Mari kenal As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi

Sunday, May 1, 2011

Diri ini sedar, bahawa diri ini terlalu diuntung. Setiap helaan nafas, makanan yang mengisi ruang perut, minuman yang menghilangkan dahaga, jari jemari yang cukup untuk membuat perkongsian ini, dan lebih banyak lagi nikmat yang tidak mampu kita hitung di saat kita lahir di dunia ini. Oleh itu, bersyukurlah dengan mengucapkan "alhamdulillah", kerana itulah tanda peringatan pada yang Ilah. Sekadar fikir tanpa zikir, ibarat badan tanpa roh, begitu juga sebaliknya. Fikir dan zikir haruslah selari, agar kita mengerti konsep "Syukur" dengan sebaiknya. Moga kita tergolong sebagai hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. InsyaALLAH (^^,)

Syeikh Ahmad Yassin (Kiri) dan Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi (kanan)

Mari, kita sama-sama mengenali pejuang syahid kotemperari ini?
Nama sebenar beliau adalah Abdul Ali Aziz Abdul Hafiz Ar-Rantisi. Beliau dilahirkan di Kampung Yubana yang terletak di antara Asqalan dan Yafa (Jafa). Beliau lahir pada 23 Oktober 1947. Adik beradik beliau terdiri daripada 2 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Pada awal kehidupannya, beliau dibesarkan di Kem Pengunsi, Khan Yunus yang terletak di semenanjung Gaza berikutan peperangan yang berlaku di antara tentera Palestin dan Regim Israel.

Beliau memulakan pendidikan di sekolah pelarian yang disediakan seawal umur 6 tahun. Kemudian telah berjaya menamatkan pengajian rendah dan menengah pada tahun 1965. Beliau yang merupakan "genius" telah menunjukkan kecenderungan kepada agama semenjak dari awal bangku persekolahan.

Beliau telah melanjutkan pengajian ke dalam bidang kedoktoran dan berjaya menamatkan pengajian di Universiti Iskandariah, Mesir pada tahun 1971. Dengan kelulusan akademik sebegini, beliau boleh hidup mewah. Namun, dek kesedaran jihad dan cintanya terhadap islam, beliau memutuskan untuk berkhidmat di Hospital Nasir,Palestin. Setelah beberapa detik, beliau kembali menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam ijazah sarjana muda di dalam bidang yang sama. Dalam pada masa itulah beliau bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran. Pada 1976, beliau pulang ke Palestin dengan membawa fikrah ikhwanul muslimin iaitu hanya islam sebagai jalan penyelesaian menentang zionis. Pada tahun 1978, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Nasir dan berkhidmat sebagai Pensyarah di Fakulti Sains, Universiti Ghazzah.
Saat manis ketika para mujahid ini berbicara :-)

Beliau menamatkan zaman bujangnya bersama Rasya Ar Rantisi yang dikenali sebagai Ummu Muhammad dan di kurniakan dua cahaya mata lelaki dan empat orang perempuan. Disebabkan semangat juang dan ingin membebaskan palestin, beliau bersama Syeikh Ahmad Yassin telah menubuhkan HAMAS yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. HAMAS telah menyeru para penduduk palstin untuk berjihad menentang israel disebabkan penindasan terhadap penduduknya, dan juga kemalangan yang disengajakan menggunakan lori sehingga menyebabkan 4 orang terbunuh dan 9 lagi cedera.
Indahnya ukhuwah antara mereka (^^,)

Beliau telah diletakkan di barisan hadapan HAMAS mengiringi Syeikh Ahmad Yassin. Namun, kekejaman israel terserlah apabila membunuh Syeikh Ahmad Yassin dengan apatche pada 22 Mac 2004! Kejamnya mereka kerana membunuh orang yang lumpuh dan hampir buta,tetapi disebabkan takut dan kecut dek kepimpinan mujahid yang mulia ini, barulah Israel laknatullah ini berbuat deminkian.
Logo Hamas :-)

Kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin tidak sama sekali melunturkan semangat para pejuang HAMAS, terutama Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi. Beliau memegang tampuk kepimpinan HAMAS dalam meneruskan agenda perjuangan menentang taghut Israel! Di dalam satu kenyataan beliau

"Sekiranya diberi pilihan untuk mati dengan apatche atau sakit jantung, saya lebih rela mati dengan apatche"

Allahu, tidak lama kemudian, beliau menemui Allah s.w.t pada 17 April 2004 disebabkan oleh tembakan misil apatche. Di dalam kejadian itu, para pendampingnya Akram Nasir dan Al Ghurrah turut menemani As-Syahid menuju ilahi.

Saya cukup terharu dan terasa perjuangan yang dibawa oleh para mujahid ini. Agaknya, bila pula masa kita? Adakah kita punya keberanian seperti mereka? Pokoknya, adakah iman kita sehebat mereka? Orang-orang syahid adalah mereka yang punya iman yang kuat, bukan iman yang terang malap di tiup angin jahiliah. Moga kisah ini dapat memberikan ibrah kepada kita. Kita PASTI akan menemui pengakhiran hidup kita, cuma bagaimana caranya, pilihlah. Mati sebagai seorang islam yang berjuang untuk agama-Nya, atau yang hanya berpeluk tubuh. Akhir kalam, Wallahualam..


2 komen:

fArhAnA said...

dulu bila tahu ttg syeikh ahman yassir ni terfikir bahawa orang bkn islam ni sebenarnya takut dengan orang islam. bayangkan kenapa nak bunuh sedangkan dia tak dapat bergerak pun. even tak dapat nak angkat senjata.

hebatnya kuasa islam. islam itu yang mereka geruni. ikhtibar yang sgt besar untuk kita. sepatunya kita sgt2 bangga mnjadi muslim. ketakutan yang Allah campakkan pada orang2 kafir itu hanya dengan seorang insan yang berpegang pada kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah.

allahu akbar!

Shah Redza Rosli. said...

Btl. Syeikh Ahmad Yassin hanya insan yg hnya bisa duduk di kerusi roda. Badannya lumpuh, penghilatan pn sgt kabur. Tp, Isrel sgt tkt dgn "Hati & Fikrah" mujahid ini kerana telah berjaya mengaut dan mengikat "Hati & Fikrah" yang ln untuk mencintai islam. Muhasabah diri kita, mampukah kita? Jawabnya, bersamalah kita berusaha mencapainya, moga kita tidak tercicir dari hamba-Nya yg menaikkan kembali islam. InsyaALLAH

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP