SG. Memang bergaya.

Monday, October 17, 2011

Mechatronic. Apakah ini? 
Alhamdulillah. Syukurnya, kerna kebelakangan ini, saya kerap mengira hari untuk menghabiskan praktikal di Hicom Diecasting Shah Alam. Bila genap sahaja 4 November, moga Allah ingatkan saya untuk terus mensyukuri nikmatNya dengan menambahkan amal dan ibadah. Oh, harapnya hari terakhir itu saya datang. Eh, saya akan datang. InsyaALLAH. Mana boleh ponteng. Saya kena jadi qudwah sepanjang masa (qudwah lah sangat. Teladan adalah). 


CGPA?SPM? Wah.
Kemudian, saya akan tamat pengajian di dalam kejuruteraan mekatronik. Bunyi macam best, ye, serius bunyi kursus tu memang "wow", tapi tidak sesuai dengan saya sebab saya hanya pelajar yang belajar untuk tahu, jawab dan lepas exam. Teruk kan? Istighfar.huhu.. Di tempat pengajian saya, ada tiga program yang di tawarkan iaitu ijazah, diploma, persediaan France (Pre France), Australia dan New Zealand (ATDP) dan US. Sungguh, saya rasa bergaya dapat berkawan dengan adik-adik ini. Sebabnya, mereka ini semua pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. People's with flying colour's results. Saya pernah tanya adik PF, SPM dia dapat berapa. Kod dia 10-3. Maksud kod itu adalah:-

10 A1 dan 3 A2

Saya merupakan antara insan-insan yang kurang A di dalam SPM dengan tenang mengucapkan "Tahniah", dan perlahan-lahan berlalu pergi. Sebab apa saya pergi? Mestilah cuak kalau dia tanya. Lari dulu. hoho. Itulah. Dulu emak suruh belajar betul-betul, main-main. Padan muka. Begitu juga adik-adik ATDP. Mereka memang bijak dan pandai. Dan tidak lama lagi, mereka juga akan terbang ke Australia dan New Zealand.

Mereka sangat bertuah sebab senior-senior mereka telah menyediakan program khas sebelum mereka menjejakkan kaki di negara sana iaitu  Southern Gathering 2012. Saya cemburu. Kenapa tiada senior saya yang begini? Oh, sebabnya saya belajar dalam negara sahaja. (Sedar pun). Firman Allah s.w.t

“Dan sesungguhnya umat (para anbia') ini adalah umat kamu iaitu umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu. Oleh itu sembahlah Aku." - Surah al-Anbia' 21:92 

Oleh kerana kita adalah umat yang satu, wajib untuk kita membantu sesama kita kan? Jadi, saya sekadar tolong promosi Southern Gathering semampu boleh. Moga adik-adik peroleh manfaat=)

Ini link ke  Facebook Southern Gathering
Saya pernah pergi, dan juga cemburu. Bestnya. Rugilah adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran tidak pergi. Abang dan akak senior semua baik-baik. Apa-apa pun, 
Murabbi. Demi Allah s.w.t, Nabi dan Para RasulNya, Profesion yang sungguh kacak dan bergaya.-Shah Redza Rosli

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP