Ciri-ciri bini yang ku ingini. (Blushing~~)

Sunday, October 23, 2011

Alhamdulillah..

221011-Stadium Shah
Alam
Baru-baru ini, Himpun telah selamat dijayakan. Moga ia menjadi titik tolak kepada kesedaran umat islam untuk lebih peka dengan kebejatan akhlak dan akidah umat kita. Amin Ya Rabb.

Manusia, ada masa mood "OK", dia oklah. Ada masa mood dia "jiwang", Jiwanglah. Ada masa mood tidak baik, istighfarlah. Moga Allah s.w.t menyejukkan hati kita yang sedang panas. Buat masa ini, post-post saya agak menggelikan hati. Warkah untuk si Nisa lah, Ini Bini yang saya mahu lah, dan lain-lain lagi. Tapi, adakah ini petanda untuk saya menamatkan zaman bujang saya? Saya tidak tahu. Ye lah, ramai kawan-kawan yang sebaya dengan saya telah selamat mendirikan rumah tangga. Tinggallah diri ini yang masih hidup menyendiri. Eh, salah, mana ada menyendiri. Allah sentiasa ada di sisi.

Apa pun, saya akan sentiasa mengingati ungkapan seorang sahabat. "Kita rasa perancangan kita adalah yang terbaik, tetapi ingatlah Yang Maha Merancang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita." Di dalam satu syair " Tidak salah untuk kita meminta apa yang kita tiada, tapi jangan lupa apa yang telah kita ada"

Pada masa ini, saya sedang menulis dalam keadaan hati yang berbunga. (Uwek. Geli).

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini dia antara ciri-ciri bini yang saya mahu:-

Pemarah|Selalu membebel|Suka menghalau|Tidak selalu duduk di rumah|

First and foremost, i would like to give my stand over here. I'm not a "Dayus" to letting a wife to do things without a concrete reason! Tak boleh bau syurga woo... saya tidak mahu. Tapi, apa yang saya maksudkan dengan ciri-ciri di atas? Mari, saya terangkan~~

Pemarah
Dia akan menjadi "Incridible Hulk" bila saya tak bangun tahajud. Kalau tak bangun tahajud pun kena marah, apa lagi solat fardhu, dhuha, rawatib,taubat dan lain-lain kan? **Peluh-peluh**




Selalu membebel
Membebel diselitkan dengan peringatan. Contohnya, "Abang, kenapa abang ni selalu selalu leka je?Asyik termenung je..masalah umat besar ni..abg, cuba ingat maksud ayat Al-Asr...(pot pet)"..[Boleh berdarah hati dengan telinga camni.huhu]



Suka menghalau
"Abang, kenapa asyik duduk rumah je??Adik-adik usrah abg camne?Pegilah ziarah dorang.. Dorang tu bakal permata masa depan islam kite bang...K'mon abg..."





Tidak selalu duduk di rumah
"Salam. Kepada abg yang disayangi, makan malam sudah dimasak, basuh sudah baju dan rumah telah dikemas. Abg, sy tidak akan berada dirumah pada hujung minggu ini kerna ada mukhayam bersama adik-adik tercinta. Doakan dan berkati usaha sy mencari redha Allah. Abang, Pandai-pandailah jaga diri.haha. Doa sy, moga Allah menjaga abg, sebaik-baik penjaga. Amin Ya Rabb. Syg abg(*.^)"


Ciri-ciri itu pasti dan pasti ada pada wanita dan dai' solehah. Tapi, kita mungkin mengimpikannya, tapi tanya persoalan itu kepada diri sendiri "Adakah saya soleh?"
[Terfikir, senyap dan mula sedih. Sob Sob]..
Ini mungkin angan-angan semata-mata. Kalau saya tidak meng"HENSHIN" diri saya, memang itulah angan-angah yang paling indah. La Tahzan, inallahamaa'na. "Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita"


0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP