Kacak itu menyusahkan

Saturday, November 19, 2011


Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah anda merasa diri anda kacak? Jika ya? Sila lihat cermin sekarang.
Cermin [Retak]
Setelah itu, adakah anda masih merasa diri anda kacak? Hahaha~~
 Jangan marah OK. Saya gurau je. Huhu. Sememangnya, manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t

“Sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya "-At Tin: 4

Kawan-kawan, bayangkan betapa besar dan hebatnya ciptaan Allah di dalam galaksi yang super duper besar ini, kita adalah sebaik-baik kejadian Allah. Tidakkah kita merasa “WOW”?Kita kagum dengan burung kakak tua yang boleh bercakap “Biskut. Biskut”, tetapi, hakikatnya kita manusia lebih hebat sebab kita boleh paksa burung kakak tua tu makan biskut dengan kejam. [ketawa jahat. Hahaha~~]
Ape tengok-tengok? gagaga~~
Firman Allah s.w.t

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?-“An-Nahl 16:71

Hebatnya Allah s.w.t sebab dia melebihkan rezeki sebahagian daripada kita dengan yang lain. Rezeki ini bukan sekadar makan minum, tempat tinggal, tetapi kebolehan, IQ, EQ, Tubuh badan dan sangat banyak lagi. Realitinya, kita sebagai manusia tidak lari dari inginkan kesempurnaan. Kalau bolehlah, berikut adalah wishlist lelaki masakini;

“Aku nak isteri kaya, cantik, solehah, bijak pandai, cendiakawan abad 2020, pandai memasak, ---lagi lagi dan lagi sifat mahmudah yang ada pada wanita--.”

Aku hensem bhai. hoho~~
Tetapi, dikala kita mengimpikan wanita sempurna itu, tatkala diri sendiri ibarat jauh dari sifat mahmudah,diibaratkan seperti “rumah tak siap” @ “Kapal Pecah”. Hihi~~.  Ok, sebelum saya mengarut dengan lebih jauh, let’s talk towards this entry. Setiap daripada kita punya rezeki yang berbeza (Wah.haha). Bila mana kita berbicara tentang tubuh badan atau fokusnya paras rupa, ada yang hensem,jambu batu, durian,kurma dan segala macam lagi buah yang wujud. Kalau istilah untuk mereka yang rezekinya kurang dalam paras rupa, digambarkan adalah seperti ini

Situasi: Sekolah Asrama Budak Skema-Skema Sedunia.
Tempat: Kantin Sekolah.

A: “Beb, setelah lama kita mengenali, aku nak cakap sesuatu yang ikhlas, lagi jujur dan amanah pasal kau.”
B: “Pe die? Aku tau aku pandai. Memang pun selalu dapat anugerah pelajar cemerlang. Budak perempuan selalu cari aku minta ajar. Aku perfect bhai.(Gelak riak.)hahaha~~”
A:”Betul. Tapi kan, muka kau pecah rumah”
B: Hati tersentap! Mata mula berair,perlahan-lahan bangun. Membuka langkah dan berlari balik ke asrama sambil menangis teresak-esak
A: "Apakah?"
Si A(Kiri): Ah, biarlah kau
Si B(Kanan): Sob Sob Sob Sob (T-T)
Ingat. Jangan sesekali cakap dengan kawan kita seperti ini. Tapi, sekali sekala kalau dah kawan dah “kerek(istilah Key Hell: Berlagak”) sangat, apa salahnya kan? -hahaha.---Astaghfirullahalazim.---

Betapa ramainya Nabi dan Rasul yang diutuskan lagi kacak dan bergaya yang ditugaskan untuk berdakwah dan menyantuni para umatnya untuk mengabadikan diri kepada yang Maha Kuasa. Namun, tidak boleh tidak Nabi yang paling femes kekacakannya adalah Nabi Muhammad s.a.w, barulah diikuti dengan Nabi Yusuf a.s. Eh, bayangkan;

Sudahlah hensem, kacak, bergaya kemudian cakap dan fikirnya hanya islam. Tidakkah islam menjadikan para Nabi ini qudwah (contoh) ikutan yang baik kepada kita? Saya merasakan betapa osem dan hoyeh-nya mereka. Oh, terkadang saya sedar diri ini sememangnya serba serbi kurang, Mahu kata ada rupa, adalah adik tu cakap “abang, muka abang macam itu-itu lah”. Saya [Tersentap dan mula -berair- Sob. Sob. Sampai hati adik cakap abang macam tu. Sob. Sob]. Tinggi pun biasa-biasa sahaja. Pandai tu memang jauh sekali. Tetapi, saya tetap bersyukur. Sebabnya? Bila teringat kisah Nabi Yusuf a.s, betapa kacak itu menyusahkan. [Mencari hujah mempertahankan diri.hihi]

Nabi Yusuf, sememangnya Nabi yang sangat kacak. Sangat. Sangat Hensem. Bayangkanlah, sekiranya Nabi Yusuf a.s. hidup ketika zaman Nabi Lut, pasti dialog seperti ini keluar

“Hadek, meh kat habang? Habang nak sayang Hadek. Adik hensemlah. Sangat-sangat. Abang nak jaga adik elok-elok. Meh lah”-[ Euww. Yuck-Muntah-muntah].
Ha, siapa rasa iman dia kuat? Meh Test.Bayangkanlah, seseorang perempuan yang seksi menggoda, punya bentuk tubuh badan yang menggiurkan datang mendekati anda untuk minta -Tet-. [eee]. Hapakah yang akan berlaku? [Mohonlah doa Allah tidak diuji dengan ini.huhuhu]

Nabi Yusuf juga tidak terkecuali dari godaan ini. Dek kerana rupa yang terlalu kacak dan susuk badan yang sasa lagi perkasa, Nabi Yusuf a.s. telah digoda oleh Zulaikha, yang mana ketika itu Zulaikha adalah isteri kepada Ketua Polis yang bernama Futhihar. Sebagai orang gaji di rumah majikannya, Nabi Yusuf bersungguh-sungguh melakukan kerja rumah tanpa mempedulikan Zulaikha. Namun, berjagalah dengan godaan bro Syaitonirojim, kerna sebab itulah Zulaikha tidak dapat menahan gelojak nafsunya untuk memiliki Yusuf a.s.
   
Di dalam surah Yusuf (12) 23
“ Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia berkata menutup pintu-pintu lalu berkata “Marilah mendekat kepadaku”. Yusuf berkata “Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah melakukan aku dengan baik”. Sesungguhnya orang zalim itu tidak akan beruntung.

Pelbagai macam taktik yang dipakai Zulaikha dalam menggoda Yusuf. Dari pakaian hinggalah ke wangi-wangian, satu apa pun tak jadi lantaran iman dan taqwanya yang tinggi. Dengan penuh yakin, Nabi Yusuf menolak pelawaan Zulaikha Dan akhirnya, terjadilah fitnah kepada Yusuf a.s. disebabkan kekacakan pendiriannya berlandaskan iman dan taqwa hanya kepada Ya RabbaAlamin.. Kisah selanjutnya? Baca sendiri. Jangan nak untung sangat lah.Haha~~ rujuk dalam Al-Quran, taddabur terjemahan surah yusuf[12]. Memang osem (^-^)v

Dan, dijadikan kisah Nabi Yusuf ini adalah untuk muhasabah kepada mereka yang punya rupa paras yang kacak lagi bergaya, ditambah susuk badan yang sasa lagi perkasa. Eh, bukan muhasabah sahaja Ok. Tetapi peringatan yang keras lagi tegas dari Pemilik Kerajaan ini. Ha, siapa kata kacak itu bagus? Hoho. Dan yang tak kacak  jangan bimbang. Peratus untuk disukai oleh habang, hakak dan hadek-hadek celupan dunia adalah sangat kurang.hohoho

Tapi, tak dinafikan yang sememangnya saya sendiri cemburu dengan “A guy who with complete package”. Hensem, pandai, bergaya, dakwah power, berbudi bahasa, sopan santun,kaya dan semua lagilah sifat-sifat mahmudah yang wujud di dalam dunia ini. Dah lah muka bersih, jambu, putih bersih, rambut ikal mayang (ha?), dan lain-lain lagi, lepas tu ditambah pula dengan dia adalah ikhwah yang mantop lagi berdedikasi! Bayangkanlah, betapa besarnya ujian yang mereka perlu lalui:-

“ana dapat msj, ade datin ajak ana keluar. Istighfar”
“akhi, ana takut nak pegi sini. Hari tu ade abang tu tiba-tiba datang urut-urut bahu”
“ade wanita ajak ana keluar.huhu”
“akhi, nak share nih, ade abang ni ajak ana keluar. Tapi yang ana pelik, badan die pam-pam, tapi selalu msg “Abang suka tengok adik” apakah?”
Kemuncaknya, “ade msj la akh. Pening ana..huhu..“Saya suka tengok awak. Saya harap kita boleh couple, dan saya pasti memberikan yang terbaik hanya untuk awak. Terimalah saya-“ Dan macam-macam lagi.
Boleh Habang kenal dengan Hadek? Wahaha~~
Dan akhirnya, siapa kata kacak itu bagus?haha..Kalau anda punya wajah yang kacak,alhamdulillah. Tetapi betapa berat dan hebatnya ujian yang perlu dilalui, hanya pemilik rezeki itu sahaja yang mengetahui. Fitnah yang melampau, belum lagi dicampur dengan godaan-godaan habang-habang pam dan hadek-hadek berpakaian ketat lagi sendat,ditambah dengan fikrah dan celupan dunia semata. Adoyai. Astaghfirullah..

P/S
Syukurlah dengan apa yang ada. Saya suka dengan apa yang pakcik HAMKA kata
“Yang kita ada ini sudah pun harapan”
Walaupun saya sendiri nak jadi ibarat “The guy with complete package”. Haha..
[Karat jahiliyah itu masih ada. Saya memang ----Teruk Dan Out------Sob.Sob...]
Doakan untuk kita sama-sama berubah. Lagi ,dan lagi, hanya untuk mencari redha ilahi, Semata,hanya untuk Sorga yang kekal Abadi

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP