Sayonara Jawatan Dunia

Tuesday, January 25, 2011

Alhamdulillah. Syukurlah kerana Allah s.w.t masih mengekalkan nikmat iman dan islam, yang sesungguhnya,dan sejujurnya, dapat dirasai oleh hamba-hamba Nya yang beramal dan bertaqwa. Moga kita tergolong di antara hamba yang diredhai-Nya. InsyaALLAH.

Tanggal 21 Januari 2011, tamatlah era saya sebagai salah seorang perwakilan dalam kepimpinan mahasiswa. Jawatan yang dipegang sejak Julai 2008, telah berakhir dengan rasa rendah diri dan sayu. Rendah diri, kerana memikirkan nilainya jawatan dunia ini di sisi-Nya. Sayu, memikirkan beban dan amanah, tanggungjawab yang telah dijalankan, mungkinkah ada nilai terhadap kawan-kawan, lebih-lebih lagi di sisi Allah s.w.t?hmm..
Perkongsian bersama para sahabat semua; perjalanan seorang Hamba ALLAH ini dalam menjalani liku-liku sebagai kepimpinan mahasiswa di UniKL MFI.

Hanya tinggal kenangan

Sesi 08/09. Merupakan semester pertama di UniKL MFI. Disebabkan semangat yang membara dan diniatkan "untuk mambantu kawan-kawan", Allah s.w.t telah memberikan saya peluang untuk merasai masam manis perjuangan seorang perwakilan. Naib Presiden 1, amanah yang amat besar. Ditambah lagi dengan memenangi pilihanraya MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa), saya telah memenangi kerusi dan menjadi Exco Perhubungan Seranta. Kalau mahu di ujarkan kemanisan menjadi perwakilan, kepahitan melebihi segalanya. Keputusan merudum, di hina, dibenci, diuji dengan Black Mail, krisis di dalam organisai, dan macam-macam lagi. Sesi 09/10, tahun kedua memegang jawatan selepas memenangi pilihanraya kampus yang berikutnya. Jawatan yang sama, cuma di kurangkan beban tanpa memegang jawatan di dalam MPM lagi. Perjuangan kali ini diniatkan hanya untuk-Nya. Allahuakhbar, Allah Maha Besar, lebih besar dugaan yang saya lalui pada sesi kali ini. Gambar dipolitikkan dengan buruk, dikritik dengan lebih keras,ditambah lagi dengan kegagalan dalam pelajaran dan banyak lagi. Saya mengamati dan menyedari, kudrat saya tidak mampu untuk melakukan perubahan yang saya impikan. Tetapi, saya redha, perjuangan yang diniatkan hanya kerana Allah adalah niat yang besar. Saya pasti dan pasti, ada hikmah yang lebih baik yang Dia beri selepas ini. Firman Allah s.w.t:-

"Dan Sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan kami uji perihal kamu"
Surah Muhammad [ 47:31]

Doa dan harapan, moga Allah panjangkan usia saya dalam menebus kekurangan dan khilaf sepanjang memegang jawatan tersebut. Saya merasai dosa yang tinggi menggunung dan bertebaran ibarat halus-halus pasir di pantai. Ya ALLAH, ampunkanlah hamba Mu ini.....

Pesanan kepada yang ingin bertanding, ingat! Dan Ingat! Amanah itu terlalu berat, jangan kerana gilakan jawatan, anda melemparkan tohmahan dan fitnah kepada calon-calon lain. Belajarlah dari kepimpinan yang terdahulu, bak Khalifah Umar Abdul Aziz. Kerendahan hati, tawaduk, keimanan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t menjadi yang utama di dalam pemerintahannya.

Tidak salah untuk mengimpikan pemerintahan kepimpinan di kalangan yang beriman dan bertaqwa, tetapi ia hanyalah sekadar angan-angan jikalau calon yang bertanding hanya mengejar jawatan tanpa mengukur nilai iman dan taqwa kepada ALLAH s.w.t

Madu kemanisan kejayaan hanya dapat dirasai setelah menelan hempedu kepahitan kegagalan.
Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang bangun setelah jatuh berkali-kali, dan bangun dengan membawa fikrah islam.

Bicara ini ikhlas, kerana mahu berkongsi pengalaman. Saya tidak menyesal, kerana inilah jalan yang saya pilih. InsyaALLAH.Akhir kalam, saya mohon ampun dan maaf sepanjang memegang jawatan ini. Allah s.w.t mungkin akan mengampunkan dosa-dosa saya, tetapi dosa kepada manusia hanya dapat dirungkaikan dengan memohon kemaafan secara terbuka. Sesungguhnya, Yang Sempurna itu hanya Allah s.w.t, dan yang khilaf itu adalah sentiasa diri ini. Wallahualam

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP