Syahadah!

Wednesday, November 10, 2010

Alhamdulillah, syukur, sememangnya hidup dalam nikmat islam adalah nikmat yang terbesar yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Dan selaku umat Baginda, saya amat bersyukur kerana masih menikmati kehidupan yang penuh suka dan duka, tetapi semua-Nya dengan islam.


Jalan dakwah terbentang luas, malahan ia adalah satu kewajipan kita selaku umatnya. Pernahkah anda merasa, mungkin kita tidak perlu terlibat di dalam kerja dakwah, tetapi cukuplah hanya menyandarkan dakwah hanya kepada insan yang bergelar ustaz atau ustazah? Fikirkan. Saya yakin setiap dari anda tahu bahawa setiap muslim yang dilahirkan memegang amanah khalifah, dalam menegakkan yang ma'aruf, dan mencegah yang mungkar.

Allah s.w.t. berfirman:-

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan(saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (Al-Baqarah:140)"

Lihat?Sedar?Atau "Oh..Ok.."?? Di dalam ayat di atas, jelas Allah s.w.t antara golongan yang zalim adalah golongan yang menyembunyikan keterangan haq! Apa keterangan haq yang saya maksudkan? Kalimah syahadah yang sering kita ungkapkan sekurang-kurangnya sembilan kali setiap hari di dalam solat fardhu. Sebenarnya, Syeikh Abul Al-A'la al-Maududiyy, Pemimpin Persatuan Islam di India telah menggariskan dua bentuk syahadah yang wajib kita laksanakan sebagai umat Rasullah s.a.w. iaitu syahadah perbuatan(Fi'iliyah) dan perkataan (Qauliyyah).

Facebook, Blog, email, chat dan sebagainya adalah di antara Syahadah perbuatan(Qauliyyah). Di dalam syahadah ini, kita menegakkan kalam Allah dengan menerangkan risalah-risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sesuatu yang kita semua mampu lakukan. InsyaAllah (^^,)
Apa yang dimaksudkan dengan Syahadah perbuatan( Fi'iliyah)? Marilah kita bersama selami sirah Baginda s.a.w. Di kala zaman Baginda masih hidup, Baginda telah berjaya memikat orang ramai melalui pekertinya. Al-Amin, itulah gelaran yang Baginda perolehi sebelum memegang amanah selaku seorang Nabi dan Rasul yang terakhir. Al-kisah, seorang fakir wanita kaum Quraisy yang buta sering meminta sedekah untuk mengisi perutnya. Atas dasar kasih sayang dan ihsan terhadap wanita tersebut, setiap hari Baginda tidak pernah ketinggalan untuk menyuapkan makanan ke mulut wanita itu. Namun, tahukah anda, setiap kali wanita itu disuap, maka setiap kali itu jugalah dia akan mencaci "Celakalah Muhammmad kerana membawa ajaran sesat". Baginda hanya diam, bahkan Baginda tidak berhenti menyuapkan makanan kepada wanita tersebut sehinggalah Baginda wafat. Setelah Baginda wafat, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq menggantikan Baginda untuk menyuapkan wanita tersebut. Terjadilah sesuatu yang amat menyentuh hati

Wanita: Wahai lelaki yang baik hati, aku merasakan kau bukannya orang biasa menyuapkan ku. Ini kerana suapanmu agak kasar.
Abu Bakar: Ya. Kerana orang biasa menyuapkan anda telah wafat.
Wanita: Bolehkah aku tau siapa yang biasa menyuapkan aku?
Abu Bakar: Beliau adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Mendengar jawapan itu, wanita itu menangis sehendaknya. Tidak disangka, lelaki yang selalu dikutuk dan dicaci itulah yang menyuapkannya setiap hari dengan kasih sayang. Sejak daripada hari itu, wanita tersebut memeluk islam.

Rasullah s.a.w. sangat baik budi pekertinya. Terlalu baik, sehingga tidak ungkapan yang bisa saya katakan, malahan saya sendiri terkedu mendengar sirah ini. Oleh itu, marilah kita bersama contohi sifat terpuji Rasullah s.a.w sebanyak mungkin. Termasuklah saya juga. InsyaAllah. (^^,)

Berpegang kepada janji Allah s.w.t, islam adalah agama yang pasti menang dan hanya satu-satunya agama yang diredhai-Nya, maka para daie berhempas pulas dalam memastikan syiar islam semakin berkembang. Dan fikirkan tentang kepayahan Baginda s.a.w, seorang yatim piatu, tidak tahu menulis dan membaca mampu menegakkan Kalimah Syahadah sehinggalah kita mampu beragama "Islam". Marilah kita bersama-sama muhasabah diri.

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com


0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP