Sekadar perkongsian

Tuesday, October 26, 2010

Assalamualaikum.Sekadar renungan bersama. Isi post kali ini diambil dari Facebook. Isinya masih sama, cuma saya menukar penggayaan bahasa agar kita sama-sama lebih mengingati teladan di sebalik kisah ini. InsyaALLAH (^^,)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Bayangkan benda ini berlaku pada anda.Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah.Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun.

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu.Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..

Bagaimana? Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur?

Muslimin, Muslimat.Fikirkan sebentar

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN"

"Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.dia tak kata pun nak bunuh..tapi generasi skrang..amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi"

"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..bile time sembahyang raya"

"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..tak cukup masa"

"Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???"

Kenapa? gelak tu kan realiti.. Tapi yg paling lawak sekali. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?berapa banyak??

Minta maaf, saya tidak ingat hadis no berapa, tapi inilah skala yang akan menjejaki syurga-Nya:-

Setiap 1 ribu : 999 ke Neraka dan 1 saja ke Syurga!!

Dan yang penting sekali, berubahlah kita dalam menjadi yang satu ini. Tidak susah, buat apa yang Allah s.w.t suruh, ingkar dengan apa yang Syaitan suruh.

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com



Read more...

Pabila Keseronokon hampir menjadi tragedi.

Sunday, October 17, 2010

Alhamdulillah. Masih hidup di dalam oksigen "islam" dan moga di panjangkan umur untuk meningkatkan iman. InsyaALLAH. Seronok! Itulah ungkapan yang paling sesuai selepas mengikuti rehlah di Sungai Sendat pada 17 October 2010. Program kali ini yang dirancang oleh Murobbi Qhairil Khidir @ Syaqiq berjalan dengan baik. Alhamdulillah, program kali ini diikuti oleh para murobbi dan mutorrabi UniKL MFI berjumlah 11 orang. Pada pukul 830am,dengan menaiki 2 kenderaan iaitu Van Vanette dan Toyota Avanza, kami bertolak ke Sungai Sendat. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam. Lokasi Sungai Sendat adalah berdekatan dengan Hulu Yam. Betul ke? Saya pun kurang pasti, kerana di sepanjang perjalanan, saya lebih selesa melelapkan mata. Minta maaf Syaqiq Pemanduku. Heee~~
Bergambar dahulu:)

Kami telah sampai di sana lebih kurang dalam pukul 1030. Seingat saya, tidaklah begitu jauh mahu ke Hulu Yam, tapi disebabkan lokasi yang berada jauh di dalam, barulah masa yang diambil itu lebih dari apa yang saya jangkakan. Selepas itu, kami semua bersiap-siap untuk mandi. Sebelum memulakan aktiviti, Akhi Syaqiq dan Luqman telah memulakan sesi rehlah dengan ta'ruf (pengenalan). Di situ, kami memperkenalkan diri, asal, kursus dan umur (Saya paling "muda"). Setelah selesai sesi ta'ruf, kami terus memulakan aktiviti utama, iaitu mandi dengan berjaya. hehe. Sejuk! Kami semua menggigil menahan kesejukan. Setelah biasa dengan suhu sungai tersebut, barulah semua menunjukkan aksi-aksi tersendiri. Melompat, Gelak Tawa, itulah keseronokan Rehlah kali ini. Tujuan utama tidak dilupakan Allah Ghuyatuna (Allah tujuan kami). Kami semua telah menetapkan tujuan dan niat kami adalah untuk melihat kebesaran Allah s.w.t. Dan Alhamdulillah, adalah beberapa ujian yang diberi secara "tunai" kepada kami ketika aktiviti sedang berlangsung. Seperti saya, diuji pula dengan secara tiba-tiba naiknya ruam di badan saya. Terpaksalah saya membatalkan niat untuk mandi, tapi sebelum itu, saya pun sudah melompat masuk ke dalam air! Mana boleh tidak basah. (^^,)

Seperti biasa, tempat seperti ini tidak lekang dari maksiat. Ikhtilat antara lelaki dan perempuan tidak dijaga. Ya rabi, mereka mandi bersama! Lelakinya pula tidak menutup aurat, yang wanitanya apatah lagi! Masing-masing dengan gelak-gelak yang menjelikkan telinga. Apa lagi, kami pun buat aktiviti sendiri, kebetulan saya sudah tidak dapat mandi, saya pun ambillah kesempatan "Bising-Bising" supaya para pemuda-pemudi negara ini sedar. Sahabat-sahabat yang lain pun sama, mereka bising, kami lagi bising. Lama kelamaan, mereka pun beralih lokasi. Bagus!

"Pabila keseronokan hampir menjadi tragedi"

Inilah di waktu saat yang sangat cemas berlaku. Saya ingat lagi, ketika itu saya memegang kamera untuk mengambil detik-detik cemas berlaku. Ketika itu, Syaqiq mengajar sahabat-sahabat yang tidak pandai berenang untuk belajar. Namun, di sungai itu tedapat satu sudut mempunyai pusaran yang boleh menarik mereka. Tiba-tiba, salah seorang sahabat kami panik apabila dia ditarik ke dalam pusaran tersebut, sudahlah dia tidak tahu berenang! Syaqiq cuba menyelamatkan sahabat tersebut, namun disebabkan sahabat itu panik, ia menjadi satu kesulitan untuk menyelamatkan beliau. Seorang demi seorang yang pandai berenang terjun untuk menyelamatkan keadaan, namun tidak berhasil kerana masing-masing panik dan cemas dengan keadaan tersebut. Malahan saya yang mulanya gelak kerana ingatkan mereka bergurau sahaja pucat melihat keadaan itu. Sehinggakan saya sendiri ingin terjun untuk cuba menjernihkan keadaan. Namun, Allah Maha Besar lagi Maha Penyayang, salah seorang daripada mereka sempat memaut pada batang paip berhampiran dengan pusaran tersebut. Barulah keadaaan menjadi tenang. Kasihan pada sahabat-sahabat yang hampir lemas, kerana masing-masing trauma. "Ya Allah, Ya Allah.." Itulah ungkapan mereka setelah selamat dari ujian kebesaran-Nya. Namun, syukurlah semua masih selamat.

Detik Cemas!!

Boleh jadi Muka Hadapan Album Nasyid x?hee~~


Murobbi Syaqiq bersama mutorabbinya, Fathi (^^,)


Sesi lompat-lompat :-)

Setelah itu, kami berkumpul sekali lagi membentuk halqah bagi membincangkan tujuan sebenar rehlah ini. Para blogger, mengapa manusia berasa tenang di dalam hutan? Itulah persoalan yang diajukan kepada para mutorabbi untuk diungkaikan.

"Kita berasa tenang kerana setiap ciptaan Allah s.w.t yang berada di sekeliling kita sedang berzikir memuji kebesaran-Nya"

Setiap kejadian Allah s.w.t. telah diciptakan dengan begitu cantik. Dan masing-masing saling memerlukan. Bayangkan, jika nikmat udara yang kita hirup setiap hari, dikawal oleh-Nya? Pasti kita semua di dalam kesengsaraan! Bayangkan sekiranya lapisan Ozon tidak wujud, pasti kita bermandikan meteor setiap hari! Mahu diceritakan nikmat Allah s.w.t, terlalu luas dan tidak terkata. Namun, berapa ramaikah yang bersyukur? itulah persoalannya. Dalam surah Al-Araf:10
"Dan terlalu sedikit diantara kamu yang bersyukur"

Allah s.w.t telah berfirman bahawa kita selaku Hamba-Nya amat kurang bersyukur! Malunya. Mahu jadi orang bersyukur, maka perlulah kita meningkatkan iman dan amal kita. InsyaALLAH boleh! (^^,). Alhamdulillah, setelah selesai sesi tersebut, kami bersiap-siap untuk perjalanan pulang ke Bangi. Bagi saya, Usrah merupakan suatu jalan dakwah yang seronok. Selain dapat meningkatkan ibadah dan ilmu dalam mencari keredhaan-Nya, Usrah juga mengajar saya untuk berseronok dengan cara yang betul. Perlu ingat, Dakwah adalah kewajipan. Berseronoklah dengan kewajipan tersebut, kelak di kemudian hari, kita akan lebih gembira di Dunia sana. InsyaALLAH, ini adalah satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

Read more...

Unexpected incident

Wednesday, October 13, 2010

Alhamdullillah, Praise to Him for His sincerity to letting I’m alive in islam, the best prize ever in my life. I like to share something interesting to all you regarding my Final Year Project (FYP) presentation. Just now, I and Farhan as my project partner have been struggling in two weeks in a row in order to complete a project of Ball Beam Balancing Robot within time range. In our project, it consists of four parts which are Mechanical, Electrical, Electronic and Software part. Alhamdulillah, He makes our progress work easier. With an effort, we manage to complete Mechanical and Electrical. In mechanical parts, it consists of beam, a stand and base. We use Servo Motor C55R as our motor of electrical part. In electronic part, we bought servo motor driver and locate it at back of the stand. On top of driver, we located PIC board and use PIC16F877A. We used two power regulator boards of 12 Volts and 5 volts as power supply. Unfortunately, we can’t manage to complete the wiring of project. But, we dare to say that we complete our project to 60%. Yes! It such a success for us from Allah s.w.t!

But, there some unexpected incident before my presentation. Before entering my session, I’ve asked one of my friend to take our pictures, and of course with my project. Suddenly, I’ve heard “Wei,xpyhla nk amek gambar, bukannya korang boleh dapat A pun!!”. We've heard the voices from the other side of building. So, i think you can predict how loud of the voice.

meet Farhan, my project partner:)

Then, u knows who is the one yelling like that? It’s a lecturer! A lecturer behaves like that? For me, even a single word is pray. Then, how was a lecturer are easily to talk like that? Yes, it’s really insulting, since it’s in front many of my fellow friends. Ya Rabi, Ya Rahman, please open his heart, change his attitude. This is not the way, if he want to make a joke, then it should be a proper way. Not like this. But, It’s ok, since all of decision just from Allah s.w.t. I do believe Allah s.w.t will give a same reward as what we struggle. InsyaAllah, the change are only because of Allah s.w.t. As that;

Assalamualaikum
May we see again
Shah Redza Rosli
rshahredza.blogspot.com

Read more...

Mahu panjang umur?

Sunday, October 3, 2010

Tanyalah siapa pun, pasti mahu umur yang panjang. Tidak semua, tapi saya berani kata majoriti hampir semua mahukan umur yang panjang. Wah, pengakuan yang berani! Mengapa? Dunia ini memang indah. Bagi saya, cukup indah dengan FITNAH. Cukup indah dengan DUGAAN. Tidak cukup dengan itu, dunia ini cukup indah dengan MAKSIAT.

"Lepak dulu. Enjoy dulu. Masa muda ni la kena enjoy. Da tua-tua baru pg masjid, solat 24 jam"

Ungkapan remaja zaman sekarang. Wah, bagaimana mereka tahu yang mereka akan mati di masa tua? Adakah mereka rapat dengan Izrail? Keyakinan dan kefahaman seperti inilah yang membuatkan ramai remaja zaman sekarang hanyut dengan arus FREEMASON dan SIBER. "Waktu Muda adalah waktu emas". Saya cukup percaya dengan ungkapan ini. Memang, Muda adalah saat paling bahagia bagi setiap insan yang menjalani kehidupan. Menjelang tua, kita tidak akan selincah seperti muda. Menjelang tua, kita akan kembali ke fitrah seperti seorang bayi, perlu dijaga, dilihat, dibelai dan disayangi dek kerana ketidakmampuan fizikal.

Mahu umur yang panjang?Mari kita mengingati mati! Selepas kematian, kita akan melalui fasa alam kubur, dan seterusnya alam akhirat. Umat Nabi Muhammad pendek umurnya. Nabi Muhammad s.a.w. wafat ketika berusia 63 tahun. Dan Nabi sendiri telah bersabda bahawa:-
"umur umatku hanya di antara 60-70 tahun. Sangat sedikit umur mereka yang umurnya melebihi jangkaan umur itu" (Riwayat tarmizi).
Tanpa kita sedari, kita telah mengecapi kehidupan selama dua puluh tahun. Pejam celik, empat puluh tahun. Seterusnya? Tiada siapa yang tahu tentang tarikh MATINYA melainkan Allah s.w.t. Tahukah anda bahawa sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia. Rumus di bawah adalah rumus matematik berkaitan kehidupan yang kekal:-

Akhirat (1 hari) = Dunia (1000 tahun)
Jikalau diizinkan Allah s.w.t untuk kita hidup sehingga 63 tahun:
Dunia(63 tahun) = Akhirat( 1 1/2 jam sahaja!)

Sangat singkat perjalanan hidup kita. Terlalu lama perjalanannya di akhirat sana. Persoalannya. Adakah kita sudah bersedia setiap masa, kerana kita tidak tahu bila kita MATI! Ingat para sahabat, usia yang dipinjamkan kita ini sebagai MODAL untuk kita memperoleh KEUNTUNGAN di akhirat sana. Gunakan umur kita sebaik mungkin dalam menjadi seorang yang bertaqwa dan beriman kepada-Nya. Elok cara kita gunanya, BESARLAH keuntungan kita di akhirat sana. Salah cara kita gunanya, RUGILAH kita di sana. Fikirkan. Semoga pengakhiran kita di SYURGA, bukanlah NERAKA :-(

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com



Read more...

Sakit Mata. Sakit Hati!

Saturday, October 2, 2010

Alhamdulillah. Saya masih hidup dan bernafas sebagai islam sehinggalah ke saat ini. Setiap detik-detik kehidupan yang kita lalui akan melalui fasa kematian, oleh itu, sentiasalah kita mengingati mati. Saya mahu jadi bijak, kerana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya umatku yang paling bijak ialah yang mengingati mati"
Saya mahu jadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu mengingati mati, dan sering menanamkan niat yang mati sentiasa dekat. Izrail selalu melihat saya, menunggu perintah Allah s.w.t untuk pengakhiran hayat di dunia ini, dan saya akan ke hadrat Ilahi, cuma tidak tahu dalam keadaan beriman atau tidak. Doaku, pastilah mahukan tempat di kalangan orang-orang yang beriman, dan usaha itu haruslah seiring dengan kemahuan saya.

SAKIT MATA. SAKIT HATI! Inilah yang terjadi pada saya baru-baru ini. Saya amat berminat untuk berkongsi sedikit kisah hidup saya berkaitan SAKIT MATA. SAKIT HATI! yang berlaku pada 2 Oktober 2010, Sabtu. Pada hari tersebut:-
12.15 pm - 2.30 pm
Saya dan sahabat telah pergi ke rumah adik En. Izhar untuk meramaikan bacaan tahlil di Presint 10, Putrajaya. Setelah selesai bacaan Tahlil, kami beransur pulang ke UniKL MFI untuk meneruskan agenda seterusnya.
2.30 pm - 4.00 pm
Ditemani sahabat-sahabat baik saya, Akhi Salahuddin Jalani dan Yazid, kami bertolak ke Persada Murni, Enstek di Nilai untuk menghadiri Walimah sepupu saya.
4.00 pm - 5.30 pm
Yazid (gambar di sebelah) menghantar kami di stesen KTM Serdang selepas memberi bantuan kepada pak cik saya menunjukkan arah ke Presint 9, Putrajaya. Dari situ, kami menunaikan Solat Asar di surau yang serba sederhana. (Terima kasih Yazid. Semoga Allah s.w.t akan membalas jasa baik kamu(^^,)
5.30 pm-6.15pm
Perjalanan ke Mid Valley. PENING. Sebab xfaham kenapa ada WANITA di KOC LELAKI. Dan juga PENING, sbb xfaham kenapa ada LELAKI yang beria-ia nak pergi ke KOC WANITA. Abg mahu cari jodoh ke? Pergilah minta pada ALLAH s.w.t!
6.15 pm-10.00pm
Berjalan-jalan di Mid Valley. Alhamdulillah, kewajipan tidak dilupakan sama sekali. Syukur kerana ada sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kewajipan dikala berada di MEDAN UJIAN! Ini bukanlah kali pertama saya pergi ke Mid Valley, tapi saya merasai perbezaan yang sangat ketara dalam diri. SAKIT MATA. SAKIT HATI! Melihat para pasangan "bijak" merata-rata. Bercendana, membincangkan masalah hubungan, paling "PANDAI", cukup berani mengkhianati Allah s.w.t. Sambil-sambil berjalan, saya dan Din tidak senang duduk diam. Mulut memang asyik bising "PEGANG!PEGANG". SAKIT MATA dapat, lagi SAKIT HATI sebab mereka "buat Dek je". Ya Rabi. Bagaimana kita mahu mendapat pemimpin yang soleh di masa hadapan, kalau para remaja di zaman sekarang seperti ini?

Saya bersama sahabat-sahabat tersayang:)

10.00 - 11.00pm
(WAKTU PALING SAKIT MATA.SAKIT HATI!)
Koc Lelaki di bahagian belakang dan hadapan. KOC Wanita di bahagian tengah. Itu pun ada lagi yang tidak faham! Saya dan Din pergilah ke KOC belakang, sambil menyakiti MATA dan sendiri melihat para-para PASANGAN di KOC tersebut. Saya melihat satu pasangan, wah, RAPATNYA! Saya pun apa lagi, dengan berbekalkan SOLUSI keluaran 24 dengan tajuk utama "PANJANGKAN USIAKU", saya pun buat-buat baca di hadapan pasangan tersebut, dengan harapan yang menggunung tinggi agar mereka BERAMBUS dari melakukan perkara yang sangat berani mengkhianati ALLAH s.w.t. SAKIT HATI, rupanya lelaki itu kawan saya sendiri!Saya pun tegurlah, borak-borak dengan mesra seperti talam dua muka. Di pertengahan perbualan, saya pun tanya:

Saya: Nak tanya, KOC Wanita kat tengah kan? Dah penuh ke?
Kawan: Dah penuhlah. Sesak
Saya: Belum lagilah. Aku tengok banyak je kosong
Kawan: --------
Saya: {Senyum dan -------}

Disebabkan tidak mahu meneruskan SAKIT MATA.SAKIT HATI!, saya pun meneruskan bacaan sambil mendengar lagu. Mengharapkan agar ALLAH s.w.t memberi hidayah kepada mereka, diteruskan pula satu ujian di DEPAN mata saya sekali lagi. Tiga lelaki, satu wanita. Di antara mereka, terdapat satu pasangan. Wah, tangan lelaki menjalar semahu mana di tubuh wanita tersebut. Kawan-kawan mereka pula seperti tidak mengendahkan perbuatan mereka. Malahan, meneruskan perbualan kosong sesama mereka dan pasangan tersebut sehingga hilai tawa memenuhi KOC lelaki. Pasangan ini pula, memang kurang malunya. Saya betul-betul kurang senang dengan perlakuan mereka, sebab betul-betul di hadapan saya! Geram, mahu menangis, semua pun ada. KESAL, kenapalah umat Nabi Muhammad s.a.w begini?? Sehinggalah ke satu tahap, saya sudah tidak mampu menahan perasaan SAKIT MATA.SAKIT HATI!, saya pun tekad:-

Saya: Abang (Menepuk lengan lelaki tersebut yang menjalar di pinggang wanita!)
Lelaki: Emm, ye? (melihat dengan pandangan "Apehal mamat ni")
Saya: Abang da kahwin ke? (Cakap dengan jelas )
Lelaki: Belum (mula menjarakkan tangan dan pasangan)
Saya: So tolong jauh sikit.

Selepas itu, kawan saya dan pasangan ini kelihatan berjauhan. Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah s.w.t, barulah saya punya keberanian yang sebegini. SAYA TIDAK BENCI MEREKA. TAPI SAYA BENCI PERBUATAN MEREKA!! Tapi jika mahu dibandingkan para sahabat saya di MFI, agaknya dimanalah nilai iman saya. Jika mahu dibandingkan dengan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat., terlalu kerdil sekali. Saya sangat harap Allah s.w.t menerimanya........SAKIT MATA.SAKIT HATI! Itulah yang saya dapat. Niat saya menulis blog ini, tidaklah sama sekali untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali dari RIYA' (T_T). Tapi, ini adalah perkongisan untuk mengajak para muslimin dan muslimat, betapa susah dan berlikunya dunia zaman jahiliyyah versi canggih ini. Betapa hebat dan agungnya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan dan berdakwah demi islam sehinggalah ke akhir nafas baginda. Nabi terlalu menyayangi kita. Tetapi, adakah ini balasannya?

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP