Melihat dari Perspektif yang berbeza

Thursday, January 27, 2011

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah s.w.t. Saya punya ruang dan peluang dalam menghirup udara kehidupan, lebih beruntung lagi, kerana saya seorang islam.

PRU N 0.5, makin hampir ke kemuncaknya.30 hb Januari 2011, seluruh rakyat di kawasan berkenaan akan turun untuk membuang undi dalam menentukan pemimpin mereka. Calon PAS yang diwakili Normala Sudirman yang terkenal dengan panggilan "Cikgu Mala", manakala Mohd Azahar B. Ibrahim ataupun "Tok Ai" mewakili Barisan Nasional. Saya mengikuti perkembangan semasa pilihanraya dari masa ke semasa melalui sumber-sumber berikut:-

Sumber dari akhbar online
  1. Utusan.com.my
  2. Harakah.daily.com

Sumber dari Blog:
  1. http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/
  2. http://milosuam.blogspot.com/
  3. http://www.papagomo.com/
Kita mesti mengambil tahu, memandangkan ini adalah detik-detik di mana pemimpin dipilih. Hatta ketika pengurusan jenazah Baginda s.a.w, urusan pemilihan khalifah tetap diteruskan sehinggakan terpilihnya Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

Melihat dari segala aspek, terdapat beberapa andaian:-
  1. Di antara pemimpin yang buruk atau diburukkan, yang manakah pilihan anda?
  2. Saya tidak mengerti keberanian empunya blog yang mempermainkan seorang ulama terkenal. Saranan kepada empunya blog, bacalah Tafsir Al-Humazah, kenalilah betapa azabnya Neraka Hawiyah.
  3. Terpampang jelas fakta dan auta berkenaan perihal calon-calon N 0.5. Mana yang baik dan buruk, anda lebih waras dalam menilainya
  4. Blog ruangbicaraPriaMalaya dan Milosuam menyatakan pendirian kepada Cikgu Mala. Dan isu-isu yang dibangkitkan diselitkan dengan fakta yang kukuh.
  5. Hentikanlah dalam mempolitikkan isu agama.
  6. Apa pun agama yang dianuti, fitrah seorang rakyat inginkan pemimpin yang bersikap seimbang dan adil di dalam segala aspek. Jangan sesekali menyentuh sensitiviti agama, kerana pemimpin yang sedeminkian amat dibenci
  7. Saya mengimpikan agar pemimpin Tenang yang seterusnya adalah insan yang istiqamah dan Siqah dalam menjaga amalan-Nya kepada Allah s.w.t. InsyaALLAH
Firman Allah s.w.t dalam mengingatkan kita dalam pemilihan pemimpin:-

"Wahai orang-orang beriman,janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan mainan ..."Al Maidah:57

Hanya kepada Allah kita datang, dan Hanya kepada Allah juga kita kembali. Sungguh, dunia ini hanya permainan bagi mereka yang beriman, dan mereka yang buta pula, dunia ini adalah segalanya. InsyaALLAH

Read more...

Sayonara Jawatan Dunia

Tuesday, January 25, 2011

Alhamdulillah. Syukurlah kerana Allah s.w.t masih mengekalkan nikmat iman dan islam, yang sesungguhnya,dan sejujurnya, dapat dirasai oleh hamba-hamba Nya yang beramal dan bertaqwa. Moga kita tergolong di antara hamba yang diredhai-Nya. InsyaALLAH.

Tanggal 21 Januari 2011, tamatlah era saya sebagai salah seorang perwakilan dalam kepimpinan mahasiswa. Jawatan yang dipegang sejak Julai 2008, telah berakhir dengan rasa rendah diri dan sayu. Rendah diri, kerana memikirkan nilainya jawatan dunia ini di sisi-Nya. Sayu, memikirkan beban dan amanah, tanggungjawab yang telah dijalankan, mungkinkah ada nilai terhadap kawan-kawan, lebih-lebih lagi di sisi Allah s.w.t?hmm..
Perkongsian bersama para sahabat semua; perjalanan seorang Hamba ALLAH ini dalam menjalani liku-liku sebagai kepimpinan mahasiswa di UniKL MFI.

Hanya tinggal kenangan

Sesi 08/09. Merupakan semester pertama di UniKL MFI. Disebabkan semangat yang membara dan diniatkan "untuk mambantu kawan-kawan", Allah s.w.t telah memberikan saya peluang untuk merasai masam manis perjuangan seorang perwakilan. Naib Presiden 1, amanah yang amat besar. Ditambah lagi dengan memenangi pilihanraya MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa), saya telah memenangi kerusi dan menjadi Exco Perhubungan Seranta. Kalau mahu di ujarkan kemanisan menjadi perwakilan, kepahitan melebihi segalanya. Keputusan merudum, di hina, dibenci, diuji dengan Black Mail, krisis di dalam organisai, dan macam-macam lagi. Sesi 09/10, tahun kedua memegang jawatan selepas memenangi pilihanraya kampus yang berikutnya. Jawatan yang sama, cuma di kurangkan beban tanpa memegang jawatan di dalam MPM lagi. Perjuangan kali ini diniatkan hanya untuk-Nya. Allahuakhbar, Allah Maha Besar, lebih besar dugaan yang saya lalui pada sesi kali ini. Gambar dipolitikkan dengan buruk, dikritik dengan lebih keras,ditambah lagi dengan kegagalan dalam pelajaran dan banyak lagi. Saya mengamati dan menyedari, kudrat saya tidak mampu untuk melakukan perubahan yang saya impikan. Tetapi, saya redha, perjuangan yang diniatkan hanya kerana Allah adalah niat yang besar. Saya pasti dan pasti, ada hikmah yang lebih baik yang Dia beri selepas ini. Firman Allah s.w.t:-

"Dan Sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan kami uji perihal kamu"
Surah Muhammad [ 47:31]

Doa dan harapan, moga Allah panjangkan usia saya dalam menebus kekurangan dan khilaf sepanjang memegang jawatan tersebut. Saya merasai dosa yang tinggi menggunung dan bertebaran ibarat halus-halus pasir di pantai. Ya ALLAH, ampunkanlah hamba Mu ini.....

Pesanan kepada yang ingin bertanding, ingat! Dan Ingat! Amanah itu terlalu berat, jangan kerana gilakan jawatan, anda melemparkan tohmahan dan fitnah kepada calon-calon lain. Belajarlah dari kepimpinan yang terdahulu, bak Khalifah Umar Abdul Aziz. Kerendahan hati, tawaduk, keimanan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t menjadi yang utama di dalam pemerintahannya.

Tidak salah untuk mengimpikan pemerintahan kepimpinan di kalangan yang beriman dan bertaqwa, tetapi ia hanyalah sekadar angan-angan jikalau calon yang bertanding hanya mengejar jawatan tanpa mengukur nilai iman dan taqwa kepada ALLAH s.w.t

Madu kemanisan kejayaan hanya dapat dirasai setelah menelan hempedu kepahitan kegagalan.
Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang bangun setelah jatuh berkali-kali, dan bangun dengan membawa fikrah islam.

Bicara ini ikhlas, kerana mahu berkongsi pengalaman. Saya tidak menyesal, kerana inilah jalan yang saya pilih. InsyaALLAH.Akhir kalam, saya mohon ampun dan maaf sepanjang memegang jawatan ini. Allah s.w.t mungkin akan mengampunkan dosa-dosa saya, tetapi dosa kepada manusia hanya dapat dirungkaikan dengan memohon kemaafan secara terbuka. Sesungguhnya, Yang Sempurna itu hanya Allah s.w.t, dan yang khilaf itu adalah sentiasa diri ini. Wallahualam

Read more...

Rasa sangat rendah diri

Saturday, January 15, 2011

Alhamdulillah. Syukur kerana kasih sayang Allah, saya masih bernafas lagi. Hidup di dalam nikmat iman dan islam, Indahnya!! Thank you Allah. There is no word suit to appreciate everything you have gave to me. A phrase of "Alhamdullilah", means praise to Allah, is the only phrase i can say how i appreciate all of your gifts. InsyaALLAH.

Tiba-tiba rasa rendah diri. Mengapa ya? Demi Allah, saya ingin mengajak para sahabat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi pengalaman.

Saya, Shah Redza Rosli merasa sangat rendah diri kerana saya lambat mengenali apa itu "Dakwah" di dalam islam. Saya membandingkan ikhwah-ikhwah yang berada sebaris umur dengan saya, terlalu ketara perbezaannya. Dari segi ilmu, pendidikan, gerakerja, dan macam-macam lagi. Apatah lagi bila melihat ada diantara ikhwah-ikhwah yang jauh lebih muda dari saya, tapi jauh lebih mantap dari segala aspek berkaitan perihal "Murabbi"

Saya merasa sangat rendah diri, kerana merasa ilmu ini terlalu cetek, pemikiran yang dangkal, pengurusan diri yang tidak teratur, dan pelbagai ribuan rasa yang mengenggam hati ini.

Saya merasa sangat rendah diri, kerana terfikir, "Agaknya siapalah diriku di sisi mu Ya ALLAH? Aku baru mahu mengenali jalan-Mu ya Allah"
Perasaan "Rasa Sangat Rendah Diri" memang sentiasa ada di dalam diri yang serba hina ini, tetapi, ini tidak akan menghalang diri saya untuk mendalami Da'awah & Tarbiyah. Di dalam usrah, Naqib saya telah memberi satu kata semangat yang amat bermakna bagi saya:-

"Tidak ada istilah putus asa bagi seorang Mukmin dan Daie"

Thanks for the Quote, My dearly Naqib, Abdul Majeed Zulkipli. InsyaALLAH, saya akan kekalkan rasa rendah diri ini, tetapi dalam masa yang sama, saya akan meningkatkan momentum selaku seorang "Abdullah" dan Daie. InsyaALLAH.

Read more...

Jom baca!

Saturday, January 8, 2011

Kepada para sahabat semua, saya mencadangkan agar anda semua membaca "Syabab-Musafir Kasih" dari Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Isi kandungan bukunya amat bagus. Ia menceritakan perjalanan kisah hidup seorang anak yatim yang kematian bapanya. Hidupnya penuh dengan kesusahan, ditambah lagi dengan kebenciaan orang kampung terhadapnya, hatta dia masih kecil dan di mana kasih sayang amat diperlukan olehnya dalam meniti hari-hari yang mendewasakan.

Dari seorang yang dipandang hina, Syabab berubah sehingga menjadi seorang yang di angkat tinggi di dalam masyarakat kampungnya. Dalam pada masa yang sama, ia mengaitkan bagaimana praktikalnya Al-Quran di dalam kehidupan Syabab. Saya harap anda membacanya, kerana saya pasti anda akan puas tersenyum selepas membaca buku tersebut. Dan yang paling penting sekali, saya harap ia dapat mengubah perspektif dan seterusnya memberi anjakan paradigma terhadap pemikiran para pembaca untuk merasai beban tanggunjawab kita terhadap ummat islam. InsyaAllah

Read more...

Mengenali As-Syahid Syed Qutb

Alhamdulillah, dan syukur yang tidak terhingga kepada-Nya, atas nikmat iman dan islam, barulah saya masih gah di dalam rona roni kehidupan ini.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t sekalian, apa kata kita mengambil sedikit masa untuk mengenali seorang mujahadah bernama Syed Qutb? InsyaAllah, sirah hidupnya dapat memberikan ibrah kepada kita, terutama kepada mereka yang bergelar daie.

Tahun 1906

Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh Al-Quran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan) . Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi ‘Nazir’ sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.

Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun kononnya untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana.Tujuan sebenar Kerajaan adalah untuk men’sekular’kan pemikiran beliau.Namun,Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri. Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

Tahun 1945

Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.

Tahun 1954

Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir. Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyeksaan yang ‘teruk’ terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang ‘teruk’ di dalam penjara.

Tahun 1955

Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan ‘kerja berat’ oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis ‘pernyataan’ memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.

Kata Syed Qutb: “Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya”

Tahun 1964

Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq. Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.

Tahun 1966

Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.

Pagi Isnin 29 Ogos 1966

Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Al-Fatihah.

Di dalam mana-mana halqah, saya pasti kebanyakan pemimpin (naqib atau naqibah) akan menyentuh kepada perihal perjuangan insan yang hebat ini. Kadang-kadang saya juga tertanya, masih wujudkah lagi insan seperti ini di dalam dunia yang sekular dan liberal ini? Jawapannya, ADA. Bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri. InsyaAllah.

Read more...

Kerana kenangan itu indah

Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih ya Allah. Di atas limpah dan kurnia-Mu, barulah diriku masih mampu hidup dalam mengharungi kehidupan di dalam dunia yang sementara ini. Sesungguhnya aku sedar, dunia ciptaan-Mu ini hanya mainan bagi mereka yang beriman, tetapi akhirat tetaplah negeri yang kekal abadi selamanya.

Kenangan itu indah. Ya, memang kenangan itu indah. Bagi diriku yang serba hina dan kekurangan ini, kenangan adalah sesuatu yang amat berharga. Minggu silaturrahim, Sinonimnya MSR Januari 2011. Mungkin, ini adalah minggu orientasi yang terakhir yang saya kendalikan InsyaALLAH, ini adalah semester terakhir dalam saya mengecapi liku-liku sebagai seorang mahasiswa di UniKL MFI.

Penat,letih, Sedih, Gembira, pelbagai macam perasaan bercampur setelah MSR tamat. Terutamanya apabila terkenangkan, "mungkin inilah saat terakhir aku bersama sahabat-sahabat di sini". Mengapa? Senang. Kerana ajal boleh menjemput diri saya pada bila-bila masa. Hatta kita sihat dengan badan yang segar bugar, tatkala tiba saatnya, tidak akan ditangguhkan walau sesaat pun.

Syukur,pengalaman yang diperolehi lebih mematangkan diri. Bagi saya, MSR kali ini memang seronok. Kenapa? MSR kali ini dikendalikan dengan cara yang lebih matang, malahan yang lebih penting, pemahaman islam diterapkan dalam beberapa aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan. Biarlah sedikit, kerana dengan sedikit, barulah lama-lama ia menjadi bukit.
Disini, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan kepada urusetia MSR Januari 2011 diatas kerjasama yang telah diberi. Saya memang seronok, sebab anda semua memberikan kerjasama yang baik sesama kita. Dalam masa yang sama, saya juga berharap agar urusetia MSR yang seterusnya dapat menerapkan nilai-nilai islam yang lebih mendalam dan praktikal dalam memastikan kerajaan islam di MFI dapat dibentuk, dan seterusnya menuju ke arah Malaysia France Islamic, InsyaAllah.

Ukwahfillah,insyaAllah(^^,)

Kepada adik-adik Usrah, Abang bangga mengenali anda semua. InsyaALLAH, abang yakin adik-adik semua bakal menghayun buaian, namun bisa menggegar dunia. Ingatlah, Tarbiah merupakan suatu proses yang tidak akan berhenti sehinggalah kita mencecah ke liang lahad, dan ingatlah, teruskan perjuangan. Dan jangan sama sekali menyerah kalah dengan perasaan kepada Ar-Rijal yang datang menyinggah, kerana kasih sayang Allah kepada adik-adik semua melebihi segalanya. Dan terima kasih di atas hiasan kertas yang ringkas, tapi amat tinggi nilainya.

InsyaAllah, segala perbuatan diniatkan hanya untuk mencari keredhaan-Nya, dan diakhiri dengan;

Assalamualaikum
Semoga kita dipertemukan di Firdaus, InsyaAllah
Shah Redza Rosli
rshahredza.blogspot.com

Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP