Ingin menangis...
Monday, November 15, 2010
Ingin menangis
Ya Allah Ya Tuhanku,
Terlalu banyak noda dan dosa ku lakukan,
Tatkala susah, teresak-esak aku berdoa kepada-Mu,
Senang selepasnya, Langsung aku lupa pada-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku sentiasa di dalam kerugian,
Hanya iman mampu merubah tempatku,
Siapa diriku di sisi Mu
Ya Allah Ya Tuhanku,
Telah kau beri pilihan dalam kehidupan,
Di antara syurga dan neraka,
Impian ku di Syurga, Namun layakkah daku?
Ya Allah Ya Tuhanku,
Setiap detik yang berlalu,
Aku ingin menangis dan meraung,
Memikirkan betapa Maha HebatNya azab Neraka-Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku memohon pada-Mu,
Jadikanlah aku hamba-Mu yang Soleh,
Kerana hanya iman dan amal penyelamatku ketika menghadap-Mu
Nukilan asli dari;
Hamba Allah yang hina,
Shah Redza Rosli
2 komen:
ameen...
terima kasih sudi share sama semuanya ni..Semoga ianya mjadi bekalan dlm khdpn shrian kt.InsyaAllah
Post a Comment