Keluarga

Sunday, December 5, 2010

Bersyukur ke atas hadrat ilahi, kerana limpah kurnia dan kasih sayangnya, kita masih lagi mampu menghirup udara dan bernafas dalam menjalani roda kehidupan di dunia yang sementara. Syukur, syukur, dan syukur. Alhamdulillah!

Sejujurnya, dahulu saya bukanlah orang yang baik. Semahu boleh, sayalah orang pertama yang melarikan diri dari tarbiyah,. Saya cukup ingat suatu kejadian yang telah berlaku ketika masih di bangku pengajian di kampus Gombak Masih segar di dalam ingatan ini.

Pintu diketuk, salam diberi. Selaku empunya bilik, adalah menjadi tanggungjawab untuk saya menjawab. Namun saya diam seribu bahasa. Lidah kelu, sambil jari telunjuk rapat di mulut sebagai simbolik kepada kawan sebilik untuk senyap. Salam kedua menyusul, aksi yang sama juga dilakukan. Sehinggalah salam seterusnya, kami masih lagi senyap, tidak memberi respon. Akhirnya, tiada lagi salam. Kedengaran seretan tapak kaki menuju ke bilik lain. "Yes!itulah yang keluar dari mulut saya"

Kawan-kawan yang dimuliakan Allah sekalian, sebenarnya, yang datang mengetuk pintu bilik adalah dari jemaah tabligh. Biasanya perbualan akan dimulakan dengan "boleh tuan berikan sedikit masa untuk agama?". Mereka akan singgah dan seterusnya mengajak yang lain untuk pergi mengimarahkan rumah Allah. Tetapi, apakan daya hati ini kerana ditutup dengan sifat ketidakterbukaan kepada tarbiyah ketika itu. Difikir kembali, Bodohnya saya ketika itu! Mereka datang untuk menyampaikan risalah Ad-Deen, dan kejahilan diri sendiri yang serba hina ini menetapkan untuk "TIDAK".

Dan kini,di kampus Bangi, mereka inilah yang menjadi teman setia. Tatkala yang lain lena dibuai mimpi, mereka segar menjadi Abid, di kala fajar menyinsing merekalah sahabat. Sekiranya dahulu saya lari, maka kini merekalah yang dicari. Terlalu banyak nasihat dan pedoman yang diperolehi, tatkala diri ini leka dan alpa dengan permainan duniawi. Dan syukur kepada Allah, dengan limpah kurnia dan kasih sayangnya, maka diberi kesempatan untuk menikmati secebis kemanisan medan tarbiyah. Bagi saya, mana-mana jalan tarbiyah pun OK. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran-Nya, maka pilihlah yang terbaik (^^,). Sekadar cadangan dalam pemilihan, kenalilah "Apa,Kenapa, dan Mengapa" salah silah perjuangan tarbiyah yang kita pilih. Dan yang paling penting, pastikan ia mengikut Al-Quran dan Sunah perjuangan Baginda s.a.w. Kenapa saya memilih USRAH? Berikut adalah jawapannya :-

Apa itu USRAH?
"Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.)"

Kenapa USRAH?
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t:-

“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."-(Al-Maidah:2)

Mengapa USRAH?
Rasullah s.a.w sendiri telah memulakan usrah yang pertama di rumah Al-Arqam Bin Abi Arqam. Di dalam usrah tersebut, Baginda s.a.w telah menyampaikan ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Jibrail a.s. Di dalam masa yang sama, ia membentuk hubungan di antara sesama ahli usrah untuk berinteraksi di dalam membincangkan permasalahan yang dihadapi, sekaligus mengeratkan hubungan di antara Baginda dan para sahabat.

HASILNYA:-
Pengetahuan dan kefahaman yang lebih baik berkenaan dakwah dalam islam. Bertambahnya bilangan ahli keluarga saya. Mampu membaca Al-Quran dengan lebih baik dari yang dahulu. Dan amat banyak lagi. Mahu tahu? PM saya di FB Shah Redza Rosli. Saya sedia untuk berkongsi segala cerita dengan anda. Kenapa? Kerana saya mahu lebih ramai lagi para daie yang lahir untuk menyebarkan dakwah islam. InsyaALLAH (^^,)

Jadi kawan-kawan, marilah kita bersama-sama memilih jalan dakwah dan tarbiyah untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yakin dengan janji Allah, islam pasti akan kembali menguasai dunia, asbabnya terletak kepada kita. Daulah islam hanya akan tertegak tiangnya berasaskan mukmin yang bertaqwa dan beramal soleh. Siapa lagi kalau bukan KITA? Mari :-)


InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

2 komen:

SEEPOT SEEDOT said...

moga menuju jalan yg diredhaiNya.

pengalaman shah ni berbeza dgn saya.
kisah shah ni terbalik dengan diri saya.
saya dulu sbgaimana shah skrang.
tp tu dulu...skrang rasa dh jauh sngt2 dgn smua ni...kehidupan.

syabas!!!

Shah Redza Rosli. said...

xdela..sy nie biasa2 je..xde ape yg perlu dibangga pn..lagi takut dipuji sbb rs tkt timbul walau sezarah sifat ujub.. insyaALLAH,kte sm2 boleh. jom usaha sma2? (^^,)

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP