Nikmat

Thursday, November 25, 2010


Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya dalam memberikan nikmat iman dan islam kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. Tidak lupa juga untuk mensyukuri nikmat kehidupan seperti udara, makanan, dan banyak lagi. Sekiranya dihitung, hingga ke akhir hayat pun belum tentu habis. Oleh itu, panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya di atas ihsan-Nya kepada kita.

Pada 25 November 2010, saya ditemani oleh akhi majeed dan syazwan telah melawat sahabat kami, Khairil Khider atau lebih dikenali dengan nama Syaqiq di Senawang Specialist Hospital. Beliau telah dimasukkan hospital berikutan permasalahan dalaman lutut yang dialaminya sejak kecederaan akibat sukan. Setelah melawat beliau, barulah saya sedar betapa bertuahnya saya kerana masih menikmati nikmat lutut, dan berkekalan sehingga sekarang. Saya terbayang, sekiranya saya berada di tempat beliau, masih adakah ruang masa dan kesihatan untuk saya bersukan?

Saya teringat satu ayat dari Allah s.w.t. Di dalam surah Ar-Rahman, Allah s.w.t telah mengulangnya berulang kali

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"-55:16

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t telah menjelaskan betapa banyaknya nikmat yang telah diberi. Ar-Rahman, Yang Maha Pemurah tidak membezakan rezeki kepada hamba-Nya, cuma usaha kita yang akan membezakan setinggi mana rezeki yang patut kita perolehi.

Syaqiq, sesungguhnya sakit pun nikmat. Walaupun ia sakit, tapi ia telah mendekatkan diri kamu dengan Allah s.w.t. Kerana, lumrah pabila kita di dalam kesempitan dan kesusahan, kita akan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Namun, saya yakin dengan iman kamu yang teguh, mengingati Allah adalah kemestian di kala susah, lebih lagi di kala senang. Inilah tanda Allah menyayangi kamu.

"Seseorang yang mengaku beriman pasti akan diuji"

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com


0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP