Hadiah terbaik harijadi ku :-)

Tuesday, November 2, 2010

"Orang-orang bertaqwa tidak akan bertanggungjawab ke atas dosa (mereka), tetapi menjadi kewajipan (mereka) untuk menyeru yang lain untuk bertakwa"-Surah Al-An'am: 6:69

Alhamdulillah, selangkah lagi ke arah bertemu-Nya. Terfikir, adakah saya akan bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan beriman, atau sebaliknya? Doa saya, pastinya mahu bertemu dengan-Nya dalam keadaan beriman. Saya tidak mahu berjumpa tuan saya dalam Dia berkeadaan murka terhadap saya. Adalah menjadi kewajipan untuk saya menjadi hamba-Nya yang bertakwa, dan menjadi kewajipan juga untuk mengajak yang lain untuk sama-sama bertakwa. InsyaALLAH :-)

Dia sudah memberikan saya peluang dalam melihat dunia selama 24 tahun. Satu jangka masa yang panjang bagi saya. Dalam tempoh tersebut, saya telah melalui jatuh dan naik dalam kehidupan selaku hamba-Nya yang hina. Cuma, pada harijadi kali ini, saya dapat merasai saya telah mendapat hadiah terbaik dari Allah s.w.t. Apa hadiah terbaik itu? Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan untuk bangun menyembah-Nya di kala waktu itu adalah waktu yang paling enak dan lena dibuai mimpi.

Bagi saya, itulah hadiah yang terbaik. Saya telah lama menginginkannya, namun dek kerana diri yang serba kekurangan ini sering melakukan kekhilafan, peluang itu tidak kunjung tiba. Namun bersyukur kepada-Mu Ya Allah, kerana Kau sudi memberikan peluang kepada hamba-Mu yang hina ini. Terima kasih sangat-sangat. (^^,)

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP