abdul Ali Aziz Abdul Hafiz Ar-Rantisi. Beliau dilahirkan di Kampung Yubana yang terletak di antara Asqalan dan Yafa (Jafa). Beliau lahir pada 23 Oktober 1947. Adik beradik beliau terdiri daripada 2 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Pada awal kehidupannya, beliau dibesarkan di Kem Pengunsi, Khan Yunus yang terletak di semenanjung Gaza berikutan peperangan yang berlaku di antara tentera Palestin dan Regim Israel.

Beliau memulakan pendidikan di sekolah pelarian yang disediakan seawal umur 6 tahun. Kemudian telah berjaya menamatkan pengajian rendah dan menengah pada tahun 1965. Beliau yang merupakan "genius" telah menunjukkan kecenderungan kepada agama semenjak dari awal bangku persekolahan.

Beliau telah melanjutkan pengajian ke dalam bidang kedoktoran dan berjaya menamatkan pengajian di Universiti Iskandariah, Mesir pada tahun 1971. Dengan kelulusan akademik sebegini, beliau boleh hidup mewah. Namun, dek kesedaran jihad dan cintanya terhadap islam, beliau memutuskan untuk berkhidmat di Hospital Nasir,Palestin. Setelah beberapa detik, beliau kembali menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam ijazah sarjana muda di dalam bidang yang sama. Dalam pada masa itulah beliau bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran. Pada 1976, beliau pulang ke Palestin dengan membawa fikrah ikhwanul muslimin iaitu hanya islam sebagai jalan penyelesaian menentang zionis. Pada tahun 1978, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Nasir dan berkhidmat sebagai Pensyarah di Fakulti Sains, Universiti Ghazzah.
Saat manis ketika para mujahid ini berbicara :-)

Beliau menamatkan zaman bujangnya bersama Rasya Ar Rantisi yang dikenali sebagai Ummu Muhammad dan di kurniakan dua cahaya mata lelaki dan empat orang perempuan. Disebabkan semangat juang dan ingin membebaskan palestin, beliau bersama Syeikh Ahmad Yassin telah menubuhkan HAMAS yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. HAMAS telah menyeru para penduduk palstin untuk berjihad menentang israel disebabkan penindasan terhadap penduduknya, dan juga kemalangan yang disengajakan menggunakan lori sehingga menyebabkan 4 orang terbunuh dan 9 lagi cedera.
Indahnya ukhuwah antara mereka (^^,)

Beliau telah diletakkan di barisan hadapan HAMAS mengiringi Syeikh Ahmad Yassin. Namun, kekejaman israel terserlah apabila membunuh Syeikh Ahmad Yassin dengan apatche pada 22 Mac 2004! Kejamnya mereka kerana membunuh orang yang lumpuh dan hampir buta,tetapi disebabkan takut dan kecut dek kepimpinan mujahid yang mulia ini, barulah Israel laknatullah ini berbuat deminkian.
Logo Hamas :-)

Kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin tidak sama sekali melunturkan semangat para pejuang HAMAS, terutama Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi. Beliau memegang tampuk kepimpinan HAMAS dalam meneruskan agenda perjuangan menentang taghut Israel! Di dalam satu kenyataan beliau

"Sekiranya diberi pilihan untuk mati dengan apatche atau sakit jantung, saya lebih rela mati dengan apatche"

Allahu, tidak lama kemudian, beliau menemui Allah s.w.t pada 17 April 2004 disebabkan oleh tembakan misil apatche. Di dalam kejadian itu, para pendampingnya Akram Nasir dan Al Ghurrah turut menemani As-Syahid menuju ilahi.

Saya cukup terharu dan terasa perjuangan yang dibawa oleh para mujahid ini. Agaknya, bila pula masa kita? Adakah kita punya keberanian seperti mereka? Pokoknya, adakah iman kita sehebat mereka? Orang-orang syahid adalah mereka yang punya iman yang kuat, bukan iman yang terang malap di tiup angin jahiliah. Moga kisah ini dapat memberikan ibrah kepada kita. Kita PASTI akan menemui pengakhiran hidup kita, cuma bagaimana caranya, pilihlah. Mati sebagai seorang islam yang berjuang untuk agama-Nya, atau yang hanya berpeluk tubuh. Akhir kalam, Wallahualam..


Read more...

Suntikan Semangat Istiqamah!

Ya Rabi, sudah berhabuk blog ini! Agaknya berapa lama saya meninggalkan laman web ini? Setelah sekian lama "melupakan" wadah ini, saya tetap bersyukur kerana Allah s.w.t akhirnya membuka hati saya untuk memaparkan perkongsian baru.


Pada 1 mei 2011, bertempat di Masjid As-Solihin Bangi, saya telah menghadiri kursus "Dakwah melalui Penulisan" yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, penulis buku yang cukup sinonim dengan "Aku Terima Nikahnya".



Semasa awal sesi penyampaian, Ustaz bertanya "Siapa ada blog?"
Dan adalah sebahagian peserta yang mengaku, tapi bukan saya kerana blog jarang dikemaskini.
Ustaz Hasrizal bertanya lagi " Blog siapa yang bersawang?"
Lantas saya tertunduk (Terkena!)
Dengan berseloroh Ustaz berkata "Takut orang fikir pemilik laman blog ini telah mati"
Diiringi dengan gelak tawa peserta termasuk saya.
Dalam masa sama tertunduk kali ke-2 (Terkena lagi!!)

Seloroh Ustaz Hasrizal tepat ke hati saya. Oh, barulah diri sedar yang diri ini lemah dan leka dalam istiqamah. Allah.. lemahnya hamba-Mu ini.
Di pertengahan penyampaian beliau menghuraikan satu firman Allah s.w.t:-

"Dan hendaklah santiasa ada diantara kamu golongan(berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah"
-Ali Imran 3:104-


Bila diperdengarkan firman ini, saya terasa seperti mendapat satu suntikan istiqamah! Tambahan beliau, wadah dalam medan dakwah yang paling efektif pada zaman serba canggih ini antaranya adalah blog! Mendengar kepada kenyataan itu, tuntas hati ini terlintas "Allah, ruginya aku, dimasa yang telah berlalu, wadah ini ku biar terbengkalai tanpa dikemas kini dengan ilmu yang sarat ku terima dikala Usrah. Alangkah ruginya!"

Di akhir penyampaian, Ustaz menyatakan kepada kami agar mencari titik perubahan "paradigma". Lantas hati berkata
"Aku perlu berubah dan istiqamah di dalam medan penulisan untuk dakwah yang muntij, demi Allah, InsyaALLAH!"


Jadi, dalam perkongsian kali ini, saya memohon para blogger semua untuk mendoakan saya agar istiqamah di dalam wadah ini. Kerna, jika ilmu yang disampaikan bermanfaat setelah saya bertemu yang Esa, inilah bekalan tambahan tika menunggu Hari Perbicaraan.

Di akhir kalam, moga kita jadi insan yang bermanfaat kepada insan lain. Erti hidup untuk memberi, biarlah menerima tika saat bertemu Ilahi. Wallahualam.

Shah Redza Rosli,

Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP