Warkah untuk Si Nisa
Sunday, October 16, 2011
Ini keadaan mereka. Sedihnya.... |
Alhamdulillah. Saya baru lepas masakan akh syafiq. Lempeng berisi daging burger kisar bercampur telur. Sungguh, itulah nikmat yang tidak terhingga. Kalau difikirkan, betapa ramai lagi saudara kita yang tidak cukup makan. Fikirkan saudara kita di Somalia, kurus sangat. Ya Allah, ruginya kalau aku tidak bersyukur. Terima kasih Allah. Tidak lupa syafiq. "Terima kasih fiq,Tambah sayang aku dekat kau. Uwekk"
Sebenarnya, saya sudah lama terfikir hendak berkongsi tentang ini. Tapi, saya malu. Kali ini, saya nekad. Bukan sebab saya gatal ingin berkahwin (adalah sedikit), cuma sekadar berkongsi rasa.
Ehem ehem, percubaan, percubaan.
Kapan tibakah saat ini?haha~~ |
Bismillahirahminarrahim.
Si Nisa,
Bukanlah gadis kenamaan,bukan juga gadis kebanyakan
Ibarat Zinnirah dan Rabiwatul Adawiyah,
Teguh mengabdikan diri kepada Allah,
Lalu tergerak hatiku,
Menjadikan si dia menjadi suri hidupku,
Di saat ku bertanyakan hasratku,
Mudah ujarnya,
Urusanku dan urusanmu,
Aku serahkan pada mereka dan Allah s.w.t
Tersedar aku dari anganan mat jenin,
memiliki si Nisa yang ibaratnya Khadijah,
tuntas diriku jauh sekali dari Muhammad
Betapa lemahnya aku,
Bertuhanku nafsu,
Ku nekadkan diri, jauhkan engkau Sang Jahiliyah,
Tertolaknya aku kerna Dosa dan Khilafku,
Ihsan dariNya hanya asbab diterimanya daku,
Moga engkau memiliki dan dimiliki,
Pencipta yang Maha Esa,
Si Rijal yang soleh,
kerna itulah harga seorang mujahidah,
tidak ternilai dirimu,
Si Nisa.
Sekali lagi, sungguh, ini ada kaitan sedikit dengan diri saya. Apa pun, saya tidak lain ikhlas hanya untuk berkongsi rasa. Maaflah sekiranya warkah itu kedengaran mengarut, apatah lagi "ntah pape", tidak lain dan tidak bukan ia sekadar perkongsian. Apa-apa pun,
Profisyen Murabbi, demi Allah,Nabi dan Rasul-Nya,
Sungguh Kacak dan Bergaya.
Amin Ya Rabb. Shah Redza Rosli
0 komen:
Post a Comment