Kunci kepada sebuah kegemilangan.

Sunday, October 16, 2011

Oh, seronoknya! Duduk di dalam bilik yang sedang-sedang putaran kipasnya, cukup menenangkan, ketenangan itu diiringi dengan bunyian unggas-unggas, dan bunyian dan dengusan sahabat yang berada di bilik air(adoi).Sungguh, itulah nikmatnya deria. Mampu menilai sebuah keselesaan, memikirkan betapa hebatNya Allah yang Maha Esa. Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu ku ucapkan.

Angkat macam ni ok.hoho

Adik-adik, siapa suka sejarah, sila angkat tangan? Pandai. haha~~

Jujur, saya adalah insan yang cukup anti dengan sejarah. Sangat banyak fakta yang perlu diingati. Tambahan pula Cikgu Sejarah garang, lagilah buat saya makin anti. Jangan salahkan saya, salahkan cikgu. Eh, maaf. Salah saya. 



Tetapi, dikala saya masih lagi di dalam pengajian di UniKL MFI, saya telah diperangkap untuk mendengar sebuah sejarah. Semua ini terjadi kerana keinginan saya untuk memiliki Al-Quran terjemahan secara percuma di surau oleh akh Hartono Murshidi dan Fathi. Sudah terima, mesti terhutang budi kan? Begitu mudahnya saya menerima ajakan mereka untuk mendengar sesi "perkongsian" yang sangat seronok.

Apa perkongsian itu?Ia adalah Ini Sejarah Kita (ISK). Sekejap, ada sesiapa yang gatal atau panas melihat perkataan ini? Oh, maaf, sebab ini blog saya dan anda pelawat, jadi sudah tentu "post" ikut suka saya. Kalau tidak suka, "Do i care?"haha~~

Masa saya melihat tajuk itu, dan-dan terus mengantuk. Lemah seluruh badan. Terasa tertipu pun ada. Tapi, pastilah masalah itu datang dari diri saya sendiri.  Manja. Entah apa-apa. Terus kugagah kan diri ini mendengar pengisian itu. Sedikit demi sedikit, saya mendapat kesedaran dan menyedari terdapat banyak fakta yang tidak diperolehi ketika belajar sejarah islam di sekolah. Tapi, mengantuk tetap mengantuk. Sebelum zuhur, terus saya minta izin tidur dulu. Teruk kan?
Setelah sekian lama, barulah saya menyedari kepentingan sejarah. Betapa bodohnya kita pabila mengabaikan sejarah yang sebenar, tatkala hanya sejarah menjadi kunci untuk membuka kembali kotak kegemilangan umat islam. Kata Moche Dayan (mahu tahu siapa insan hina ini, buat carian sendiri yeh), antara kelemahan umat islam masa kini adalah MALAS MENGKAJI SEJARAH. Sebelum dia cakap begitu, Allah s.w.t sudah lebih awal lagi berfirman:-

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan kitab kitab yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman"-Yusuf 12:111

Jadi, saya membuat kajian dan bacaan sendiri itu mendapatkan penjelasan dan gambaran yang lebih jelas tentang perjalanan sebuah kegemilangan islam. Buku rujukan yang saya gunakan adalah Ini Sejarah Kita (Thoriq Ahmad, Alumni of International Muslim Students) dan Sirah Nabawiyyah (Syeikh Al-Rahiq Al Maktum).Saya tidak berguru dengan syaitan,kerna saya mempunyai naqib.Ho yeh. Hasilnya:-
  1. Sekiranya kita mahu mengembalikan semula kegemilangan islam, tidak boleh tidak, hanya mengikut Manhaj Nubuwah.
  2. Modalnya? Wang? Emas? Oh,salah. Rijal. Itu sahaja modalnya. Kenalilah sirah perjungan para pemuda seperti  Mus'ab Umair, Abdullah B Mas'ud, Saad B Muaz, Abu Ubaidah Al Jarrah dan ramai lagi. Pemudi pula? Aisyah R.A, Fatimah, Ummu Amarah dan lain-lain
Jadi, kepada sesiapa yang rasa "kenapa asyik ISK"? Maka dengan selambanya saya menjawab, sebab kalau tidak tahu sejarah, kita ibarat melangkah mudah ke arah kegagalan. Analoginya mudah. Kalau kita mahu skor di dalam exam, pasti kita akan belajar bersungguh-sungguh. Asbabnya, kita belajar dari kesilapan yang terdahulu dimana kita leka. Begitu juga Sejarah Kita, bagi ikhwah dan akhawat, kita tidak boleh lari dari mengkaji dan memahami sejarah islam yang sebenar. Jadi, mari kita "HENSHIN" kefahaman sejarah kita. Sebab, bila jumpa adik-adik, ada modal nak cakap. Tak kan asyik nak tanya "adik da makan ke belum." Boring kot.Apa-apa pun;

Murabbi. Demi Allah s.w.t, Nabi dan Para RasulNya, Profesion yang sungguh kacak dan bergaya.-Shah Redza Rosli


0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP