Kacak itu menyusahkan

Saturday, November 19, 2011


Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah anda merasa diri anda kacak? Jika ya? Sila lihat cermin sekarang.
Cermin [Retak]
Setelah itu, adakah anda masih merasa diri anda kacak? Hahaha~~
 Jangan marah OK. Saya gurau je. Huhu. Sememangnya, manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t

“Sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya "-At Tin: 4

Kawan-kawan, bayangkan betapa besar dan hebatnya ciptaan Allah di dalam galaksi yang super duper besar ini, kita adalah sebaik-baik kejadian Allah. Tidakkah kita merasa “WOW”?Kita kagum dengan burung kakak tua yang boleh bercakap “Biskut. Biskut”, tetapi, hakikatnya kita manusia lebih hebat sebab kita boleh paksa burung kakak tua tu makan biskut dengan kejam. [ketawa jahat. Hahaha~~]
Ape tengok-tengok? gagaga~~
Firman Allah s.w.t

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?-“An-Nahl 16:71

Hebatnya Allah s.w.t sebab dia melebihkan rezeki sebahagian daripada kita dengan yang lain. Rezeki ini bukan sekadar makan minum, tempat tinggal, tetapi kebolehan, IQ, EQ, Tubuh badan dan sangat banyak lagi. Realitinya, kita sebagai manusia tidak lari dari inginkan kesempurnaan. Kalau bolehlah, berikut adalah wishlist lelaki masakini;

“Aku nak isteri kaya, cantik, solehah, bijak pandai, cendiakawan abad 2020, pandai memasak, ---lagi lagi dan lagi sifat mahmudah yang ada pada wanita--.”

Aku hensem bhai. hoho~~
Tetapi, dikala kita mengimpikan wanita sempurna itu, tatkala diri sendiri ibarat jauh dari sifat mahmudah,diibaratkan seperti “rumah tak siap” @ “Kapal Pecah”. Hihi~~.  Ok, sebelum saya mengarut dengan lebih jauh, let’s talk towards this entry. Setiap daripada kita punya rezeki yang berbeza (Wah.haha). Bila mana kita berbicara tentang tubuh badan atau fokusnya paras rupa, ada yang hensem,jambu batu, durian,kurma dan segala macam lagi buah yang wujud. Kalau istilah untuk mereka yang rezekinya kurang dalam paras rupa, digambarkan adalah seperti ini

Situasi: Sekolah Asrama Budak Skema-Skema Sedunia.
Tempat: Kantin Sekolah.

A: “Beb, setelah lama kita mengenali, aku nak cakap sesuatu yang ikhlas, lagi jujur dan amanah pasal kau.”
B: “Pe die? Aku tau aku pandai. Memang pun selalu dapat anugerah pelajar cemerlang. Budak perempuan selalu cari aku minta ajar. Aku perfect bhai.(Gelak riak.)hahaha~~”
A:”Betul. Tapi kan, muka kau pecah rumah”
B: Hati tersentap! Mata mula berair,perlahan-lahan bangun. Membuka langkah dan berlari balik ke asrama sambil menangis teresak-esak
A: "Apakah?"
Si A(Kiri): Ah, biarlah kau
Si B(Kanan): Sob Sob Sob Sob (T-T)
Ingat. Jangan sesekali cakap dengan kawan kita seperti ini. Tapi, sekali sekala kalau dah kawan dah “kerek(istilah Key Hell: Berlagak”) sangat, apa salahnya kan? -hahaha.---Astaghfirullahalazim.---

Betapa ramainya Nabi dan Rasul yang diutuskan lagi kacak dan bergaya yang ditugaskan untuk berdakwah dan menyantuni para umatnya untuk mengabadikan diri kepada yang Maha Kuasa. Namun, tidak boleh tidak Nabi yang paling femes kekacakannya adalah Nabi Muhammad s.a.w, barulah diikuti dengan Nabi Yusuf a.s. Eh, bayangkan;

Sudahlah hensem, kacak, bergaya kemudian cakap dan fikirnya hanya islam. Tidakkah islam menjadikan para Nabi ini qudwah (contoh) ikutan yang baik kepada kita? Saya merasakan betapa osem dan hoyeh-nya mereka. Oh, terkadang saya sedar diri ini sememangnya serba serbi kurang, Mahu kata ada rupa, adalah adik tu cakap “abang, muka abang macam itu-itu lah”. Saya [Tersentap dan mula -berair- Sob. Sob. Sampai hati adik cakap abang macam tu. Sob. Sob]. Tinggi pun biasa-biasa sahaja. Pandai tu memang jauh sekali. Tetapi, saya tetap bersyukur. Sebabnya? Bila teringat kisah Nabi Yusuf a.s, betapa kacak itu menyusahkan. [Mencari hujah mempertahankan diri.hihi]

Nabi Yusuf, sememangnya Nabi yang sangat kacak. Sangat. Sangat Hensem. Bayangkanlah, sekiranya Nabi Yusuf a.s. hidup ketika zaman Nabi Lut, pasti dialog seperti ini keluar

“Hadek, meh kat habang? Habang nak sayang Hadek. Adik hensemlah. Sangat-sangat. Abang nak jaga adik elok-elok. Meh lah”-[ Euww. Yuck-Muntah-muntah].
Ha, siapa rasa iman dia kuat? Meh Test.Bayangkanlah, seseorang perempuan yang seksi menggoda, punya bentuk tubuh badan yang menggiurkan datang mendekati anda untuk minta -Tet-. [eee]. Hapakah yang akan berlaku? [Mohonlah doa Allah tidak diuji dengan ini.huhuhu]

Nabi Yusuf juga tidak terkecuali dari godaan ini. Dek kerana rupa yang terlalu kacak dan susuk badan yang sasa lagi perkasa, Nabi Yusuf a.s. telah digoda oleh Zulaikha, yang mana ketika itu Zulaikha adalah isteri kepada Ketua Polis yang bernama Futhihar. Sebagai orang gaji di rumah majikannya, Nabi Yusuf bersungguh-sungguh melakukan kerja rumah tanpa mempedulikan Zulaikha. Namun, berjagalah dengan godaan bro Syaitonirojim, kerna sebab itulah Zulaikha tidak dapat menahan gelojak nafsunya untuk memiliki Yusuf a.s.
   
Di dalam surah Yusuf (12) 23
“ Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia berkata menutup pintu-pintu lalu berkata “Marilah mendekat kepadaku”. Yusuf berkata “Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah melakukan aku dengan baik”. Sesungguhnya orang zalim itu tidak akan beruntung.

Pelbagai macam taktik yang dipakai Zulaikha dalam menggoda Yusuf. Dari pakaian hinggalah ke wangi-wangian, satu apa pun tak jadi lantaran iman dan taqwanya yang tinggi. Dengan penuh yakin, Nabi Yusuf menolak pelawaan Zulaikha Dan akhirnya, terjadilah fitnah kepada Yusuf a.s. disebabkan kekacakan pendiriannya berlandaskan iman dan taqwa hanya kepada Ya RabbaAlamin.. Kisah selanjutnya? Baca sendiri. Jangan nak untung sangat lah.Haha~~ rujuk dalam Al-Quran, taddabur terjemahan surah yusuf[12]. Memang osem (^-^)v

Dan, dijadikan kisah Nabi Yusuf ini adalah untuk muhasabah kepada mereka yang punya rupa paras yang kacak lagi bergaya, ditambah susuk badan yang sasa lagi perkasa. Eh, bukan muhasabah sahaja Ok. Tetapi peringatan yang keras lagi tegas dari Pemilik Kerajaan ini. Ha, siapa kata kacak itu bagus? Hoho. Dan yang tak kacak  jangan bimbang. Peratus untuk disukai oleh habang, hakak dan hadek-hadek celupan dunia adalah sangat kurang.hohoho

Tapi, tak dinafikan yang sememangnya saya sendiri cemburu dengan “A guy who with complete package”. Hensem, pandai, bergaya, dakwah power, berbudi bahasa, sopan santun,kaya dan semua lagilah sifat-sifat mahmudah yang wujud di dalam dunia ini. Dah lah muka bersih, jambu, putih bersih, rambut ikal mayang (ha?), dan lain-lain lagi, lepas tu ditambah pula dengan dia adalah ikhwah yang mantop lagi berdedikasi! Bayangkanlah, betapa besarnya ujian yang mereka perlu lalui:-

“ana dapat msj, ade datin ajak ana keluar. Istighfar”
“akhi, ana takut nak pegi sini. Hari tu ade abang tu tiba-tiba datang urut-urut bahu”
“ade wanita ajak ana keluar.huhu”
“akhi, nak share nih, ade abang ni ajak ana keluar. Tapi yang ana pelik, badan die pam-pam, tapi selalu msg “Abang suka tengok adik” apakah?”
Kemuncaknya, “ade msj la akh. Pening ana..huhu..“Saya suka tengok awak. Saya harap kita boleh couple, dan saya pasti memberikan yang terbaik hanya untuk awak. Terimalah saya-“ Dan macam-macam lagi.
Boleh Habang kenal dengan Hadek? Wahaha~~
Dan akhirnya, siapa kata kacak itu bagus?haha..Kalau anda punya wajah yang kacak,alhamdulillah. Tetapi betapa berat dan hebatnya ujian yang perlu dilalui, hanya pemilik rezeki itu sahaja yang mengetahui. Fitnah yang melampau, belum lagi dicampur dengan godaan-godaan habang-habang pam dan hadek-hadek berpakaian ketat lagi sendat,ditambah dengan fikrah dan celupan dunia semata. Adoyai. Astaghfirullah..

P/S
Syukurlah dengan apa yang ada. Saya suka dengan apa yang pakcik HAMKA kata
“Yang kita ada ini sudah pun harapan”
Walaupun saya sendiri nak jadi ibarat “The guy with complete package”. Haha..
[Karat jahiliyah itu masih ada. Saya memang ----Teruk Dan Out------Sob.Sob...]
Doakan untuk kita sama-sama berubah. Lagi ,dan lagi, hanya untuk mencari redha ilahi, Semata,hanya untuk Sorga yang kekal Abadi

Read more...

Wa Gay and it's not Okay?


[Minta maaf. Saya masih lagi berusaha untuk mengemaskini entri berkaitan asbab “memadam entri angry bird untuk dakwah”. Jadi, sementara itu, saya nukilkan sebuah kisah benar masyarakat kita. Bacalah dengan hati. Zass~~]

Bismillahirrahmanirrahim,

Ha, tajuk entri kali ini sememangnya “Hot”, ibarat tuan empunya blog. [Uwek. Muntah Muntah]. Haha~~ Dengan nada serius dan beraninya, tajuk itu bukan menunjukkan saya yeh! Jangan ada cerita lain-lain pula selepas ini. Alhamdulillah Saya lurus [straight] lagi normal. Saya nak kawen dengan akhawat[kalau ada yang sudi], bukan dengan ikhwah Ok. I rest my case. Hoho~

Tahukah anda, ada sekelompok manusia kecil yang nafsunya berbeza dari kita? Sebagai contoh, 

"Di sebuah Shopping Complex Mari Bazir Duit, Seorang hadek melihat seorang habang yang hebat,kacak bergaya, macho lagi perkasa. Dengan tidak semenanya, terdetik dalam hati hadek ini “alangkah hensemnya abang ini”. Tidak lama kemudian, habang didatangi oleh seorang lagi habang yang jauh lebih kacak dan macho dari habang yang hadek ini nampak di awalnya. Mereka berpegang tangan erat, dan berjalan dengan steadynya tanpa menghiraukan pandangan masyarakat. Reaksi hadek ini “Apa itu ikan?” Terjemahan terus [What the Fish]"

Saya hensem dan Macho. gagaga~~
Gay @ Homoseksual. Mereka ini adalah kategori insan yang punya naluri songsang dan meminati sesama jantina Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan isu “Seksualiti Merdeka”. Mereka yang terdiri (Lesbian| Gay|Bisexual|Transgender = LGBT) adalah insan-insan yang keliru dengan norma seksualiti sendiri. Dan pasti, ini adalah masalah umat islam dan seterusnya masyarakat Malaysia. “Ah, biarlah dorang. Dorang nk tu ke, nk ni ke, lantak doranglah. Kubur masing-masing”. Kalaulah ada antara kita yang berfikiran dan tak endah dengan masalah umat ini, saranan saya "sila gali kubur sendiri, kapan, mandi, masuk ke dalam liang lahad dan akhirnya; sila timbus diri sendiri Hokay? Wah, banyak lemak. Geram oo kalau tahu ada orang begini. Sila duduk di Planet Pluto atau yang lebih jauh lagi kerana anda adalah alien. [ketawa jahat. Hahaha~~]"


18 November 2011, CUCMS, Cyberjaya: Saya bersama ikhwah-ikhwah tersayang telah menghadiri “Wacana Isu Seksualiti” anjuran sebuah pertubuhan tala untung (NGO) Pertubuhan IKRAM Malaysia yang mana ia telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Mohd Sirajj, dihadiri oleh tiga orang panel dan salah seorangnya dulu adalah insan yang telah HENSHIN dari “Auw” ke “Wow”.Ha, tapi sebelum itu, saya telah melakukan kesilapan besar! Sob Sob.. Ketika mencari tempat duduk, kelihatan seorang hakak yang tough [anda faham kan] berada di penghujung barisan. Kami duduk di barisan hakak itu duduk dan kebetulan saya duduk bersebelahan dengan hakak itu. Dan sememangnya, hakak itu chantek Hensem. Saya sempat bersalam dengannya, dan sementara menunggu wacana bermula, lembaran Surat Chenta dibuka untuk mengisi ruang masa. Tidak lama selepas itu, hakak itu lari. Barulah saya tersedar, kenapalah saya tidak gunakan masa itu borak-borak ceria dengan dia? Terlepas peluang. Ruginya....huhuhu....

Serius, Wacana itu sememangnya sangat Osem dan Kool! Sebenarnya,mereka ini (LGBT) adalah insan-insan yang sangat mendambakan kebaikan, kasih sayang dan perhatian masyarakat. Tahukah yang kita bahawa kebanyakan insan-insan LGBT ini adalah dari:-

Mangsa penderaan seks | Menjadi bahan percubaan oleh habang@ayah| Institusi keluarga yang berpecah |
Apa salah Saya? Sob..Sob

Oo, Baru tau? Saya pun baru tahu.
Dari segi islam, segala usaha yang menjurus ke arah ini jelas, terang lagi ber-Spot-Light hukum syaraknya adalah H.A.R.A.M. That’s it. No offense. Tetapi, indahnya islam adalah bukan untuk menghukum, tetapi untuk memperbaiki keadaan. Berbalik kepada punca sebenar terjadinya kejadian ini, pernahkah kita meletakkan diri kita di tempat mereka?








Dari mana datangnya?
Speechless~~
LGBT adalah budaya hidup masyarakat Barat!
Golongan ini telah diiktiraf sebagai golongan yang punya hak di US. Mereka ada hak untuk memohon pekerjaan, dan yang paling menggelikan, mereka diizinkan berkahwin sesama mereka secara sah

“Man (A), will you marry Man (B)?”-Yes I Do.
Euw. Serius geli~~~Pening |Pitam|Nak Muntah|.....

Disebabkan mereka adalah insan yang tersisih, naluri mereka memberontak untuk menuntut “Hak Kebebasan” mereka. Kesian mereka kan? [*Sigh~~~]

Di Malaysia.
Lantaran merasai kesempitan hidup untuk diterima masyarakat membuatkan insan-insan-insan ini meronta untuk meminta perhatian. “We want our Human Right!”. Astaghfirullahalazim. Tahukah anda betapa mereka mendambakan untuk menjadi “good-good” @ Normal seperti kita? Lantaran begitu ramai di antara kita yang begitu gah menghukum “Kau masuk neraka, habislah kau”. Walhal, belum tentu lagi kita punya tempat di syurga dengan ketidakpedulian kita tentang kebejatan akhlak umat islam masa kini.

Tanya balik pada diri kita, sejauh mana pandangan kita terhadap insan-insan ini?

“Euw, gelilah. Weh Nyah, blah kau. Arbok, kau jangan kawan dengan aku. Hoi anak Hikan Mr. G, pegilah dekat bapak Hikan kau”.

Dan akhirnya, begitu mudah sekali kita menghukum mereka? Luahan hati seorang panel:-

“Jauh di hati mereka inginkan pasangan yang normal, ada anak, keluarga yang bahagia. Tapi mereka terhimpit, dek dorongan naluri sendiri. Terkadang ini semua terjadi disebabkan mereka keliru. Tapi kita sebagai masyarakat terus menyisihkan mereka. Dan mereka ini merasai yang mereka hanya boleh hidup sesama golongan mereka sahaja. Itulah sebabnya mereka menuntut hak kebebasan terhadap kerajaan. Namun nyata mereka terus dihukum tanpa ada siapa yang kisah”.

Golongan ini adalah antara yang Allah sebut sebagai golongan yang menjadikan hawa nafsu sebagai Ilah:-

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Al Jatsiyah 45:23


Sebenarnya, ayat ini “Pukul Rata” oh!. Sesiapa rasa dia gila shopping, karaoke, membeli dan belah, boleh jadi dalam hatinya ada ilah laen hokay! InsyaALLAH, saya akan kupas lebih lanjut berkaitan ilah di dalam entri seterusnya entah bila.haha~~ Tetapi, sayangnya insan-insan LGBT ini mempertuhankan nafsunya, mengikut segala kehendak hawanya sehingga di akhirnya mereka menemui kebuntuan. Tidakkah kita mengambil ibrah(pengajaran) dari kisah Umat Nabi Lut iaitu kaum Sodom yang menggilai seks di luar tabii? Betapa murkanya Allah sehingga langsung hancur tempat tinggal mereka!

Mengikut statistik yang diambil, dijangka jumlah golongan ini adalah 0.5% dari jumlah populasi rakyat Malaysia. Tetapi, bayangkan sekiranya terdapat 25% rakyat kita yang sangat mengambil peduli tentang hal mereka, pasti masalah ini mampu diatasi. (Skema kan kenyataan ini?haha). Tapi, serius, kalaulah kita pandai menyantuni golongan ini yang mana kita fokuskan kepada individu, insyaALLAH, akan ada jalan keluar kepada permasalahan ini. Ketika forum itu berlangsung, para panel yang hosem menyatakan “Mereka ni sebenarnya memang nak berubah...tetapi rakyat kita sering menghukum, malahan sangat sedikit yang ingin mendekati dan mengubah mereka”. Ditambah lagi “Saya minta maaf ye. Masyarakat memang tidak adil terhadap kami. Tahu tak, ada seorang hartawan pernah mengajak kami geng-geng Lorong Haji Taib menaiki bas yang disewa khas untuk membawa kami ke kediamannya untuk meraikan harijadi beliau. Dia siap offer lagi kami untuk kerja dengan dia dan akan membayar gaji kepada kami. Sememangnya kami amat tersentuh dengan cara dia”.

Nah, satu lagi pukulan untuk kita! Tepek kot. Bagi sesiapa yang merasai dirinya seorang daie, seharusnya kita mencari solusi, bukan menambah masalah lagi. “Assalamualaikum. Awak telah buat kerja terkutuk. Awak pasti masuk neraka. Sekian”. Eh, kalaulah kita semua asyik cakap macam ni, pasti kelam keindahan islam. Kita kena ingat, manusia bukan maksum. Jangan suka menyalahkan semata, kena cari jalan penyelesaian hokay?
Fikirkan, Ada ke orang yang nak lahir sebagai Gay? Lesbian? “Ya Allah, jadikanlah aku hakak yang pam lagi tegap?”. Ada? Pastinya, itu bukan pilihan mereka, tetapi ujian Allah yang sangat berat kepada mereka dan juga KITA.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan; Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji “Al-Ankabut: 2-3

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubahnya” Ar Rad 13:11
  
Jadi, penyelesaiannya?
Rujuklah sunnah Rasullah s.a.w. Ingat tak kisah pasal ada pemuda lelaki yang meminta izin untuk berzina? Para sahabat “marah lembu-lembu [translate] = Marah Cow Cow punya”, tapi Rasullah s.a.w relax dan kool je. Baginda tak marah, tapi menyantuninya dengan soalan-soalan yang psikologi terbalik.[Reverse Psychology]. Dan akhirnya, pemuda itu adalah pemuda yang sangat membenci Zina lebih dari segalanya. Jadi, kita juga perlu menyantuni insan-insan ini dengan mendekati mereka secara individu. Selalu borak-borak, lihat mereka dengan pandangan kasih sayang, ambil berat dan yang paling penting, mengingatkan mereka tentang kasih sayang Allah terhadap para hamba-Nya.


If They were Gays, we must Say it’s not OK. Just because, we muslims and malaysians are Care. InsyaALLAH


Di akhir forum ini, Dr. Harlina merumuskan

"Tugas kita bukan untuk melabel @ Menghukum, tetapi adalah untuk membimbing mereka kembali kepada keredhaan Allah s.w.t"


p/s: Kita bukan penghukum. Kita adalah manusia, yang tak lari dari melakukan kekhilafan.dan menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya. Sehinggalah di akhirnya mereka sedar, betapa indahnya kasih sayang Allah kepada ciptaan-Nya yang bergelar, Manusia.
Wallahualam.



Read more...

Memadam entri "Angry Bird untuk Dakwah?"

Wednesday, November 16, 2011

Dengan ini, saya dengan rasa rendah dirinya ingin meminta maaf di atas entri "Angry Bird untuk dakwah". Sememangnya, saya masih kebudak-budakan waimah umur sudah menjangkau dewasa. *sigh~~*
Bila difikir dengan sedalamnya, ya,
Keburukan melebihi kebaikannya.

Setelah membaca ulasan dan komen para super ikhwah, saya merasakan ia bukan suatu yang realistik di dalam dakwah. Teringat kembali tika daurah "sayonara jahiliyah", muwajih dengan lantang menegaskan

"Jangan dicampur di antara hak dan yang batil"!

Baru teringat. Adoi. Teruklah saya. Tika dalam ulasan Dr. Hafidzi berkaitan isu slogan, saya beria-ia mendahulukan islam. Dan akhirnya, Allah uji dengan minat saya terhadap "kecomelan" angry bird. Sejujurnya,saya pernah main, tapi saya memang bukanlah "kaki gamer". Sekadar suka-suka. Currently, i'm so in love with da'wah (May this remain forever till the last breath), but yet, it's not a reason for me to do the way i love to do it; since Al-Quran has set the rules from the beginning! 

Muhasabah untuk diri saya agar tak jadi brother hyperactive dan berfikiran pendek. 
InsyaALLAH, di dalam entri seterusnya, saya sendiri akan menghuraikannya mengikut kefahaman dakwah. Sudah semestinya, saya hanya pelajar kejuruteraan yang biasa-biasa sahaja. Tapi, ini tidak menghalang sama sekali untuk berkongsi pendapat. Tunggu.

Apa-apa pun, Maaf yeh. Sob. Sob.

Read more...

Takut jikalau Allah telah membenci kita

Tuesday, November 15, 2011

Bismillahirrahmanirrahim,


"Dan katakanlah (Muhammad), "Ya Tuhanku, berilah ampunan dan (berilah) rahmat, Engkaulah pemberi rahmat yang terbaik" [Al Mu'minun 23:118]

Bersyukur di atas setiap saat yang berlalu, yang mana terselit kebesaran Ilahi yang tak mampu disangkal lagi. Lihatlah angin yang bertiup, oksigen yang memenuhi ruang udara, kesihatan, dan sangat banyak lagi yang tak tertaksir dengan sekadar kata-kata. Bukalah mata kita, tidak cukupkah aturan siang dan malam untuk membuatkan kita berfikir? Malahan, Allah itu Maha Adil, setiap rezeki adalah untuk semua tanpa mengira siapa hamba-Nya. Dan sebaik-baik kurniaan itulah islam, dan sungguh bertuah kita yang sememangnya islam semenjak di awal kelahiran lagi.

Ha, Ini yang buat kita umat islam sejak lahir patut rasa malu. Mangapa?
“Saya aa,kalau tala sembahyang aa..rasa tak tenang aa..tala bole tidur”-Ungkapan abang Ridzuan.

Saya rasa wajib untuk saya berkongsi tentang hal ini.

15 November 2011.
Di malam yang syahdu tatkala di surau, sayugia imam mengumumkan “Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah kita ada saudara baru yang baru masuk islam. Sekiranya ingin menyumbang, anda boleh pergi dan beri ke beliau sendiri di belakang sana”

Di situ, kami terlihat Abang Malik(Abe M) dan Abang Ridzuan(Abe R), yang mana setelah borak-borak, kami mengetahui Abe M baru pulang ke fitrahnya dalam 5 hari, dan Abe R sudah setahun (syukur alhamdulillah)

Kami amat teruja untuk mengetahui tentang perjalanan kisah kedua-dua Abe ini dalam kembali ke fitrahnya, dan syukur kepada-Mu ya Allah kerna memberikan kami rahmat dengan kedatangan mereka ke rumah bujang yang "kemas dan tersusun rapi".haha~~

Pada ketika itu, pelbagai soalan yang dilemparkan.

Ibarat Polis yang misainya melentik, perut Ah-Roy dan memegang “Chota” dan bertanya “Hei kau, bagaimana kau masuk islam?”

Aiyo. Ini sudah pasti bukan akhlak muslim. Dengan penuh sopan santun dan ayunya[Ok. Tolong jangan geli] kami bertanya “Abang Ridzuan, abang sharing lah skit psl ksh abg? Kami excited nak tau”. Persoalan demi persoalan diajukan kepada Abe R sebab dia banyak bercakap, manakala Abe M malu-malu kucing. Hoho~~

Berikut adalah kenyataan Rasmi Abe R. Ada yang saya tambah. Huhu.

Kata Abe R:-

“Saya aa,manyak susa masa belum islam dulu.. ada wang, habis minum..ada wang, habis minum...saya,mau masuk islam macam suda lama juga aa..saya ada kenal itu haji aa..dia selalu celita pasal islam.. satu hali tu, dia ala bagi itu buku-buku,suluh baca dulu,fikir betul-betul..saya pun decide, masuk islam... saya aa,ala nampak itu melayu islam pun main itu toto, alak, manyak lagi oo..tapi saya tala kata dia islam, tapi kata itu "melayu". sama jugala sama itu cina n india. lagi aa, islam pun kata kalau saya suda masuk islam, saya masih boleh balik rumah woo...tapi kena bagi tau dekat family ini oink-oink(Ini saya tambah), alak, n mende-mende yang tala bole makan jangan bagi makan... saya betul-betul suda tinggal itu suma sejak masuk islam..itu Alah aa (Allah) dalam islam ada satu.. kalu dalam cina, itu tuhan dekat tokong kena kasi olen, dekat tuhan lain olen lagi.. tapi aa, “Saya aa,kalau tala sembahyang aa..rasa tak tenang aa..tala bole tidur”-“

Sebenarnya, banyak lagi yang kami dapat dari Abe R nih. Tapi, statement die pasal “saya aa, kalau tala sembahyang aa, rasa tak tenang aa..tala bole tidur” buat saya rasa “tala boleh blah woo”. Serius terkesan. Makan dalam...

Bayangkan,

Betapa ramai kita yang islam sejak di bayi, tapi begitu mudah meninggalkan solat?
Tak kira lagi yang bangga dengan arak walaupun ICnya “ISLAM”, walhal saudara ini begitu membencinya setelah mengungkap kalimah “Laillahaillah”
Betapa susahnya dia mencari kasih sayang Allah, dan betapa ramai pula di antara kita yang begitu mudah tidak mengendahkannya?
       Malunya. Malunya..

Sungguh, memang kita patut rasa malu. Kalau dalam diri kita tiada rasa itu, saranan saya baik kita memohon ampun dan taubat kepada Allah s.w.t. Mengapa?

“Takut jikalau Allah telah membenci kita!”

Manusia benci, apa ada hal? Sebabnya manusia pasti melakukan kesilapan. Kita bukannya Nabi dan Rasul pun. [Statement kasar untuk kita sedar: Sape-sape die rasa die maksum, boleh blah OK]. “Tala apa-apa woo kalo manusia benci..”. Tapi aa, Allah kalau sudah benci, apa pun tak boleh. Jangan buat main woo...hina di dunia dapat, di akhirat apatah lagi? Astaghfirullah.... Sob..Sob.. Sob....xnk...

Terpukul | Terkesima| Tersedar| Terima Kasih Ya Allah.



Read more...

Theory Choki-Choki V1.0 vs Praktikal

Monday, November 14, 2011

Bismillahirrahmanirrahim,


Engkau, laksana bulan yang menyinari, Hidupku yang malap dan gelita. Engkau, bla.bla.bla
Saya: [Apakah?]

Kerap kali kita melihat dan membaca status yang “menyentuh hati” di facebook kan? “Sayang,aku tidak hidup tanpamu”.  Saya [“Lagi bagus. Semak tol ade orang camni”. ]. Eh. Itu bukan status menyentuh hati, itu status “menggelegak hati”. Ish Ish. Haha. Itu status Cinta. Tapi, kalau status berkaitan dakwah? "Sesungguhnya dakwah itu jalannya pasti berliku dan berduri. Mereka yang berada di jalan dakwah pasti merasa betapa sakitnya di badai ombak, beruntunglah mereka yang terus gah ibarat akar yang mencengkam dasar bumi"

Terkadang, saya sendiri terpesona dek lentokan bahasa yang berpuitis dan berpusing-pusing itu. Sehingga merasakan “Aku pun nak gak lah.”. Dan-dan cuba mereka ayat-ayat puitis, dan akhirnya, jadilah ayat-ayat yang menggelikan hati.
Adoi. Sememangnya saya tidak berbakat untuk menulis perkara yang menyentuh hati.
Di dalam jalan dakwah,  tiada kata yang semanis choki-choki atau hershey’s [PERUMPAMAAN] yang sesuai untuk “kemanisan berada di jalan dakwah”. Kerna, yang merasa betapa peritnya jalan ini, merekalah yang lebih mengetahui kemanisannya.


Mari, kita lihat,
Theory Choki-Choki V1.0 vs Praktikal

[Teori]. Aku mahu memperjuangkan agama!!Argh~~
[Praktikal]“Pernahkah anda merasa betapa peliknya bila orang lain memandang kita dengan pandangan sinis hanya kerana bercakap perkara yang Haq?”

[Teori]. Wah, indahnya ukhuwah islami. Syukran ya Allah (^-^)
[Praktikal] “Enta rasa dia dah buat apa? Mana ada apa-apa! Ana dah buat macam-macam,tapi dia pulak yang dapat nama- “-Ini busuk hati punya olang woo. Saya sudah jumpa ini olang punya jenis. Lagi memecahkan ukhuwah pandailah. Moga Allah ampunkan dosa kami.

[Teori].Akhi,pengorbanan dalam dakwah itu PASTI, kita kena korbankan bla.Bla..
[Praktikal] “Adakah mereka pernah merasai betapa kewangan, masa dan banyak lagi yang menghimpit disebabkan keperluan dakwah? ”

[Teori].Dan akhirnya, bila ada yang mengatakan dakwah itu bukan “EKSLUSIF”
[Praktikal] “Lihatlah pada diri sendiri sebelum kita menyeru yang lain. Adakah kita melakukannya mengikut manhaj nubuwah?”

Dakwah dengan Cinta adalah perbuatan. Comel kan? hoho~~

Ohoi, dan sememangnya dakwah itu memerlukan pengorbanan yang AMAT banyak. Dan, janganlah disamakan dengan betapa mudahnya kita memakan choki-choki, dan di akhirnya merasai kemanisannya. Tidak sama sekali.  Sangat Jauh OK. Sebabnya, kemanisan dakwah itu lebih hebat dari kemanisan choki-choki yang berharga 20 sen,melebihi harga coklat Cadbury, Ferrero Roche, Hershey’s, waimah coklat termahal di dunia pun, tiada kemanisan coklat yang dapat menandingi kemanisan berada di jalan dakwah yang osem ini.

Kata-kata manis, mana mungkin sama dengan perlakuan. Jadi, kurangkan provokasi, banyakkan partisipasi (Betulkah?).haha~~.

Hoyeh. Moga Allah terus kekalkan daie-daie yang berada di jalan dakwah ini dengan gelaran “jundullah”. Ha, ada kerja kosong. Jadi askar Allah, nak tak? Askar paling lumayan gajinya OK.

Kerja: Berdakwah,berjuang dan berjihad di jalan Allah.
Gaji: Hidup Mulia
Pencen: Mati Syahid.
Tarikh tutup: Bila dijemput izrail.


Moga kita tergolong di dalam golongan ini. Golongan yang praktikal, bukan yang teori. Amin.

Read more...

Saya menyeru. Silap. Saya merayu.


[entri kali ini lebih untuk memotivasikan diri sendiri yang menyendiri.haha]

Bismillahirrahmanirrahim;

Astaghfirullahalazim. Kenapalah diri ini begitu sukar untuk istiqamah? Ish..
Sebenarnya, sudah beberapa kali percubaan atau try yang dilakukan, namun tidak juga gol. Adoi. Saya pelik, pening dan runsing.
Jika kita menelusuri kisah para sahabat, betapa mereka istiqamah dalam beribadah. Sebaik-baik istiqamah adalah yang sedikit tapi berterusan.

Para Sahabat: Generasi Terbaik. Saya: Generasi Terbalik. Eh, tak mahu.

Apa macam ini? Adoyai. Runsing|Runsing|Runsing = Apakah?

Firman Allah s.w.t:-

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat 41:30)

Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab:

“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).

Di sebalik perkataanya, bila tidak istiqamah, Brother Umar dengan kata lainnya bermaksud "kamu musang". Oh,Itu Tidak Kool.

Syoknya kalau boleh istiqamah. Masalah untuk diri ini adalah istiqamah dalam kehidupan seharian. 

Nak istiqamah macam adik ni.
Istiqamah Musang.
Penjagaan waktu solat + Al-Quran + Bacaan + Blogging.

Tapi, yang peliknya, ini boleh pula istiqamah

Istiqamah harian: 
Facebook + Malaysiakini + Milosuam(Blog politik-Bukan minuman OK. Nestle. Boycott!Fullstop)

Ee, teruknya. Saya nak “HENSHIN” bab ni pula! Oleh itu, dengan tidak malunya saya memohon doa anda. Doa anda amat ditagih. Doalah. Tolonglah. Doa agar  saya istiqamah dalam setiap saat yang berlalu hanya untuk Allah s.w.t. Merayu nih. Sob..Sob...


Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP