Palestin. Kerana kami peduli.
Wednesday, August 17, 2011
Alhamdulillah. Syukur. Syukur. Nikmatnya melimpah ruah. Bersahur dengan kurma, mee goreng, di akhiri dengan air kosong, syukur! Apa lagi nikmat yang saya mahu dustakan? Oh, jangan buat hal, saya mahu selalu bersyukur, moga dengan itu seterusnya Allah akan mengurniakan keberkatan kepada kita.
Palestin. Siapa peduli? atau, mungkin ada fikiran begini "Biarlah mereka, kita pun ada masalah kita, nak sibuk hal orang buat apa!" Kalau ada orang sebegini, saya sarankan sebaiknya dia duduk di hutan sejak kecil sampailah masa dia dijemput izrail.
Ibarat Mus'ab Umayr (^^,)
Palestin, tempat lahirnya para anbia, tempat di mana terletaknya masjid ketiga yang terpenting bagi umat islam, iaitu Masjid Al-Aqsar. Mari, kita hayati firman Allah s.w.t :-
"Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Kaya, Maha Mendengar." - Al Isra 17:1
Di sinilah berlakunya peristiwa Isra' dan Miraj. Dalam masa yang sebegitu singkat, Nabi Muhammad bergerak pantas menunggangi Buraq dari masjidil haram ke masjidil Aqsar. Di dalam surah Al-Anbiya 21:71, Allah s.w.t berfirman:-
"Dan Kami selamatkan dia (ibrahim) dan Lut ke sebuah negeri yang telah kami berkahi seluruh alam
Mereka berjuang. Kita???
Di dalam penerangan ayat ini, menurut tafsir Muhsaf Uthmani, Negeri Syam, termasuk di dalam Palestina. Allah memberkahi negeri itu, artinya kebanyakan para Nabi berasal dari negeri ini dan tanahnya pun subur. Palestin, tempat di mana terkuburnya para Anbia. Tanahnya subur menjadi rebutan para Pencinta dunia. Kata Salahuddin Al Ayubi "Sesiapa ingin menguasai dunia, maka Palestin adalah tempatnya.". Ketika itu, Sultan Salahuddin bersama para tenteranya berperang membebaskan Palestin dari cengkaman Tentera Salib dalam perang Hattin pada tahun 1187. Sebelum itu, tentera Salib bertindak kejam terhadap penduduk Palestin dengan membunuh tanpa mengira jantina dan umur. Digambarkan bagaimana kejamnya Tentera Salib ini, mereka memenggal kepala tawanan, dan meletakkan kepala itu di punggung mangsa. Moga Allah s.w.t membalas kezaliman ini dengan setimpal.
Pejuang muda (^^,)
Namun, indahnya islam kerna ia bukanlah agama yang menuntut penganutnya membalas dendam. Sultan Salahuddin Al-Ayubi tidak berdendam untuk membalas pembantaian yang dilakukan tahun 1099, seperti yang Al-Qur’an anjurkan (16:127), dan sekarang, karena permusuhan dihentikan, ia menghentikan pembunuhan (2:193-194). Keagungan ajaran islam ini membawa kepada keadilan dan keamanan selama beberapa ratus tahun sehinggalah pada tahun 1930 an.
Sehinggalah kini, saudara-saudara kita di Palestin tertindas di tanah lahir sendiri. Di usir menjadi pelarian selama berpuluh-puluh tahun, dan bilangannya telah meningkat kepada 4 juta. Mari? Pejam mata sebentar. Bayangkan, kita hidup di Malaysia, menderita,memunggah beg-beg berisi keperluan diri demi meneruskan kelangsungan hidup . Mendirikan khemah pelarian, tatkala perut kosong, runsing, tiada makanan yang boleh di makan untuk dimasak. Aduh, perut kosong ini diisi dengan air yang belum tentu bersih sumbernya. Akhirnya badan yang gebu hanya tinggal tulang, menahan sedu dan sakit tatkala menunggu Sang Pencabut nyawa mengakhiri penderitaan ini.
Saudara-saudaraku, Isu Palestin, adalah isu umat islam yang utama. Persaudaraan islam bukanlah disebabkan kulit, bangsa, darjat, dan lain-lain, tapi atas kalimah "Laillahaillahmuhammadurasullah". Jadi, saya memperingatkan bahawa sesungguhnya isu palestin adalah agenda utama hidup kita, bagi yang faham tujuan sebenar kejadian kita iaitu beribadah (51:56) dan menjadi khalifah (2:30)
Wajah para Mujahidin dari Aqsa Syarif
InsyaALLAH, para mujahidin Malaysia yang dianggotai seramai 12 orang dari Pertubuhan Aqsa Syarif akan memulakan misi Aqsa2Gaza pada ramadhan yang ke-20. Jauh di sudut hati, saya amat mencemburui mereka. Sebelum mendapat sentuhan tarbiyah, Kota Cinta menjadi tujuan utama. Namun, tarbiyah menjadikan diri ini sedar itu bukanlah tempatnya, kerna Palestin adalah tanah tercinta untuk kita! Mari, kita doakan agar para mujahidin ini membawa kemenangan mewakili umat islam di Malaysia. Terdapat dua pengakhiran misi ini, balik membawa kemenangan misi atau syahid di tanah para Anbia. Moga Allah memberkati perjuangan kita! Allahuakhbar!
1 komen:
Cemburu dengan mereka. :)
Post a Comment