Ibadah kerana Allah.

Thursday, May 26, 2011

Alhamdulillah. Udara yang segar, kedinginan pagi dan embun yang terhasil dek kehebatan Ilahi, menyerlahkan lagi kekuasaannya yang tidak sama sekali boleh di sangkal lagi. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa bermuhasabah, dalam memikirkan kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. InsyaALLAH.



Beribadah kepada Allah adalah menjadi kewajipan kepada kita sebagai hamba-Nya. Sudah pastilah solat, puasa, menunaikan zakat dan lain-lain lagi menjadi ibadah yang wajib kepada-Nya. Tapi, pernahkah kita fikir, sebenarnya setiap apa perlakuan kita sepatutnya menjadi ibadah?

Makan:Minum:Tidur:Bersukan:Facebook:Blogging:Dan banyak lagi.

Kalau mengikut perkiraan saya, jika kita hanya melakukan ibadah wajib iaitu solat fardhu dan tambahan dengan solat sunat rawatib, rumusnya:-



Solat fardhu: 15 minit + 5 minit (Solat Sunat Rawatib) = 20 minit. Jadi, 5 waktu bersamaan dengan 100 minit iaitu 1 jam 40 minit. Masa yang Allah beri kepada kita adalah 24 Jam. Maka,tolak 24 jam - 1 jam 40 minit = 22 Jam 20 Minit

22 Jam 22 Minit? Banyak rupanya lebihan masa kita. Namun, tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pekerja dan lain-lain mengurangkan had masa kita. Di kala malam, menjadi kemestian untuk kita tidur setelah berpenat di siang hari.

Para sahabat,
Bayangkanlah jika kita hanya melakukan solat fardhu, maka bagaimana dengan timbangan amal kita? Allah berfirman:-
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya"-Al Zalzalah 99:7-8

Bayangkan, kebaikan dan kejahatan sebesar zarah pun akan dihitung! Macam mana ni?


Kalaulah timbangan amal kita hanya solat fardhu yang jumlah masanya adalah 1 jam 40 minit, mungkin kita sendiri boleh tahu berapa sangatlah amalan kita. Jadi, baki yang 22 jam 20 minit? (Muhasabah)
Rasanya, layak ke kita ke syurga? Pada fikiran saya, kalau setakat beginilah amalan kita, usah jejak syurga, hidu pun belum tahu lagi. Kenapa?

22 jam 20 minit:(Dosa) - 1 jam 40 minit (Ibadah) = (T_T)

Allahu, macam mana ni?
Jawapannya, kita NIATKAN semua perlakuan kita kerana Allah. Makan, minum, tidur, bersukan, dan lain-lain lagi. Tapi, kalau sudah niatkan kerana Allah, caranya pun kena betul juga.
Situasi 1 (Makan kerana Allah)


Kita makan di restoran, Nasi 3 pinggan, ayam goreng 3 ketul, sayur, air buah, cendol, kuih, pencuci mulut, n etc

Muhasabah: Ini bukan makan kerana Allah. Ini makan ikut nafsu. Jikalau betul makan kerana Allah, kita akan makan mengikut sunnah Rasullah s.a.w. Dengan lafaz bismillah, Makan dimulakan dengan buah, dan berhenti sebelum kenyang.



Situasi 2( Bersukan kerana Allah)
Pakain seluar pendek. Bersukan, tapi dengar azan maghrib baru balik.

Muhasabah: Ini pun tak jadi. Tanggungjawab kepada Allah yang haq pula di abaikan. kalau kerana Allah, pakaian kena yang menutup aurat, bersungguh-sungguh dan menjaga had masa agar tidak berlebihan, takut bila penat ia akan mempengaruhi ibadah yang haq kita kepada-Nya.


Niat sangat penting. Agar setiap ibadah dan perlakuan kita yang telah atau akan dilakukan dihitung sebagai ibadah, tapi cara PERLAKSANAANNYA pun kena betul. Lagi satu situasi,

Aku couple dengan si Cinta kerana ALLAH.

Tolonglah. Jangan menghalalkan benda yang tidak halal. Niat ada, cara salah pun susah juga. Oleh itu, beringatlah! Kita pasti inginkan tempat yang baik untuk kita di akhirat kelak, oleh itu jadilah hamba-Nya yang menjadikan setiap perlakuan dan tindak tanduk kita diniatkan kerana Allah s.w.t. Niat betul, Cara betul, InsyaALLAH ia akan dikira sebagai ibadah kita kepada-Nya.

22jam 20 minit(Niat kerana Allah dan betul caranya) + Ibadah Fardhu (1 jam 40 minit) = (^^,)v

Moga Allah redha dengan kita. Itulah sebaik-baik keredhaan. Wallahualam :-)

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP