Saya menyeru. Silap. Saya merayu.
Monday, November 14, 2011
[entri kali ini lebih untuk memotivasikan diri sendiri yang menyendiri.haha]
Bismillahirrahmanirrahim;
Astaghfirullahalazim.
Kenapalah diri ini begitu sukar untuk istiqamah? Ish..
Sebenarnya,
sudah beberapa kali percubaan atau try yang dilakukan, namun tidak juga gol.
Adoi. Saya pelik, pening dan runsing.
Jika
kita menelusuri kisah para sahabat, betapa mereka istiqamah dalam beribadah.
Sebaik-baik istiqamah adalah yang sedikit tapi berterusan.
Para
Sahabat: Generasi Terbaik. Saya: Generasi Terbalik. Eh, tak mahu.
Apa
macam ini? Adoyai. Runsing|Runsing|Runsing = Apakah?
Firman Allah s.w.t:-
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan
keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh
di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke
semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu
berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang
telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat 41:30)
Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab:
“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah
tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij
al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).
Di sebalik perkataanya, bila tidak istiqamah, Brother Umar dengan kata lainnya bermaksud "kamu musang". Oh,Itu Tidak Kool.
Syoknya
kalau boleh istiqamah. Masalah untuk diri ini adalah istiqamah dalam kehidupan
seharian.
Nak istiqamah macam adik ni. |
Istiqamah Musang.
Penjagaan waktu solat + Al-Quran + Bacaan + Blogging.
Tapi,
yang peliknya, ini boleh pula istiqamah
Istiqamah
harian:
Facebook + Malaysiakini + Milosuam(Blog politik-Bukan minuman OK. Nestle. Boycott!Fullstop)
Ee,
teruknya. Saya nak “HENSHIN” bab ni pula! Oleh itu, dengan tidak malunya saya memohon doa anda. Doa anda amat ditagih. Doalah.
Tolonglah. Doa agar saya istiqamah dalam setiap saat yang berlalu
hanya untuk Allah s.w.t. Merayu nih. Sob..Sob...
0 komen:
Post a Comment