Furkan Dogan. Oh, pemuda yang sangat kacak. Saya suka. Err..

Thursday, October 20, 2011

Akhbar islami: Furkan Dogan. Seorang pemuda yang syahid dalam serangan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 disebabkan serangan tentera zionis laknatullah. Celaka zionis laknatullah! Moga Allah membalas segala kecelakaan yang dilakukan dengan kecelakaan yang lebih dahsyat lagi! Amin Ya Rabb.

Siapakah Furkan Dogan? Semestinya seorang yang sememangnya kacak, bijak pandai dan berani. Mari, kita kenali pemuda yang hebat ini sebentar?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang;

Firman Allah s.w.t

" Wahai orang yang beriman!  Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."-As Saff [61:10-11]

Kacak kan? (-Cemburu-)
Nama: Furkan Dogan
Tarikh lahir: 20 Oktober 1991-31 Mei 2010
Umur: 19 tahun
Belajar: Kayseri Özel Hisarcıklıoğlu Fen Lisesi,Kayseri, Turkey.

Sebagai salah seorang peserta MV Mavi Marmara, beliau sering memberitahu betapa dia menginginkan syahid kepada ibunya.

Bayangkan kalau kita cakap begitu kepada ibu dan bapa kita, kebanyakannya akan kata "dengan kuasa veto mak dan ayah ada, kami tidak mengizinkan anak kami yang bernama Si Fulan pergi menyertai misi-misi sebegini".

Ya, sekali imbas, memang orangnya "handsome". Tapi, para pembaca jangan salah faham, saya bukanlah insan yang meminati lelaki. huhu.. Tetapi, sumpah, saya sangat mengagumi Furkan Dogan. Di kala umurnya yang baru 19 tahun sudah faham erti betapa indahnya kesudahan syahid, sedangkan saya yang berumur -sekian- pun belum tentu faham lagi.

Ya Allah, syahid memang sebaik-baik pengakhiran kehidupan. Mulut kata mahu, tapi iman kata "kamu belum tentu mampu. (Sigh~~~)." Ya Allah, moga Engkau letakkan mujahid ini di Syurga Mu yang indah. Moga kami juga mampu melangkah ke arah mencari keredhaan Mu. Amin Ya Rabb..

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP