Busy lah!
Tuesday, August 16, 2011
Syukur. Saya masih lagi berada di dalam nikmat iman dan islam, nikmat yang tidak terhitung nilainya! Kalau di Facebook, sudah pasti saya "like". Tapi, tindakan itu tidak mencukupi, kerna ia perlulah diiringi dengan amal. Moga kita tergolong di dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmat-Nya. InsyaALLAH :-)
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka pasti azab-Ku amat berat" Ibrahim 14:7
"Busylah!"
Sering kali kita dengar ungkapan ini. Bila ya? Bila tarikh-tarikh akhir menghantar assignment, kerja-kerja yang menggunung tinggi, kerja yang perlu diselesaikan segera, dan macam-macam lagi keadaan yang memerangkap mulut kita untuk memperkatakannya.
Mari, ada satu situasi yang boleh dijadikan pengajaran.
Si A mengajak si B pergi ke usrah. Si B membalas
"Aku banyak kerjalah bro. Biasalah da final yer ni.. lagipun banyak kerja-kerja persatuan yang xsiap lagi"
Si A pun membalas. "Mm,yeke..ok..tapi,dari pagi tadi aku tengok kau asyik tengok movie dan FB je. Ni da malam pun."
Si B menjawab "Halamak, ceramah lak..aku tension la beb..sekali sekala pun kena rehat gak.". Si A berlalu meninggalkan Si B untuk pergi ke usrah.
"Manusia, kalau tidak disibukkan dengan hal yang bermanfaat, pasti akan disibukkan dengan perkara yang melalaikan"
Ibrahnya terlalu banyak. Tapi, apa yang saya mahu tekankan,
Betapa ramainya umat Rasullah s.a.w yang membiarkan masa dan hidup berlalu dengan sia-sia. Sungguh, hidup kita pasti "Busy". Tapi, antara "busy" dengan kebaikan atau keburukan. Kita ada pilihan. Jadi, pilihlah atas dasar "iman", bukan dengan nafsu. Peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa lupa ini.
Mari?Kita sama-sama latih diri kita untuk "busy" mencari keredhaan-Nya. Pasti hidup kita lebih terarah. InsyaALLAH.
0 komen:
Post a Comment