Penat. So?

Saturday, October 15, 2011

Alhamdulillah.Penat pun nikmat,jadi kena syukur. Sekadar perkongsian,Buat masa ini, saya suka membaca blog "Inche Gabbana"-angelwearsgucci.blogspot.com. Seorang ikhwah dan akh yang "sempoi" dan best. Saya tidak mengenalinya, cuma dari gaya dan penulisannya, saya tahu dia ikhwah yang "awesome". Jauhlah beza dengan saya, cukuplah dengan menjadi seorang yang biasa-biasa sahaja. Anda cubalah baca blog dan like fb beliau, serius tidak rugi.



Oh, sambung cerita. Penat. Kita sangat biasa dengar "perkataan" ini kan? Selama saya masih bertatih di dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, perkataan ini cukup "berdaulat" kerna ia adalah alasan konkrit untuk tidak menghadiri usrah atau daurah.

Contohnya seperti saya sendiri. Teruk saya ni... astaghfirullahadzim...
Abang Majeed merangkap Naqib tercinta ada mengajak kami pergi ke Daurah bersama Adik-adik yang study di Jepun. Tajuknya Dakwah Fardhiah. Dengan merasakan diri ini tak perlu pergi sebab sudah pergi, saya pun berdiam. "Diam tanda setuju?Salah. Diam tanda tidak mahu". Dan akhirnya, duduklah saya di rumah termenung. Sebenarnya, bukanlah penat sangat. Tetapi rasa diri ini perlukan rehat, senang cerita "manja". Mr. Monolog "Apalah kamu ni Shah, teruk gile"

Manja. Manja. Entah apa-apa.

Ya, betul saya pernah pergi( Mr. M:"Eh, betul ke?). Tetapi apalah salahnya jika saya pergi lagi kan? Dapat kenal ikhwah-ikhwah yang lain, selain daripada mendapatkan ilmu. Rasa menyesal r..... Saya tidak patut manjakan diri macam "baby", bak kata "Inche Gabbana",ikhwah-ikhwah lain kebanyakannya sudah sampai "Super Saiya Tahap ke-10", Saya? Kame Hame Ha pun tiada lagi...(Mr.M:"ha, sedar pun")

Mahu jadi Daie, tapi manja. Mahu jadi Murabbi, hari ini sudah terlepas tahajud. Masa Katibah tidur. Nasib baik Allah bagi peluang sembahyang subuh, kalau tidak senang je dapat "kualiti orang munafik"-Abdul Majeed Zulkipli. Lepas tu dapat denda baca mathurat kubra.

In your face Shah Redza. Haha~~

Padan muka kamu shah. Patutnya kamu tu tak payah disuruh, bacalah sendiri. Hari-hari untung baca mathurat sughra je, payah juga lah. Firman Allah s.w.t

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat.
(Q.s.,at-Taubah:41:9)

"Oh, teruk kamu ni Shah". Eh, lebih-lebih pula Mr. M ini. Ya, saya mengaku saya tak baik. Sumpah saya cemburu dengan ikhwah-ikhwah dekat rumah saya yang mantap. Mereka ada usrah sendiri, siap ada anak usrah yang dah mula bawa usrah, sebabnya? Mereka semua tidak kenal erti "penat". Ha, padan muka kamu Shah. Saya sempat menghadiri usrah di Shah Alam bersama naqib tersayang Akh Fathi dan para jundinya. Sungguh, saya juga malu dengan mereka. Mereka semua sibuk berdaurah di hujung minggu, saya pula sibuk bersantai pening-pening di rumah.

Jadi, usah kata penat. Sebab "kita" adalah apa yang kita "kata". Allah s.w.t berfirman "Manusia adalah sebaik-baik kejadian". Jadi, sebagai makhluk yang sebaik kejadian, kita kenalah tunjuk kita sentiasa yang terbaik. Mr. M "Shah, kamu tu sebaik kejadian, dan Pencipta kita selalu ingin memberikan yang terbaik kepada kamu. Tu lah, lain kali kalau ada benda baik,pergilah dulu. Jangan manja, sebab bila kamu manja, bagaimana kamu mahu masuk ke syurga?."-Terpana dan terkesan-

Nak "HENSHIN". Kacak dan bergaya lah.

Ok. Masa untuk bertukar. "HENSHIN!!" Eh, tidak jadi pun? Mr. M "Memanglah tidak jadi. Kamu kena ubah nasib kamu dulu. Usaha Shah, moga Allah boleh tukar kamu sehebat Umar. Tapi kalau kamu terus begini, mimpi mahu dapat tali pinggang HENSHIN pun belum tentu lagi". Oh, baiklah. Saya akan cuba. Terus, dan terus lagi. Moga, akhirnya Allah s.w.t akan memberi saya peluang untuk menjadi

Murabbi. Profesion yang sungguh Kacak dan Bergaya.
Amin ya Rabb. Shah Redza Rosli


0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP