Sakit Mata. Sakit Hati!

Saturday, October 2, 2010

Alhamdulillah. Saya masih hidup dan bernafas sebagai islam sehinggalah ke saat ini. Setiap detik-detik kehidupan yang kita lalui akan melalui fasa kematian, oleh itu, sentiasalah kita mengingati mati. Saya mahu jadi bijak, kerana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya umatku yang paling bijak ialah yang mengingati mati"
Saya mahu jadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu mengingati mati, dan sering menanamkan niat yang mati sentiasa dekat. Izrail selalu melihat saya, menunggu perintah Allah s.w.t untuk pengakhiran hayat di dunia ini, dan saya akan ke hadrat Ilahi, cuma tidak tahu dalam keadaan beriman atau tidak. Doaku, pastilah mahukan tempat di kalangan orang-orang yang beriman, dan usaha itu haruslah seiring dengan kemahuan saya.

SAKIT MATA. SAKIT HATI! Inilah yang terjadi pada saya baru-baru ini. Saya amat berminat untuk berkongsi sedikit kisah hidup saya berkaitan SAKIT MATA. SAKIT HATI! yang berlaku pada 2 Oktober 2010, Sabtu. Pada hari tersebut:-
12.15 pm - 2.30 pm
Saya dan sahabat telah pergi ke rumah adik En. Izhar untuk meramaikan bacaan tahlil di Presint 10, Putrajaya. Setelah selesai bacaan Tahlil, kami beransur pulang ke UniKL MFI untuk meneruskan agenda seterusnya.
2.30 pm - 4.00 pm
Ditemani sahabat-sahabat baik saya, Akhi Salahuddin Jalani dan Yazid, kami bertolak ke Persada Murni, Enstek di Nilai untuk menghadiri Walimah sepupu saya.
4.00 pm - 5.30 pm
Yazid (gambar di sebelah) menghantar kami di stesen KTM Serdang selepas memberi bantuan kepada pak cik saya menunjukkan arah ke Presint 9, Putrajaya. Dari situ, kami menunaikan Solat Asar di surau yang serba sederhana. (Terima kasih Yazid. Semoga Allah s.w.t akan membalas jasa baik kamu(^^,)
5.30 pm-6.15pm
Perjalanan ke Mid Valley. PENING. Sebab xfaham kenapa ada WANITA di KOC LELAKI. Dan juga PENING, sbb xfaham kenapa ada LELAKI yang beria-ia nak pergi ke KOC WANITA. Abg mahu cari jodoh ke? Pergilah minta pada ALLAH s.w.t!
6.15 pm-10.00pm
Berjalan-jalan di Mid Valley. Alhamdulillah, kewajipan tidak dilupakan sama sekali. Syukur kerana ada sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kewajipan dikala berada di MEDAN UJIAN! Ini bukanlah kali pertama saya pergi ke Mid Valley, tapi saya merasai perbezaan yang sangat ketara dalam diri. SAKIT MATA. SAKIT HATI! Melihat para pasangan "bijak" merata-rata. Bercendana, membincangkan masalah hubungan, paling "PANDAI", cukup berani mengkhianati Allah s.w.t. Sambil-sambil berjalan, saya dan Din tidak senang duduk diam. Mulut memang asyik bising "PEGANG!PEGANG". SAKIT MATA dapat, lagi SAKIT HATI sebab mereka "buat Dek je". Ya Rabi. Bagaimana kita mahu mendapat pemimpin yang soleh di masa hadapan, kalau para remaja di zaman sekarang seperti ini?

Saya bersama sahabat-sahabat tersayang:)

10.00 - 11.00pm
(WAKTU PALING SAKIT MATA.SAKIT HATI!)
Koc Lelaki di bahagian belakang dan hadapan. KOC Wanita di bahagian tengah. Itu pun ada lagi yang tidak faham! Saya dan Din pergilah ke KOC belakang, sambil menyakiti MATA dan sendiri melihat para-para PASANGAN di KOC tersebut. Saya melihat satu pasangan, wah, RAPATNYA! Saya pun apa lagi, dengan berbekalkan SOLUSI keluaran 24 dengan tajuk utama "PANJANGKAN USIAKU", saya pun buat-buat baca di hadapan pasangan tersebut, dengan harapan yang menggunung tinggi agar mereka BERAMBUS dari melakukan perkara yang sangat berani mengkhianati ALLAH s.w.t. SAKIT HATI, rupanya lelaki itu kawan saya sendiri!Saya pun tegurlah, borak-borak dengan mesra seperti talam dua muka. Di pertengahan perbualan, saya pun tanya:

Saya: Nak tanya, KOC Wanita kat tengah kan? Dah penuh ke?
Kawan: Dah penuhlah. Sesak
Saya: Belum lagilah. Aku tengok banyak je kosong
Kawan: --------
Saya: {Senyum dan -------}

Disebabkan tidak mahu meneruskan SAKIT MATA.SAKIT HATI!, saya pun meneruskan bacaan sambil mendengar lagu. Mengharapkan agar ALLAH s.w.t memberi hidayah kepada mereka, diteruskan pula satu ujian di DEPAN mata saya sekali lagi. Tiga lelaki, satu wanita. Di antara mereka, terdapat satu pasangan. Wah, tangan lelaki menjalar semahu mana di tubuh wanita tersebut. Kawan-kawan mereka pula seperti tidak mengendahkan perbuatan mereka. Malahan, meneruskan perbualan kosong sesama mereka dan pasangan tersebut sehingga hilai tawa memenuhi KOC lelaki. Pasangan ini pula, memang kurang malunya. Saya betul-betul kurang senang dengan perlakuan mereka, sebab betul-betul di hadapan saya! Geram, mahu menangis, semua pun ada. KESAL, kenapalah umat Nabi Muhammad s.a.w begini?? Sehinggalah ke satu tahap, saya sudah tidak mampu menahan perasaan SAKIT MATA.SAKIT HATI!, saya pun tekad:-

Saya: Abang (Menepuk lengan lelaki tersebut yang menjalar di pinggang wanita!)
Lelaki: Emm, ye? (melihat dengan pandangan "Apehal mamat ni")
Saya: Abang da kahwin ke? (Cakap dengan jelas )
Lelaki: Belum (mula menjarakkan tangan dan pasangan)
Saya: So tolong jauh sikit.

Selepas itu, kawan saya dan pasangan ini kelihatan berjauhan. Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah s.w.t, barulah saya punya keberanian yang sebegini. SAYA TIDAK BENCI MEREKA. TAPI SAYA BENCI PERBUATAN MEREKA!! Tapi jika mahu dibandingkan para sahabat saya di MFI, agaknya dimanalah nilai iman saya. Jika mahu dibandingkan dengan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat., terlalu kerdil sekali. Saya sangat harap Allah s.w.t menerimanya........SAKIT MATA.SAKIT HATI! Itulah yang saya dapat. Niat saya menulis blog ini, tidaklah sama sekali untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali dari RIYA' (T_T). Tapi, ini adalah perkongisan untuk mengajak para muslimin dan muslimat, betapa susah dan berlikunya dunia zaman jahiliyyah versi canggih ini. Betapa hebat dan agungnya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan dan berdakwah demi islam sehinggalah ke akhir nafas baginda. Nabi terlalu menyayangi kita. Tetapi, adakah ini balasannya?

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

6 komen:

nur ain said...

salam b.shah ,
bukan senang beramal di zaman fitnah
berpegang teguh dengan islam ibarat memegang bara api ....sakit sangat, tapi kena teruskan juga !

lg2 di fasa4 umat nabi muhammad ,sekarang ini zaman fitnah ,pyh sangat nk menetang gelombang besar jahiliyyah melanda umat..
sepayah2 itulah mudah2an kita tergolong dalam glgn mereka yg bermujahadah dijlnNYA..
nabi lebih teruk , stkat perjuangan kita ini mmg tak terbanding jauhnya~

Shah Redza Rosli. said...

Waalaikumsalam Farah :)
Betul. Kalau mahu dibandingkan dengan perjuangan Nabi Muhammad, kita terlalu kerdil untuk dibandingkan. Tapi, Allah s.w.t menjanjikan kemuliaan bagi orang yang bertaqwa(Al-hujurat.49:15) :) Bagi abg, berpegang teguh kpd islam membawa satu keasyikan yang tidak terhingga. Dan, Allah juga berfirman akan ada zaman di mana islam kelihatan asing (xigt ayt mn). Semua di dalam kekuasaan-Nya, dan selaku hamba-Nya, kita teruskan usaha DAKWAH demi mencari keredhaan-Nya. InsyaALLAH (^^,)v

SEEPOT SEEDOT said...
This comment has been removed by the author.
SEEPOT SEEDOT said...

wow shah...bgus sngt entry ni!
BERANI...!

Allah membantu apa yang kamu usahakan...
Dia tak susahkan orang yang seberani kamu menegakkan yang batil...
kalau tak, dah kecoh satu gerabak komuter tu...

aku pn dh lama x naik KTM ni...
last sekali rsanya semester 5.

fArhAnA said...

salam. rasanya itu hadis, bukan ayat quran.

“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”

(HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

and 49:15, menceritakan tentang orang mukmin.

perbetulkan saya kalau saya yang salah. apa2 pun, pkongsian yang baik dan berani! :)

Shah Redza Rosli. said...

Thanx farhana. Abg pn igt2 lupa. Terima ksh ye:)

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP