Kerna itulah kehidupan.

Saturday, August 6, 2011

Alhamdulillah. Kenapa kita perlu bersyukur? Ujarnya mudah. Kerna kita perlu berterima kasih dengan si Dia dengan apa yang telah diberi-Nya. Mahu kira? Silakan. Di saat sakaratul maut datang menjemput pun, pasti dan pasti belum usai lagi.

Kehidupan. Sesuatu perjalanan dan kitaran yang dilalui oleh hidupan di dalam satu ruang masa. Ada yang percaya kehidupan ini sekadar sementara, ada yang percaya kehidupan ini adalah yang sebenarnya. Bagi kita yang berserah diri kepada Allah, pastilah kehidupan ini hanya sementara.

Tapi, sejauh manakah "KESEDARAN" kita terhadap "SEMENTARA"? Begitu ramai sekali insan-insan yang berlagak ibarat mereka hidup selamanya. Mencari harta dunia yang tidak akan pernah habis, bagaimana pula dengan menjawab persoalan dari Munkar dan Nankir kelak?

Oh, saya pasti KITA akan terketar. Berbahagialah kepada yang bisa menjawabnya, yang gagal? Fikirlah sendiri.

Kematian, itulah pengakhiran kehidupan. Di kala saat itu muncul, tiada apa yang mampu membantu. Harta, isteri, pangkat, kereta mewah, rumah yang besar, pengikut-pengikut yang ramai, tiada lagi punya erti. Kerna, yang mampu membantu hanyalah amalan-amalan selama perjalanan kehidupan kita.

Bagaimana kita ingin memperolehi amalan-amalan?Pastilah dengan memanfaatkan "Masa" yang ada. Kata Imam Hassan Al-Bana

"Masa adalah kehidupan"

Imam Hassan Al Bana mencatas pemikiran para materialis yang menyamakan "Masa adalah emas". Adakah terlalu rendah martabat "masa" jika mahu disamakan dengan emas? Jawapan saya dengan tegas, pastilah TIDAK!

Malah, firman Allah s.w.t berfirman

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"-Al Asr:-103:1-3

Oleh itu, marilah kita manfaatkan sisa-sisa masa yang masih berbaki lagi. Kerna, itulah kehdiupan. Jom!

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP