Mahu panjang umur?
Sunday, October 3, 2010
Tanyalah siapa pun, pasti mahu umur yang panjang. Tidak semua, tapi saya berani kata majoriti hampir semua mahukan umur yang panjang. Wah, pengakuan yang berani! Mengapa? Dunia ini memang indah. Bagi saya, cukup indah dengan FITNAH. Cukup indah dengan DUGAAN. Tidak cukup dengan itu, dunia ini cukup indah dengan MAKSIAT.
"Lepak dulu. Enjoy dulu. Masa muda ni la kena enjoy. Da tua-tua baru pg masjid, solat 24 jam"
Ungkapan remaja zaman sekarang. Wah, bagaimana mereka tahu yang mereka akan mati di masa tua? Adakah mereka rapat dengan Izrail? Keyakinan dan kefahaman seperti inilah yang membuatkan ramai remaja zaman sekarang hanyut dengan arus FREEMASON dan SIBER. "Waktu Muda adalah waktu emas". Saya cukup percaya dengan ungkapan ini. Memang, Muda adalah saat paling bahagia bagi setiap insan yang menjalani kehidupan. Menjelang tua, kita tidak akan selincah seperti muda. Menjelang tua, kita akan kembali ke fitrah seperti seorang bayi, perlu dijaga, dilihat, dibelai dan disayangi dek kerana ketidakmampuan fizikal.
Mahu umur yang panjang?Mari kita mengingati mati! Selepas kematian, kita akan melalui fasa alam kubur, dan seterusnya alam akhirat. Umat Nabi Muhammad pendek umurnya. Nabi Muhammad s.a.w. wafat ketika berusia 63 tahun. Dan Nabi sendiri telah bersabda bahawa:-
"umur umatku hanya di antara 60-70 tahun. Sangat sedikit umur mereka yang umurnya melebihi jangkaan umur itu" (Riwayat tarmizi).
Tanpa kita sedari, kita telah mengecapi kehidupan selama dua puluh tahun. Pejam celik, empat puluh tahun. Seterusnya? Tiada siapa yang tahu tentang tarikh MATINYA melainkan Allah s.w.t. Tahukah anda bahawa sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia. Rumus di bawah adalah rumus matematik berkaitan kehidupan yang kekal:-
Akhirat (1 hari) = Dunia (1000 tahun)
Jikalau diizinkan Allah s.w.t untuk kita hidup sehingga 63 tahun:
Dunia(63 tahun) = Akhirat( 1 1/2 jam sahaja!)
Sangat singkat perjalanan hidup kita. Terlalu lama perjalanannya di akhirat sana. Persoalannya. Adakah kita sudah bersedia setiap masa, kerana kita tidak tahu bila kita MATI! Ingat para sahabat, usia yang dipinjamkan kita ini sebagai MODAL untuk kita memperoleh KEUNTUNGAN di akhirat sana. Gunakan umur kita sebaik mungkin dalam menjadi seorang yang bertaqwa dan beriman kepada-Nya. Elok cara kita gunanya, BESARLAH keuntungan kita di akhirat sana. Salah cara kita gunanya, RUGILAH kita di sana. Fikirkan. Semoga pengakhiran kita di SYURGA, bukanlah NERAKA :-(
InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,
Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com
0 komen:
Post a Comment