Pabila Keseronokon hampir menjadi tragedi.
Sunday, October 17, 2010
Alhamdulillah. Masih hidup di dalam oksigen "islam" dan moga di panjangkan umur untuk meningkatkan iman. InsyaALLAH. Seronok! Itulah ungkapan yang paling sesuai selepas mengikuti rehlah di Sungai Sendat pada 17 October 2010. Program kali ini yang dirancang oleh Murobbi Qhairil Khidir @ Syaqiq berjalan dengan baik. Alhamdulillah, program kali ini diikuti oleh para murobbi dan mutorrabi UniKL MFI berjumlah 11 orang. Pada pukul 830am,dengan menaiki 2 kenderaan iaitu Van Vanette dan Toyota Avanza, kami bertolak ke Sungai Sendat. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam. Lokasi Sungai Sendat adalah berdekatan dengan Hulu Yam. Betul ke? Saya pun kurang pasti, kerana di sepanjang perjalanan, saya lebih selesa melelapkan mata. Minta maaf Syaqiq Pemanduku. Heee~~
Bergambar dahulu:)
Kami telah sampai di sana lebih kurang dalam pukul 1030. Seingat saya, tidaklah begitu jauh mahu ke Hulu Yam, tapi disebabkan lokasi yang berada jauh di dalam, barulah masa yang diambil itu lebih dari apa yang saya jangkakan. Selepas itu, kami semua bersiap-siap untuk mandi. Sebelum memulakan aktiviti, Akhi Syaqiq dan Luqman telah memulakan sesi rehlah dengan ta'ruf (pengenalan). Di situ, kami memperkenalkan diri, asal, kursus dan umur (Saya paling "muda"). Setelah selesai sesi ta'ruf, kami terus memulakan aktiviti utama, iaitu mandi dengan berjaya. hehe. Sejuk! Kami semua menggigil menahan kesejukan. Setelah biasa dengan suhu sungai tersebut, barulah semua menunjukkan aksi-aksi tersendiri. Melompat, Gelak Tawa, itulah keseronokan Rehlah kali ini. Tujuan utama tidak dilupakan Allah Ghuyatuna (Allah tujuan kami). Kami semua telah menetapkan tujuan dan niat kami adalah untuk melihat kebesaran Allah s.w.t. Dan Alhamdulillah, adalah beberapa ujian yang diberi secara "tunai" kepada kami ketika aktiviti sedang berlangsung. Seperti saya, diuji pula dengan secara tiba-tiba naiknya ruam di badan saya. Terpaksalah saya membatalkan niat untuk mandi, tapi sebelum itu, saya pun sudah melompat masuk ke dalam air! Mana boleh tidak basah. (^^,)
Seperti biasa, tempat seperti ini tidak lekang dari maksiat. Ikhtilat antara lelaki dan perempuan tidak dijaga. Ya rabi, mereka mandi bersama! Lelakinya pula tidak menutup aurat, yang wanitanya apatah lagi! Masing-masing dengan gelak-gelak yang menjelikkan telinga. Apa lagi, kami pun buat aktiviti sendiri, kebetulan saya sudah tidak dapat mandi, saya pun ambillah kesempatan "Bising-Bising" supaya para pemuda-pemudi negara ini sedar. Sahabat-sahabat yang lain pun sama, mereka bising, kami lagi bising. Lama kelamaan, mereka pun beralih lokasi. Bagus!
"Pabila keseronokan hampir menjadi tragedi"
Inilah di waktu saat yang sangat cemas berlaku. Saya ingat lagi, ketika itu saya memegang kamera untuk mengambil detik-detik cemas berlaku. Ketika itu, Syaqiq mengajar sahabat-sahabat yang tidak pandai berenang untuk belajar. Namun, di sungai itu tedapat satu sudut mempunyai pusaran yang boleh menarik mereka. Tiba-tiba, salah seorang sahabat kami panik apabila dia ditarik ke dalam pusaran tersebut, sudahlah dia tidak tahu berenang! Syaqiq cuba menyelamatkan sahabat tersebut, namun disebabkan sahabat itu panik, ia menjadi satu kesulitan untuk menyelamatkan beliau. Seorang demi seorang yang pandai berenang terjun untuk menyelamatkan keadaan, namun tidak berhasil kerana masing-masing panik dan cemas dengan keadaan tersebut. Malahan saya yang mulanya gelak kerana ingatkan mereka bergurau sahaja pucat melihat keadaan itu. Sehinggakan saya sendiri ingin terjun untuk cuba menjernihkan keadaan. Namun, Allah Maha Besar lagi Maha Penyayang, salah seorang daripada mereka sempat memaut pada batang paip berhampiran dengan pusaran tersebut. Barulah keadaaan menjadi tenang. Kasihan pada sahabat-sahabat yang hampir lemas, kerana masing-masing trauma. "Ya Allah, Ya Allah.." Itulah ungkapan mereka setelah selamat dari ujian kebesaran-Nya. Namun, syukurlah semua masih selamat.
Detik Cemas!!
Boleh jadi Muka Hadapan Album Nasyid x?hee~~
Murobbi Syaqiq bersama mutorabbinya, Fathi (^^,)
Sesi lompat-lompat :-)
Setelah itu, kami berkumpul sekali lagi membentuk halqah bagi membincangkan tujuan sebenar rehlah ini. Para blogger, mengapa manusia berasa tenang di dalam hutan? Itulah persoalan yang diajukan kepada para mutorabbi untuk diungkaikan.
"Kita berasa tenang kerana setiap ciptaan Allah s.w.t yang berada di sekeliling kita sedang berzikir memuji kebesaran-Nya"
Setiap kejadian Allah s.w.t. telah diciptakan dengan begitu cantik. Dan masing-masing saling memerlukan. Bayangkan, jika nikmat udara yang kita hirup setiap hari, dikawal oleh-Nya? Pasti kita semua di dalam kesengsaraan! Bayangkan sekiranya lapisan Ozon tidak wujud, pasti kita bermandikan meteor setiap hari! Mahu diceritakan nikmat Allah s.w.t, terlalu luas dan tidak terkata. Namun, berapa ramaikah yang bersyukur? itulah persoalannya. Dalam surah Al-Araf:10
"Dan terlalu sedikit diantara kamu yang bersyukur"
Allah s.w.t telah berfirman bahawa kita selaku Hamba-Nya amat kurang bersyukur! Malunya. Mahu jadi orang bersyukur, maka perlulah kita meningkatkan iman dan amal kita. InsyaALLAH boleh! (^^,). Alhamdulillah, setelah selesai sesi tersebut, kami bersiap-siap untuk perjalanan pulang ke Bangi. Bagi saya, Usrah merupakan suatu jalan dakwah yang seronok. Selain dapat meningkatkan ibadah dan ilmu dalam mencari keredhaan-Nya, Usrah juga mengajar saya untuk berseronok dengan cara yang betul. Perlu ingat, Dakwah adalah kewajipan. Berseronoklah dengan kewajipan tersebut, kelak di kemudian hari, kita akan lebih gembira di Dunia sana. InsyaALLAH, ini adalah satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan.
InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,
Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com
1 komen:
mmg bahaya tmpt tu shah...
dulu prnh prgi...
dan hampir juga lemas..
hehe.
syukur ALlah masih panjangkan umur ni.
Post a Comment