Totok Melayu. Adoi.
Thursday, October 20, 2011
Bismillahirahmanirrahim.
Akhbar islami. Malaysia, Tanah airku. Selain dari gejala isu Buang Anak yang HEBAT,isu semasa yang cukup hangat sekarang adalah berkaitan dengan penggantungan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa(UIA), Prof. Dr. Aziz Bari.
Mengapa dengan mudah beliau digantung? Beliau hanya menyatakan kebenaran peranan Sultan Selangor dari sudut akademik, ilmiah dan hujah. Hebat!
Tetapi, bagi mereka yang "totok" dengan ketuanan "Melayu", isu ini adalah "TABU". "Hei, Kau Ibarat JEBAT! Berani kau menderhaka kepada Sultan". Oh, itu angan-angan saya sekiranya ia menjadi sebuah filem. Melayu, tidak pernah habis dengan "jangan menderhaka sultan". [ Ini tidak bermakna saya anti Sultan. Cuma saya anti kepada mereka yang taksub dengan Sultan, sedangkan Sultan juga Hamba Allah. Hei, taksublah dengan Allah, Nabi dan para Rasulnya. Baru bergaya]
Oh ya, fesyen dan "trend" masakini, salah jika kita tegur pemimpin yang minum arak, zina, cakap tidak serupa bikin dan lain-lain lagi. Eh, mana boleh. Salah kalau kita tegur. Kalau puji lebih-lebih OK. Pemimpin sekarang ini "good-good". Mana ada buat salah. Kita mesti menyokong mereka sebab merekalah kita mengecapi "keamanan", "keharmonian" dan "kemerdekaan".
Realitinya, mereka juga sama seperti kita. Mereka adalah insan-insan yang terbentuk dari setitis air mani yang hina, membesar menjadi bayi, merangkak, bertatih dan membesar sehingga jadilah mereka seperti sekarang! Ada yang membesar, syukur alhamdulillah menyenangkan orang, tapi ramai juga yang membesar menyusahkan orang, tambahan terang-terangan menolak hukum Allah! Walhal, ingatkah kita yang sesungguhnya Allah mengeluarkan kita dari tempat yang hina, melalui salur kencing dan seterusnya rahim ibu yang koyak? Semuanya tidak boleh tidak, hanya untuk mengingatkan "Kita Hamba, buatlah cara Hamba"
Inilah yang sedang terjadi. Fenomena yang sangat membimbangkan. Pendapat para ilmuwan dibelakangkan, dinafikan hak mereka, malahan pendapat mereka yang "JAHIL" dan "BODOH" pula diangkat. Tidakkah mereka mempelajari kegemilangan pemerintahan khalifah yang Kool? Ketika era pemerintahan khulafa ar-rasyidin. Amirul mukminin Umar Al-Khattab R.A:-
Beliau pernah membenarkan seorang sahabiat membetulkan beliau dalalm isu mas kahwin.
Mas kawhin pun boleh setel baik. Inikan lagi hal-hal besar. Malahan di dalam sebuah kisah, Umar tenang apabila salah seorang rakyatnya menghunus pedang dengan berkata "Sekiranya engkau melanggar perintah Allah, nescaya akan ku pancung dengan pedang ini". Dengan koolnya Umar berkata "Tegurlah aku bilamana aku silap".Eh, Umar bolehlah. "Umara Malaysia Wannabe??". Ya, sumpah saya risau dengan keadaan masyarakat malaysiakini. Cuba menyanyi "Apa nak jadi? Apa nak jadi?Sampai sekarang Malysia begini. Apa nak jadi? Apa nak jadi?"-
Masa untuk rakyat meng"HENSHIN"kan pemikiran yang berilahkan Allah s.w.t sahaja. Tiada ilah lain yang layak disembah, melainkan hanya Allah s.w.t semata. Tidak ada perundangan yang lain, melainkan hanya undang-undang Allah s.w.t. Allahuakhbar!!
0 komen:
Post a Comment