Merdeka Bro! Merdeka!

Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bangun, segar melihat mentari menyinari bumi Sabah. Burung-burung yang berterbangan, udara yang segar meresapi paru-paru, masa yang lapang, dan terlalu banyak lagi sehingga merasa diri ini berhutang dengan Sang Pencipta. Terima kasih ya Allah. Moga aku tergolong di dalam mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu Ya Allah..
Saya merdeka di dalam negara yang belum merdeka

Merdeka! Merdeka! Tanggal 31, bulan 8, 57, ...(nyanyian Allahyarham Sudirman)
Oh, kita sudah merdeka dari penjajah selama 54 tahun! Alhamdulillah, satu tempoh yang cukup panjang diberikan Allah s.w.t untuk merasai nilai "keamanan" dan "kemerdekaan". Malaysia, sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, hidup harmoni dengan izin-Nya.

Sambutan Kemerdekaan, sambutan yang sinonim dalam menunjukkan betapa kita "merdeka". Kelihatan sang belangkas yang berpeleseran merata, memegang erat ibarat mati sebentar lagi, botol arak ditogok sambil menjerit "Merdeka! Merdeka!", pakaian yang "cantik" dan "sopan", dan pelbagai macam ragam lagi.

Oh, inilah hasil kemerdekaan kita? Pemuda-pemudi yang ibarat tin kosong, tidak punya nilai langsung dalam meneruskan kelangsungan kemerdekaan negara sendiri. Jelas benar mereka merdeka dari syariat agama, langsung mempertuhankan "Al-Hawa". Mahu salahkan siapa? Mari kita fikirkan bersama! Masalah umat ni bro...

Merdeka Bro! Merdeka! hoho

Tiada kemerdekaan mutlak. Mengapa? Sekiranya dahulu kita dijajah, diperkudakan Sang Penakluk dengan begitu teruk sekali, sekarang kita "MERDEKA". Bebas dari menjadi hamba sesama manusia, Kita bebas! Tapi, adakah itu bermakna kita "MERDEKA" dari menjadi hamba Allah? Sudah pasti tidak! Selamanya kita tetap hamba Allah s.w.t. Tapi, lihatlah nilai sebuah "KEMERDEKAAN" selama 54 tahun? Apa sudah jadi.? Kita langsung tidak "merdeka" kerana sekarang kita menjadi hamba "material, fesyen, wang, pangkat, hiburan yang melampau dan sangat banyak lagi"! Ringkasannya ber "ilah"kan "WAHN".

"Dari Tsauban ia berkata: Rasulullah Saw bersabda: "Suatu masa nanti, bangsa-bangsa akan memperebutkan kalian seperti orang-orang yang sedang makan yang memperebutkan makanan di atas nampan". Kemudian ada sahabat yang bertanya: "Apakah saat itu kita (kaum Muslimin) berjumlah sedikit [sehingga mengalami keadaan seperti itu]?". Rasulullah Saw menjawab: "Sebaliknya, jumlah kalian saat itu banyak, namun kalian hanyalah bak buih di atas air di lautan [yang dengan mudah dihanyutkan ke sana ke mari]. Dan Allah SWT akan mencabut rasa takut dari dalam diri musuh-musuh kalian terhadap kalian, sementara Dia meletakkan penyakit wahn dalam hati kalian." Ada sahabat yang bertanya lagi: "Wahai Rasulullah Saw, apakah wahn itu?" beliau menjawab: "Cinta dunia dan takut mati."


Ketika Rad'i, Sahabat Rasullah s.a.w ditanya oleh Rustam ,Panglima Parsi "Kenapa kamu menyerang Parsi? Adakah kerana ingin meluaskan kuasa atau kekurangan makanan??"
Rad'i menjawab " Allah menghantar kami untuk mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki, dari menghambakan sesama sendiri kepada menghambakan diri kepada Allah, daripada kekejaman agama kepada keadilan islam, daripada dunia yang sempit kepada keluasan Dunia dan akhirat".

Jelas, kemerdekaan yang sebenarnya hanya ada pada Deen Allah s.w.t.
54 tahun, kita hidup harmoni. 54 tahun juga, kita melahirkan pemuda pemudi yang Cacat dan terencat dengan kefahaman islam. Kemerdekaan yang sebenar hanyalah bila kita menghambakan diri kepada Allah s.w.t. dengan menjalankan ajaran-Nya sepenuh hati. Moga penulisan ini membuka dan mengetuk yang membaca, agar kita sedar yang perggantungan kita hanya pada Yang Esa. Peringatan ini adalah untuk diri sendiri, yang sentiasa lemah... Wallahualam...

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP