Takut jikalau Allah telah membenci kita
Tuesday, November 15, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Bersyukur
di atas setiap saat yang berlalu, yang mana terselit kebesaran Ilahi yang tak
mampu disangkal lagi. Lihatlah angin yang bertiup, oksigen yang memenuhi ruang
udara, kesihatan, dan sangat banyak lagi yang tak tertaksir dengan sekadar
kata-kata. Bukalah mata kita, tidak cukupkah aturan siang dan malam untuk
membuatkan kita berfikir? Malahan, Allah itu Maha Adil, setiap rezeki adalah
untuk semua tanpa mengira siapa hamba-Nya. Dan sebaik-baik kurniaan itulah
islam, dan sungguh bertuah kita yang sememangnya islam semenjak di awal kelahiran lagi.
Ha,
Ini yang buat kita umat islam sejak lahir patut rasa malu. Mangapa?
“Saya
aa,kalau tala sembahyang aa..rasa tak tenang aa..tala bole tidur”-Ungkapan
abang Ridzuan.
Saya
rasa wajib untuk saya berkongsi tentang hal ini.
15
November 2011.
Di
malam yang syahdu tatkala di surau, sayugia imam mengumumkan “Assalamualaikum
w.b.t, alhamdulillah kita ada saudara baru yang baru masuk islam. Sekiranya ingin
menyumbang, anda boleh pergi dan beri ke beliau sendiri di belakang sana”
Di
situ, kami terlihat Abang Malik(Abe M) dan Abang Ridzuan(Abe R), yang mana setelah borak-borak, kami mengetahui Abe
M baru pulang ke fitrahnya dalam 5 hari, dan Abe R sudah setahun (syukur
alhamdulillah)
Kami
amat teruja untuk mengetahui tentang perjalanan kisah kedua-dua Abe ini dalam
kembali ke fitrahnya, dan syukur kepada-Mu ya Allah kerna memberikan kami
rahmat dengan kedatangan mereka ke rumah bujang yang "kemas dan tersusun rapi".haha~~
Pada ketika itu,
pelbagai soalan yang dilemparkan.
Ibarat
Polis yang misainya melentik, perut Ah-Roy dan memegang “Chota” dan bertanya “Hei
kau, bagaimana kau masuk islam?”
Aiyo.
Ini sudah pasti bukan akhlak muslim. Dengan penuh sopan santun dan ayunya[Ok. Tolong jangan geli] kami
bertanya “Abang Ridzuan, abang sharing lah skit psl ksh abg? Kami excited nak
tau”. Persoalan demi persoalan diajukan kepada Abe R sebab dia banyak bercakap,
manakala Abe M malu-malu kucing. Hoho~~
Berikut
adalah kenyataan Rasmi Abe R. Ada yang saya tambah. Huhu.
Kata
Abe R:-
“Saya
aa,manyak susa masa belum islam dulu.. ada wang, habis minum..ada wang, habis
minum...saya,mau masuk islam macam suda lama juga aa..saya ada kenal itu haji
aa..dia selalu celita pasal islam.. satu hali tu, dia ala bagi itu
buku-buku,suluh baca dulu,fikir betul-betul..saya pun decide, masuk islam... saya aa,ala nampak itu melayu islam pun main itu toto, alak, manyak lagi oo..tapi saya tala kata dia islam, tapi kata itu "melayu". sama jugala sama itu cina n india. lagi aa, islam pun kata kalau saya suda masuk islam, saya masih boleh balik
rumah woo...tapi kena bagi tau dekat family ini oink-oink(Ini saya tambah),
alak, n mende-mende yang tala bole makan jangan bagi makan... saya betul-betul suda tinggal itu suma sejak masuk islam..itu Alah aa
(Allah) dalam islam ada satu.. kalu dalam cina, itu tuhan dekat tokong kena
kasi olen, dekat tuhan lain olen lagi.. tapi aa, “Saya aa,kalau tala sembahyang
aa..rasa tak tenang aa..tala bole tidur”-“
Sebenarnya,
banyak lagi yang kami dapat dari Abe R nih. Tapi, statement die pasal “saya aa, kalau tala sembahyang aa, rasa tak tenang aa..tala
bole tidur” buat saya rasa “tala boleh blah woo”. Serius terkesan. Makan dalam...
Bayangkan,
Betapa
ramai kita yang islam sejak di bayi, tapi begitu mudah meninggalkan solat?
Tak
kira lagi yang bangga dengan arak walaupun ICnya “ISLAM”, walhal saudara ini
begitu membencinya setelah mengungkap kalimah “Laillahaillah”
Betapa
susahnya dia mencari kasih sayang Allah, dan betapa ramai pula di antara kita
yang begitu mudah tidak mengendahkannya?
Sungguh,
memang kita patut rasa malu. Kalau dalam diri kita tiada rasa itu, saranan saya
baik kita memohon ampun dan taubat kepada Allah s.w.t. Mengapa?
“Takut
jikalau Allah telah membenci kita!”
Manusia
benci, apa ada hal? Sebabnya manusia pasti melakukan kesilapan. Kita bukannya Nabi dan Rasul pun. [Statement
kasar untuk kita sedar: Sape-sape die rasa die maksum, boleh blah OK]. “Tala
apa-apa woo kalo manusia benci..”. Tapi aa, Allah kalau sudah benci, apa pun
tak boleh. Jangan buat main woo...hina di dunia dapat, di akhirat apatah lagi?
Astaghfirullah.... Sob..Sob.. Sob....xnk...
Terpukul
| Terkesima| Tersedar| Terima Kasih Ya Allah.
0 komen:
Post a Comment