Jom Fikir

Friday, November 26, 2010

Alhamdulillah,dan bersyukurlah, kerana sesungguhnya limpah kurnia Allah s.w.t kepada kita tidak terhitung nilainya. Jadi, marilah bersama-sama kita bermuhasabah, di mana tahap kesyukuran kita kepada-Nya. InsyaALLAH (^^,)

Mari.Kita ambil sedikit masa dalam memikirkan tujuan penciptaan kita? Adakah anda pernah terfikir tentang tujuan kehidupan sebenar kita di Bumi Allah s.w.t ini?

"Tidak aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku"-Az-Zariyyat 51:56-


Sekiranya pernah, tahniah! Anda adalah seorang pemikir yang bagus. Akan tetapi, Allah Maha Hebat dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya, Dia sama sekali tidak menciptakan manusia untuk tujuan yang sia-sia. Buktinya, didalam firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mu'minun (23:115)

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Dan fikirkan sejenak, semenjak kita lahir ke hari ini, adakah betul kita beribadat kepada Allah s.w.t? Dan benarkah kelahiran kita ke dunia ini tidak sia-sia? Sejujurnya, saya baru celik berkenaan kejadian saya. Sesungguhnya masa-masa yang berlalu terasa sia-sia. Bagaimanakah caranya agar saya dapat menebus kembali kesilapan-kesilapan terdahuhu?

"Demi Masa, sesungguhnya Manusia berada di dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"-Al Asr 103:1-3

Ya, inilah jawapannya! Bukan jawapan manusia, tetapi Jawapan Allah. Maka, saya perlu jadi seseorang yang lebih beriman dan mengerjakan kebajikan, nasihat menasihati kepada kebenaran dengan kesabaran yang sesungguhnya. Jom sama-sama:)

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP