Hebatnya kau As-Syahid Mus'ab bin Umair

Wednesday, November 3, 2010


Alhamdulillah. Saya masih hidup di dalam nikmat islam. Dan sesungguhnya ia adalah nikmat yang tidak terhingga kerana sesungguhnya hanya islam adalah satunya agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Dalam pada masa yang sama, Allah s.w.t juga telah menjanjikan darjat yang tinggi di sisi-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.

Mus'ab Bin Umair. Salah seorang mujahid yang syahid di dalam peperangan uhud demi menegakkan syahadatul hak. Beliau adalah salah seorang daie dan As-syahid yang cukup saya kagumi. Mengapa?


Sirah Mus'ab
Di makkah, beliau cukup terkenal dengan gelaran "Putera Makkah" dek kerana paras rupanya yang sangat kacak, tambahan dengan kekayaan yang dimilikinya. Mus'ab ditatang penuh oleh ibunya dengan memenuhi setiap kehendak beliau. Malahan, tidak susah untuk menyedari kehadiran pemuda hebat ini, bau wangian nya sudah cukup kuat sehingga boleh dihidu walaupun jarak begitu jauh. Pakaiannya juga merupakan pakaian yang paling mahal di Makkah.

Analogi zaman sekarang
Mus'ab boleh dikategorikan sebagai pemuda yang mempunyai wang poket RM 20,000.00, sambil memakai Louis Vuitton, Dolce & Gabbana, Versace dll. Haruman (perfume) diibaratkan seperti Giorgio Armani (5 tong). Cukup hebat kesenangan yang beliau perolehi :-)

Dizaman keislamannya
Namun, setelah memeluk islam, Mus'ab langsung tidak teragak-agak untuk meninggalkan segala macam kekayaan yang beliau perolehi. Tidak ada kesal atau sesal, malahan Mus'ab sentiasa tenang dan tawaduk. Rasullah s.a.w amat mengasihi Mus'ab, malahan Baginda cukup menyayangi Mus'ab kerana ketabahannya dan sabatnya pendirian Mus'ab menyebabkan beliau dipilih untuk ke Madinah di dalam menyebarkan syiar islam.

Analogi zaman sekarang
Bayangkan sekiranya hidup kita telah biasa hidup senang dengan RM20,000.00 ada di dalam poket sepanjang masa? Tiba-tiba, semua kesenangan itu ditarik, anda pula hanya ada RM5 di dalam poket, untuk sepanjang hidup anda?? Tidak ada lagi pakaian yang mahal, tiada lagi haruman, keselesaan dan pelbagai macam lagi kesenangan. Kalaulah kita di tempat beliau, agaknya dimanalah iman kita?sama-samalah muhasabah diri.

Keteguhan imannya
Namun, Mus'ab sedikitpun tidak kisah berikutan kesusahan yang beliau hadapi setelah memeluk islam. Malah beliau tenang sahaja. Hatta Ibu beliau mendesak dengan berlapar sehingga hampir mati pun, Mus'ab tetap dengan islam:-
"Wahai ibuku, hatta ibu ada 100 nyawa pun untuk mendesak saya kembali ke jalan jahiliyyah, tidak akan ada satu pun yang akan saya patuhi"

Sahabat-sahabatku, ingatlah. Patuhi perintah ibu bapa selagi mana tidak bertentangan ajaran islam. Tidak akan hidu syurga seseorang mukmin sekiranya tidak menghormati dan menyayangi kedua orang tua nya.


Rasullah s.a.w menangis
Rasullah s.a.w sering menangis melihatkan Mus'ab. Bayangkan, seorang yang berstatus "Putera Makkah", hidup senang, berkulit putih, makanan mewah berubah kepada seorang yang serba kekurangan. Pakaiannya bertampal, kulitnya kasar, dan makanannya daun kayu. Para sahabat malu dengan Mus'ab kerana keteguhan imannya terhadap islam. Namun, penghormatan diberikan kepada Mus'ab dalam menjadi Dai'e (Pendakwah) di Madinah. Bayangkan, terdapat ratusan, atau mungkin ribuan rumah di Madinah. Namun, semua pintu itu diketuk sehinggalah menyebabkan ramai yang memeluk islam. Ketika Mus'ab sedang berdakwah kepada penduduk Madinah,Pemimpin Kaum Aws, Saad B Muaz di zaman jahiliyyahnya dengan bermatakan anak panah di lehernya. Namun, dengan lembut dan tenang:-
"Ya Saad, apa kata kau duduk dan dengar dahulu apa yang aku katakan. Ikutilah jika kau suka. Sekiranya tidak, aku akan pergi"
Kerana kelembutan itulah, Saad Bin Muaz telah memeluk islam

Analogi sekarang
Agaknya, apa yang kita akan lakukan apabila diheret ke situasi deminkian? Adakah kita mempunyai ketabahan seperti beliau?Ya Allah..Syahidnya Mus'ab Bin Umair
Ketika di perang uhud, Mus'ab telah diberi kehormatan dilantik sebagai salah seorang Jeneral. Mus'ab bertanggungjawab memegang panji. Dan ketika perang berlaku, Mus'ab dengan sehebatnya berperang sambil memastikan panji islam tertegak. Di dalam situasi itu, tentera kafir laknatullah ini telah memotong tangan kiri Mus'ab. Namun, Mus'ab tidak melepaskan panji tersebut, tapi menukarnya dengan memegang menggunakan tangan kanan. Demi melihat jatuhnya panji islam, tentera kafir telah memotong tangan kanan pula! Ketabahan hati Mus'ab terhadap islam jelas terlihat pabila beliau TETAP menegakkan panji islam dengan pangkal lengannya! Akhirnya, Mus'ab syahid di perang uhud dengan badannya dihujani anak panah yang banyak. Syahidnya seorang mujahid yang cukup Baginda sayangi. Ketika saat para syuhada uhid ingin dikafankan, satu situasi telah berlaku untuk pedoman bersama. Kain untuk menutupi badan putera ini tidak mencukupi. Ditutup muka, nampak kakinya. Begitu juga sebaliknya. Baginda Rasullah s.a.w menangis melihatkan keadaan syuhada yang cukup Baginda kasihi. Akhirnya, syuhada ini dikafankan dengan menutup mukanya dengan kain dan kakinya dengan daun kering. Datangnya Mus'ab sebelum islam dengan kekayaan, pergi-Nya Mus'ab bertemu Allah s.w.t selaku para syuhada.

Analogi sekarang.
Para sahabat, inilah pengorbanan. Mus'ab langsung tidak kisahkan kekayaan dunia, lantaran beliau menyedari kekayaan yang sebenarnya hanya ada pada Allah dan islam. Kadang-kadang, kita mungkin tidak sedar, di saat kita mampu bangun untuk qiamunlai, sudah terdetik hati yang mungkin kita telah menjadi hamba-Nya beriman. Walhal, kita hanya melakukan sebulan sekali, atau setahun sekali? Sama-samalah kita muhasabah diri, sejauh mana pengorbanan kita demi islam. Mampukah kita menjadi seperti Mus'ab Bin Umair?? Tepuk dada, tanya iman.

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

1 komen:

fArhAnA said...

sirah sahabat adalah ibrah yang membuatkan kita sentiasa terfikir, adakah layak kita ke syurga Allah..

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP