Wa Gay and it's not Okay?

Saturday, November 19, 2011


[Minta maaf. Saya masih lagi berusaha untuk mengemaskini entri berkaitan asbab “memadam entri angry bird untuk dakwah”. Jadi, sementara itu, saya nukilkan sebuah kisah benar masyarakat kita. Bacalah dengan hati. Zass~~]

Bismillahirrahmanirrahim,

Ha, tajuk entri kali ini sememangnya “Hot”, ibarat tuan empunya blog. [Uwek. Muntah Muntah]. Haha~~ Dengan nada serius dan beraninya, tajuk itu bukan menunjukkan saya yeh! Jangan ada cerita lain-lain pula selepas ini. Alhamdulillah Saya lurus [straight] lagi normal. Saya nak kawen dengan akhawat[kalau ada yang sudi], bukan dengan ikhwah Ok. I rest my case. Hoho~

Tahukah anda, ada sekelompok manusia kecil yang nafsunya berbeza dari kita? Sebagai contoh, 

"Di sebuah Shopping Complex Mari Bazir Duit, Seorang hadek melihat seorang habang yang hebat,kacak bergaya, macho lagi perkasa. Dengan tidak semenanya, terdetik dalam hati hadek ini “alangkah hensemnya abang ini”. Tidak lama kemudian, habang didatangi oleh seorang lagi habang yang jauh lebih kacak dan macho dari habang yang hadek ini nampak di awalnya. Mereka berpegang tangan erat, dan berjalan dengan steadynya tanpa menghiraukan pandangan masyarakat. Reaksi hadek ini “Apa itu ikan?” Terjemahan terus [What the Fish]"

Saya hensem dan Macho. gagaga~~
Gay @ Homoseksual. Mereka ini adalah kategori insan yang punya naluri songsang dan meminati sesama jantina Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan isu “Seksualiti Merdeka”. Mereka yang terdiri (Lesbian| Gay|Bisexual|Transgender = LGBT) adalah insan-insan yang keliru dengan norma seksualiti sendiri. Dan pasti, ini adalah masalah umat islam dan seterusnya masyarakat Malaysia. “Ah, biarlah dorang. Dorang nk tu ke, nk ni ke, lantak doranglah. Kubur masing-masing”. Kalaulah ada antara kita yang berfikiran dan tak endah dengan masalah umat ini, saranan saya "sila gali kubur sendiri, kapan, mandi, masuk ke dalam liang lahad dan akhirnya; sila timbus diri sendiri Hokay? Wah, banyak lemak. Geram oo kalau tahu ada orang begini. Sila duduk di Planet Pluto atau yang lebih jauh lagi kerana anda adalah alien. [ketawa jahat. Hahaha~~]"


18 November 2011, CUCMS, Cyberjaya: Saya bersama ikhwah-ikhwah tersayang telah menghadiri “Wacana Isu Seksualiti” anjuran sebuah pertubuhan tala untung (NGO) Pertubuhan IKRAM Malaysia yang mana ia telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Mohd Sirajj, dihadiri oleh tiga orang panel dan salah seorangnya dulu adalah insan yang telah HENSHIN dari “Auw” ke “Wow”.Ha, tapi sebelum itu, saya telah melakukan kesilapan besar! Sob Sob.. Ketika mencari tempat duduk, kelihatan seorang hakak yang tough [anda faham kan] berada di penghujung barisan. Kami duduk di barisan hakak itu duduk dan kebetulan saya duduk bersebelahan dengan hakak itu. Dan sememangnya, hakak itu chantek Hensem. Saya sempat bersalam dengannya, dan sementara menunggu wacana bermula, lembaran Surat Chenta dibuka untuk mengisi ruang masa. Tidak lama selepas itu, hakak itu lari. Barulah saya tersedar, kenapalah saya tidak gunakan masa itu borak-borak ceria dengan dia? Terlepas peluang. Ruginya....huhuhu....

Serius, Wacana itu sememangnya sangat Osem dan Kool! Sebenarnya,mereka ini (LGBT) adalah insan-insan yang sangat mendambakan kebaikan, kasih sayang dan perhatian masyarakat. Tahukah yang kita bahawa kebanyakan insan-insan LGBT ini adalah dari:-

Mangsa penderaan seks | Menjadi bahan percubaan oleh habang@ayah| Institusi keluarga yang berpecah |
Apa salah Saya? Sob..Sob

Oo, Baru tau? Saya pun baru tahu.
Dari segi islam, segala usaha yang menjurus ke arah ini jelas, terang lagi ber-Spot-Light hukum syaraknya adalah H.A.R.A.M. That’s it. No offense. Tetapi, indahnya islam adalah bukan untuk menghukum, tetapi untuk memperbaiki keadaan. Berbalik kepada punca sebenar terjadinya kejadian ini, pernahkah kita meletakkan diri kita di tempat mereka?








Dari mana datangnya?
Speechless~~
LGBT adalah budaya hidup masyarakat Barat!
Golongan ini telah diiktiraf sebagai golongan yang punya hak di US. Mereka ada hak untuk memohon pekerjaan, dan yang paling menggelikan, mereka diizinkan berkahwin sesama mereka secara sah

“Man (A), will you marry Man (B)?”-Yes I Do.
Euw. Serius geli~~~Pening |Pitam|Nak Muntah|.....

Disebabkan mereka adalah insan yang tersisih, naluri mereka memberontak untuk menuntut “Hak Kebebasan” mereka. Kesian mereka kan? [*Sigh~~~]

Di Malaysia.
Lantaran merasai kesempitan hidup untuk diterima masyarakat membuatkan insan-insan-insan ini meronta untuk meminta perhatian. “We want our Human Right!”. Astaghfirullahalazim. Tahukah anda betapa mereka mendambakan untuk menjadi “good-good” @ Normal seperti kita? Lantaran begitu ramai di antara kita yang begitu gah menghukum “Kau masuk neraka, habislah kau”. Walhal, belum tentu lagi kita punya tempat di syurga dengan ketidakpedulian kita tentang kebejatan akhlak umat islam masa kini.

Tanya balik pada diri kita, sejauh mana pandangan kita terhadap insan-insan ini?

“Euw, gelilah. Weh Nyah, blah kau. Arbok, kau jangan kawan dengan aku. Hoi anak Hikan Mr. G, pegilah dekat bapak Hikan kau”.

Dan akhirnya, begitu mudah sekali kita menghukum mereka? Luahan hati seorang panel:-

“Jauh di hati mereka inginkan pasangan yang normal, ada anak, keluarga yang bahagia. Tapi mereka terhimpit, dek dorongan naluri sendiri. Terkadang ini semua terjadi disebabkan mereka keliru. Tapi kita sebagai masyarakat terus menyisihkan mereka. Dan mereka ini merasai yang mereka hanya boleh hidup sesama golongan mereka sahaja. Itulah sebabnya mereka menuntut hak kebebasan terhadap kerajaan. Namun nyata mereka terus dihukum tanpa ada siapa yang kisah”.

Golongan ini adalah antara yang Allah sebut sebagai golongan yang menjadikan hawa nafsu sebagai Ilah:-

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Al Jatsiyah 45:23


Sebenarnya, ayat ini “Pukul Rata” oh!. Sesiapa rasa dia gila shopping, karaoke, membeli dan belah, boleh jadi dalam hatinya ada ilah laen hokay! InsyaALLAH, saya akan kupas lebih lanjut berkaitan ilah di dalam entri seterusnya entah bila.haha~~ Tetapi, sayangnya insan-insan LGBT ini mempertuhankan nafsunya, mengikut segala kehendak hawanya sehingga di akhirnya mereka menemui kebuntuan. Tidakkah kita mengambil ibrah(pengajaran) dari kisah Umat Nabi Lut iaitu kaum Sodom yang menggilai seks di luar tabii? Betapa murkanya Allah sehingga langsung hancur tempat tinggal mereka!

Mengikut statistik yang diambil, dijangka jumlah golongan ini adalah 0.5% dari jumlah populasi rakyat Malaysia. Tetapi, bayangkan sekiranya terdapat 25% rakyat kita yang sangat mengambil peduli tentang hal mereka, pasti masalah ini mampu diatasi. (Skema kan kenyataan ini?haha). Tapi, serius, kalaulah kita pandai menyantuni golongan ini yang mana kita fokuskan kepada individu, insyaALLAH, akan ada jalan keluar kepada permasalahan ini. Ketika forum itu berlangsung, para panel yang hosem menyatakan “Mereka ni sebenarnya memang nak berubah...tetapi rakyat kita sering menghukum, malahan sangat sedikit yang ingin mendekati dan mengubah mereka”. Ditambah lagi “Saya minta maaf ye. Masyarakat memang tidak adil terhadap kami. Tahu tak, ada seorang hartawan pernah mengajak kami geng-geng Lorong Haji Taib menaiki bas yang disewa khas untuk membawa kami ke kediamannya untuk meraikan harijadi beliau. Dia siap offer lagi kami untuk kerja dengan dia dan akan membayar gaji kepada kami. Sememangnya kami amat tersentuh dengan cara dia”.

Nah, satu lagi pukulan untuk kita! Tepek kot. Bagi sesiapa yang merasai dirinya seorang daie, seharusnya kita mencari solusi, bukan menambah masalah lagi. “Assalamualaikum. Awak telah buat kerja terkutuk. Awak pasti masuk neraka. Sekian”. Eh, kalaulah kita semua asyik cakap macam ni, pasti kelam keindahan islam. Kita kena ingat, manusia bukan maksum. Jangan suka menyalahkan semata, kena cari jalan penyelesaian hokay?
Fikirkan, Ada ke orang yang nak lahir sebagai Gay? Lesbian? “Ya Allah, jadikanlah aku hakak yang pam lagi tegap?”. Ada? Pastinya, itu bukan pilihan mereka, tetapi ujian Allah yang sangat berat kepada mereka dan juga KITA.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan; Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji “Al-Ankabut: 2-3

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubahnya” Ar Rad 13:11
  
Jadi, penyelesaiannya?
Rujuklah sunnah Rasullah s.a.w. Ingat tak kisah pasal ada pemuda lelaki yang meminta izin untuk berzina? Para sahabat “marah lembu-lembu [translate] = Marah Cow Cow punya”, tapi Rasullah s.a.w relax dan kool je. Baginda tak marah, tapi menyantuninya dengan soalan-soalan yang psikologi terbalik.[Reverse Psychology]. Dan akhirnya, pemuda itu adalah pemuda yang sangat membenci Zina lebih dari segalanya. Jadi, kita juga perlu menyantuni insan-insan ini dengan mendekati mereka secara individu. Selalu borak-borak, lihat mereka dengan pandangan kasih sayang, ambil berat dan yang paling penting, mengingatkan mereka tentang kasih sayang Allah terhadap para hamba-Nya.


If They were Gays, we must Say it’s not OK. Just because, we muslims and malaysians are Care. InsyaALLAH


Di akhir forum ini, Dr. Harlina merumuskan

"Tugas kita bukan untuk melabel @ Menghukum, tetapi adalah untuk membimbing mereka kembali kepada keredhaan Allah s.w.t"


p/s: Kita bukan penghukum. Kita adalah manusia, yang tak lari dari melakukan kekhilafan.dan menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya. Sehinggalah di akhirnya mereka sedar, betapa indahnya kasih sayang Allah kepada ciptaan-Nya yang bergelar, Manusia.
Wallahualam.



0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP