Perubahan itu pasti

Monday, October 17, 2011

Alhamdulillah. Sedapnya oreo yang saya jumpa di dalam peti ais (Siapa punya ya?). Nikmatnya, moga Allah s.w.t membalas jasa baik pemilik oreo itu. hoho~~

Manusia, fitrahnya sentiasa inginkan kebaikan. Waimah dia seorang samseng jalanan pun, pasti dan pasti dia menginginkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Jadi, tolonglah jangan hairan sekiranya ada kawan kita yang berubah dari seorang yang "Huha" kepada "Alim nya". Cukup mudah untuk menjatuhkan insan-insan yang inginkan kepada kebaikan. Dengan hati yang membara, serius saya benci bila ada keratan akhbar yang mengkritik artis yang berubah ke arah kebaikan dengan perkataan "HIPOKRIT". Jika dulunya "Rambut percuma", alhamdulillah bertudung labuh. 

Pada editor suratkhabar yang menayangkan agenda begini, saya pun dengan selamba berkata:-

"Siapa anda untuk menilai perubahan seseorang kepada kebaikan? Biarkan dia menjadi baik. Daripada anda sentiasa memaparkan kisah-kisah cinta artis yang entah apa-apa, lebih baik anda mencari sinar hidup anda dan dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sungguh menyedihkan pabila anda terlalu sibukkan hal orang".


Wah,emosional lagi. Ya, saya sudah penat untuk menjadi orang plastik. Sungguh, saya memang emosional orangnya. Tambahan lagi bila isu-isu "tet" begini. Oh, maaflah. Biasalah, sebagai insan yang masih "bayi" di dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, pasti dan pasti masih banyak kekurangan di dalam diri saya. Sekali sekala emo, okay, tapi kalau hari-hari emo macam saya, memang ada masalah (Kiranya saya ada masalah ni).

Jadi, usah tunggu lagi. Mahu berubah jadi baik, jadi sahaja. Usah tunggu orang. Kematian tidak boleh ditangguhkan, begitu juga perubahan. Dan sebaik-baik perubahan itu adalah semata-mata mencari redha Allah s.w.t. Itulah perubahan yang sebaiknya. Di dalam hadis 40 susunan Imam Nawawi, Rasullah s.a.w bersabda

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Jadi, ayuh! Kita perlu berhijrah. Moga redha Allah membuahkan syurga kepada kita. Siapa tidak mahu syurga? Saya mahu. Apa-apa pun;


Murabbi. Demi Allah s.w.t, Nabi dan Para RasulNya, Profesion yang sungguh kacak dan bergaya.-Shah Redza Rosli

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP