Memulakan catatan baru

Tuesday, September 28, 2010

Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi, sehingga sekarang saya masih bernafas sebagai seorang islam dan menikmati nikmat iman yang sedang ditingkatkan sehingga mencapai tahap mengecapi "KEMANISAN IMAN". Sebagai seorang hamba-Nya yang hina, tidak salah untuk saya mengaku segala kesalahan dan kekhilafan di setiap detik perjalanan sebagai khalifah-Nya.


Memulakan catatan baru.
Ada dua benda yang pasti dalam kehidupan, iaitu MATI dan PERUBAHAN. Setiap manusia yang hidup, pasti akan MATI. PERUBAHAN juga pasti berlaku, sejak dari kita bayi meniti dewasa, PERUBAHAN fizikal dan sifat pasti berlaku. Saya juga tidak terlepas dari MATI dan PERUBAHAN. Dan sudah pasti, saya menetapkan untuk MATI dalam keadaan beriman. Namun, sebelum mencapai matlamat tersebut, saya perlulah melakukan PERUBAHAN dalam pelbagai aspek terutamanya dalam "KEMANISAN IMAN". Mengapa? Inilah jawapan dari ALLAH s.w.t:-

"Dan janganlah kamu (merasa)lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman)"-Ali Imran 3:139

Jelas. Darjat hamba-hambaNya yang beriman adalah tinggi. Siapa yang tidak mahu? tanyalah manusia yang fasik pun, sudah pasti mereka juga menginginkannya. Persoalannya, adakah kita mampu mencapai ke tahap iman tersebut? Jadi, berbalik kepada PERUBAHAN dalam mencapai KEMANISAN IMAN, marilah kita bersama merenung kembali, sejauh mana PERUBAHAN yang berlaku terhadap kita dalam meningkatkan IMAN, sehingga mengecapi KEMANISAN IMAN, dan seterusnya meninggalkan dunia dalam "KEMANISAN IMAN".

Dalam memulakan PERUBAHAN mencari KEMANISAN IMAN, saya Shah Redza Rosli selaku pemilik blog rshahredza.blogspot.com akan memulakan perubahan dalam menerajui CATATAN BARU dalam blog ini dari segi tajuk, isi, penggunaan bahasa, rujukan dan lain-lain lagi. Saya mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan diatas segala kekurangan yang pasti ada di post-post terdahulu.
Ambillah apa yang baik. Jadikannya sebagai Teladan

Maafkanlah yang buruk. Jadikannya sebagai Sempadan


InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.

Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP