Masyarakat "Harmoni"
Sunday, October 16, 2011
Alhamdulillah. Di setiap langkah-langkah yang berlalu, menjadikan saya terfikir, betapa setiap sel-sel bergerak, otot yang menampung berat, tulang yang bergerak mengikut kehendak, dan jari jemari yang pantas membuka facebook (adoi). Sungguh, itulah nikmat yang perlu kita sedari dan syukuri. Bayangkan sekiranya kita kekurangan salah satu dari yang saya nyatakan, dengan mudahnya kita cacat. Syukur. Syukur.
Adik-adik Comel=) |
Malaysia. Sebuah negara yang harmoni dan majmuk. Penduduknya berbilang kaum terdiri daripada melayu, india, cina, dan banyak lagi. Dan kerna itu, wajib untuk kita bersyukur. Saya ingin membetulkan beberapa kenyataan para pemimpin yang berkata"Keharmonian yang dikecapi adalah kerna perpaduan rakyat, semuanya berkat usaha kami sebagai pemimpin anda". Salah!
Di dalam surah Al-Mulk, firman Allah s.w.t:-
"Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu" (Al-Mulk 67:1)
Teorinya mudah sahaja. Kalau Allah kata mahu Malaysia kucar kacir, kucar-kacir lah. Apa susah. Setiap penciptaan di langit dan bumi hanya milik Allah. Kerajaan Allah tidak tertanding kekuasaannya. Tidak kisah mana-mana parti politik, saya harap mereka bijak dalam menyatakan pendirian tentang kuasa. Tidak perlu bercakap lebat dengan berkata "keharmonian ini hanya dapat dikecapi dengan mengundi kami", sebabnya dasar harmoni itu telah lama hilang.
Sesiapa yang ingin buang bayi ini, tolong bagi dekat saya |
Mengapa dengan selamba saya kita hilang? Bacalah berita utama di ruangan akhbar, pasti dan pasti ada kes pembuangan bayi, bunuh, rogol, samun, ragut dan banyak lagi. Paling saya sedih pabila terbaca "Seorang remaja yang melahirkan anak luar nikah telah membuang anaknya dari flat tingkat dua"! Eee, seriuslah, kenapa adik letak kepala otak di kepala lutut? Geram gila. Kalau betul tidak mahu anak itu, berikan kepada mereka yang tidak punya anak! Bila ditanya, tahu pula kata "saya malu". (argh~~Maaflah, memang saya sangat emosional dengan keadaan begini). Lagi best, hampir semua berita yang dilaporkan melibatkan melayu. pepatah Hang Tuah "Tidak akan melayu hilang di dunia?". Betul, memang bertambah, tapi banyak anak luar nikah buat apa?
Di dalam pembentangan belanjawan 2012, setiap parti politik berusaha membentangkan belanjawan yang terbaik untuk rakyat. Moga anda membentangkannya demi mencari redha Allah dan kesejahteraan rakyat, dan bukannya untuk memancing undi. Tapi, sekali lagi, sekiranya ada langkah-langkah yang diambil oleh para pemimpin untuk memastikan gejala ini makin berkurangan, tuntasnya adakah ia bertepatan dengan syariat islam?
Telusuri sejarah islam, sebenarnya kita sudah kembali ke fasa era Jahiliyyah di Mekah. Namun, kita jauh lebih teruk. Mengapa? Setiap dari kita sekurangnya tahu membaca dan menulis, pendidikan pula paling kurang SPM. Tapi? Remaja nadi negara entah ke mana, hiburan melampau, ikhtilat yang tidak terbatas, dan banyak lagi merupakan petanda kepada "harmoninya" masyarakat malaysia. Siapa yang mahu bertanggungjawab dengan masalah masyarakat ini?
Tidak boleh tidak, itulah tanggungjawab kita yang dilahirkan sebagai khalifah.
Apa-apa pun,
Murabbi. Demi Allah s.w.t, Nabi dan Para RasulNya, Profesion yang sungguh kacak dan bergaya.-Shah Redza Rosli
0 komen:
Post a Comment