Pabila pengalaman mendewasakan
Monday, November 22, 2010
Alhamdulillah, sungguh, tidak terlepas bibir ini dari kering dalam mengucapkan setinggi kesyukuran ke atas rahmat dan kurnia-Nya yang tidak ternilai sehinggakan diri ini merasa terlalu diuntung, namun itu semua tatkala susah. Di kala SENANG? Apalah nilai "kesyukuran" sekiranya diri tidak dilimpahi dengan amal soleh dan takwa yang sebenar kepada-Nya. InsyaALLAH, untuk muhasabah bersama, terutamanya diri ini yang sentiasa lalai dan alpa.
Kita biasa mendengar, "Pengalaman mendewasakan kita"?Benarkah? Apakah yang dimaksudkan dengan pepatah tersebut? Bagi saya, pengalaman adalah sesuatu yang diperolehi dalam tempoh ruang nafas kehidupan. Ilmu kehidupan terlalu luas, tidak tertumpu hanya kepada aspek CINTA sahaja, tetapi ia merangkumi kepada aspek-aspek yang lain.
Bagi saya, pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga. Sekiranya baik ia digunakan, maka lebih baiklah individu tersebut. Sekiranya pengalaman tidak dimanfaatkan sebaiknya, maka terkuburlah pengalaman itu, malahan tidak mustahil untuk mengulangi "pengalaman yang buruk". Kita perlu menyedari, sebenarnya pengalaman adalah bibit-bibit hidayah dari-Nya yang Esa. Fikirkan, mengapa??
Analogi zaman sekarang
Sering kita melihat di dalam realiti zaman kini, terutamanya di kaca televisyen sering menayangkan tentang perubahan seseorang yang jahat ke watak yang lebih baik.
Mengapa?
Lumrah sebagai hamba dalam mengimpikan kebaikan dalam kehidupannya, dalam memperolehi kebaikan perlu ada usaha. Maka titik tolaknya adalah pada individu itu sendiri.
Kenapa?
Pengalaman mengajarnya betapa bencinya masyarakat kepada watak-watak yang jahat.
Dan kebiaasannya, televisyen akan menayangkan tentang perjalanan kesedaran watak tersebut ke arah keredhaan-Nya. Watak itu lebih menyedari bahawa Allah s.w.t lebih menyayanginya dengan memberikannya ruang masa untuk bertaubat.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulallah bersabda:
"Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman".-Hadis Sahih Bukhari & Muslim
Jelas bahawa Allah s.w.t tidak memberikan kata dua dalam mencampurkan kebatilan dan kebenaran. Jika kita pilih kebenaran, jangan buka ruang untuk kebatilan. Tetapi jika kita khilaf, peluang ke arah kebenaran sentiasa terbuka. Indahkan? Pengalaman sememangnya mendewasakan. Tetapi, perlu ingat bahawa pengalaman merupakan antara petunjuk dalam mencari keredhaan-Nya, dan seterusnya menyedarkan kita yang sesungguhnya
"Kerbegantungan kita hanya kepada Allah s.w.t"
InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,
Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com
1 komen:
peluang ke arah kebenaran sentiasa terbuka keranan Allah itu Maha Pengampun.
Post a Comment