Kerana kenangan itu indah
Saturday, January 8, 2011
Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih ya Allah. Di atas limpah dan kurnia-Mu, barulah diriku masih mampu hidup dalam mengharungi kehidupan di dalam dunia yang sementara ini. Sesungguhnya aku sedar, dunia ciptaan-Mu ini hanya mainan bagi mereka yang beriman, tetapi akhirat tetaplah negeri yang kekal abadi selamanya.
Kenangan itu indah. Ya, memang kenangan itu indah. Bagi diriku yang serba hina dan kekurangan ini, kenangan adalah sesuatu yang amat berharga. Minggu silaturrahim, Sinonimnya MSR Januari 2011. Mungkin, ini adalah minggu orientasi yang terakhir yang saya kendalikan InsyaALLAH, ini adalah semester terakhir dalam saya mengecapi liku-liku sebagai seorang mahasiswa di UniKL MFI.
Penat,letih, Sedih, Gembira, pelbagai macam perasaan bercampur setelah MSR tamat. Terutamanya apabila terkenangkan, "mungkin inilah saat terakhir aku bersama sahabat-sahabat di sini". Mengapa? Senang. Kerana ajal boleh menjemput diri saya pada bila-bila masa. Hatta kita sihat dengan badan yang segar bugar, tatkala tiba saatnya, tidak akan ditangguhkan walau sesaat pun.
Syukur,pengalaman yang diperolehi lebih mematangkan diri. Bagi saya, MSR kali ini memang seronok. Kenapa? MSR kali ini dikendalikan dengan cara yang lebih matang, malahan yang lebih penting, pemahaman islam diterapkan dalam beberapa aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan. Biarlah sedikit, kerana dengan sedikit, barulah lama-lama ia menjadi bukit.
Disini, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan kepada urusetia MSR Januari 2011 diatas kerjasama yang telah diberi. Saya memang seronok, sebab anda semua memberikan kerjasama yang baik sesama kita. Dalam masa yang sama, saya juga berharap agar urusetia MSR yang seterusnya dapat menerapkan nilai-nilai islam yang lebih mendalam dan praktikal dalam memastikan kerajaan islam di MFI dapat dibentuk, dan seterusnya menuju ke arah Malaysia France Islamic, InsyaAllah.
Ukwahfillah,insyaAllah(^^,)
Kepada adik-adik Usrah, Abang bangga mengenali anda semua. InsyaALLAH, abang yakin adik-adik semua bakal menghayun buaian, namun bisa menggegar dunia. Ingatlah, Tarbiah merupakan suatu proses yang tidak akan berhenti sehinggalah kita mencecah ke liang lahad, dan ingatlah, teruskan perjuangan. Dan jangan sama sekali menyerah kalah dengan perasaan kepada Ar-Rijal yang datang menyinggah, kerana kasih sayang Allah kepada adik-adik semua melebihi segalanya. Dan terima kasih di atas hiasan kertas yang ringkas, tapi amat tinggi nilainya.
InsyaAllah, segala perbuatan diniatkan hanya untuk mencari keredhaan-Nya, dan diakhiri dengan;
Assalamualaikum
Semoga kita dipertemukan di Firdaus, InsyaAllah
Shah Redza Rosli
rshahredza.blogspot.com
1 komen:
jangan menyerah kalah kepada ar-rijal. saya suka ayat tu. jzkallah akhi :)
Post a Comment