Akho yang lebih hebat dari Atromen Mummy.

Saturday, August 25, 2012

[Bismillah. Hai. InsyaALLAH. Entri kali ini akan membuka mata hati kita, terutama untuk wanita yang suka meletakkan hantaran yang tinggi. [err] Jadi, bacalah dengan hati, bukan pakai kaki. Saya ingin berterima kasih kepada Pemberi Buku “Andai Rasullah bersama kita” di atas buku yang sangat bermanfaat, barulah idea ini sampai untuk menghasilkan entri ini.]

[Nota: Istilah yang digunakan]

Akho =  Ringkasan “akhawat”- istilah yang biasa digunakan kepada muslimat yang berada di jalan dakwah.

Atromen Mummy= Atromen yang melahirkan ratusan atromen yang bergaya. Maafkan di atas kefanatikan saya terhadap makhluk ciptaan Jepun  yang sungguh bergaya ini.

Atromen Abi = Abi maksudnya Ayah.

Pertamanya, saya meminta maaf di atas kegilaan saya terhadap atromen. Walaupun umur saya menghampiri 26 tahun pada November ini, karat-karat kesukaan kepada benda alah ini masih sukar dibuang. [Adoi]. Tapi, bukanlah maksudnya saya akan membuka youtube dan menonton benda alah berjam-jam, BuKAN. Tetapi, sekadar berkongsi rasa yang mana kanak-kanak tua ribena seperti saya yang membesar ketika Atromen Ace, Taro tengah Up. Zaman yang mana atromen tak secanggih Atromen Nexus, siap nampak zip lagi kot kat belakang sut atromen tuh. Wahaha~~

[Tak kira lagi dengan tomato Man, Jet Man, Flash Man, dan segala macam man lah. InsyaALLAH, fokus kita kepada Atromen Mummy lu.]


Saya Chantek an? [Kredit].


Atromen Mummy. Seorang ibu kepada Atromen-atromen yang saya tak tahu berapa bilangannya sekarang. Anak yang keluar ada dua bentuk, satu bentuk pakai Sut [macam kita tengok selalu tuh] dan satu lagi versi kartun [macam ultraman Joe]. [–macam mana boleh lahir dua versi kan?]. Saya tidak ingat kisah mana, tetapi saya pernah menonton yang Atromen Mummy nih turun untuk tolong atromen Zoffy [kalau saya tak silap]. Masa menonton, melelehlah air liur saya yang ketika itu berhingus lagi fanatik dengan bentuk Atromen Mummy. Siap cakap “Meshti Atromen Mummy nih kuat!” [Budak kecik, biasalah kan? (tersengih sorang-sorang bila teringat).  Kebiasaanya, kita panggil emak, umi, mummy, ibu, dan pelbagai macam lagi panggilan yang bersesuaian untuk insan yang bersusah payah melahirkan kita. Tapi kan, mengikut fikiran keanakan-anakan yang menggelikan ini, saya terfikir,

Atromen Zoffy panggil Atromen Mummy ape yeh? Adakah “Ummi?” [err]
 Atromen Zoffy mengadu? haha~~

Apa pun, bila kita kata “yang melahirkan”, pastinya insan itu adalah wanita. Fikiran keanakan ini merewang membayangkan,” Macam manalah atromen Abi masuk meminang atromen Mummy kan? Mesti kena mahal hantaran dia sebab Atromen Mummy berkelulusan Master Chef kot. [err] “

Apa yang pasti, walau pun saya mengagumi bentuk Atromen Mummy di awalnya, tetapi kalau ingin dibandingkan dengan akho nih,

[Atromen Mummy is nothing. Serious lah.]

Akho ini ialah Rumaisha’ Ummu Sulaim b Khalid, lebih dikenali dengan gelaran Ummu Sulaim. [Sila baca perenggan di bawah membebel style mak joyah]-

“Perkara yang patut kamu-kamu wanita nih cemburu dengan akho ini ialah dia KONFOM masuk syurga. Eh, tak cemburu? (Mata terbeliak sambil berkata “Apakah kamu pergi ke kacang??” [Terjemahan] “Are you going nuts??”.

[Nota : Abu Thalhah masih lagi belum memeluk islam ketika ini]
Okay, balik ke kisahnya. Datangnya seorang jejaka yang macho,kaya lagi bergaya iaitu Abu Thalhah, untuk merisik dan menyunting Ummu Sulaim dek terpikat dengan kesabaran dan ketinggian peribadi yang ada pada wanita ini. Abu Thalhah membawa sejumlah wang yang banyak untuk menyunting mawar berduri, Tetapi, Tika saat di lafazkan hasrat untuk menyunting si jantung hati, Rumaisha’ berkata:-

Demi Allah, orang seperti anda tidak layak untuk ditolak, hanya saja engkau adalah orang kafir, sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mau masuk Islam maka itulah mahar bagiku dan aku tidak meminta selain dari itu.”
(HR. An-Nasa’i VI/114, Al Ishabah VIII/243 dan Al-Hilyah II/59 dan 60).

Mendengar hasrat Ummu Sulaim, bertanyalah Abu Thalhah: "Bagaimana harus ku memeluk islam?”.

Lalu, Ummu Sulaim membalas “Mudah sahaja, ucapkan kalimah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dengan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Dengan senang hatinya Abu Thalhal melafazkannya. Akhirnya menikahlah Ummu Sulaim dengan Abu Thalhah dengan mahar yang sangat hebat, itulah dengan kalimah Lailillahillah!.[Oh, sangat tersentuh, mengesat air mata. Tisu please. Memang romantik giler. Serius Suweet~~]
,
Berdasarkan hadith dari Rasulullah shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda,

“Aku belum pernah mendengar seorang wanita pun yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim karena maharnya adalah Islam.”
(Sunan Nasa’i VI/114)


Okeh, untuk memudahkan kaitan diantara kisah Rumaisha’ Ummu Sulaim dan  hadis Baginda s.a.w, Jom, kita pergi pada realiti sekarang. bayangkan sesi atromen abi meminang atromen Mummy-versi wanita melayu slot SAMARINDA di TV3. Ini kebiasaan kebanyakan wanita Melayu, kebanyakan, yang kesikitan tu memang anda sangat bijak hey~]]

[Al-Kisah- ketika Atromen Mummy ingin disunting Atromen Abi ketika berdating sambil terbang mengelilingi orbit Matahari untuk mengecas tenaga solar]

Atromen Mummy: Abi Abi cayang. I berkelulusan Master Chef dari University of Ulutura, Cakarewala .. I dah nak habis belajar. Tak sabar nak hidup berdua..I dah sudi untuk bersama u. Bila u nak masuk meminang i?

Atromen Abi: Terima kasih manis hati. Walaupun I hanya berkelulusan IPT Ulutura Planet Bumi, u tetap sudi menerima i. Bila-bila pun boleh manis hati. Berapa hantaran yang u nak manishati?

Atromen Mummy: Sebab I dah ade Master, I pun tak nak bebankan u. Lepas dah bincang dengan Atromen Atuk, RM17,000.00 lepas diskaun yeh.

Atromen Abi : Untuk kamu manishati, matahari yang kita kelilingi ini sanggup ku redahi!! –dalam hati berkata [Ok, ada backup. Atrowomen Jongos, here I come. Wahaha~~]

Jadi, para pembaca sekalian, adakah anda mendapati pengajran di dalam kisah ini? Pastinya, jika dibandingkan dengan kisah Rumaisha’ dan Cik Atromen Mummy, ibarat langit and bumi bezanya. An?

[Akhirnya], kepada Muslimat, atau Wanita yang Moden lagi bergaya, jangan tinggikan diri kamu dengan Mahar yang tinggi, silap hari bulan lelaki yang nak masuk minang kamu pun cabut lari. Keberkatan itulah yang paling penting, sebab hidup kita bukan untuk tersengih sementara di atas pelamin, lalu murung berpanjangan dek hutang yang menggunung tinggi. Tapi senyuman yang meleret itu berpanjangan sehinggalah ke Sorga. Kamu pegang tangan dia sebagai Kapten di Sorga, dan Si Dia pula jadi Chief Bidadari si Sorga kamu. Kan seirus Bergaya tuh.

Jika inginkan keberkatan itu mengiringi, jadilah hambaNya yang menyintai dan dicintai, kerna bila redha Allah itu memayungi, nescaya bahagialah bahtera yang dilayari- Shah Redza Rosli.

P/S:-
Saya bersyukur kerna tidak terjebak dengan kebiasaan Melayu, maksudnya tak nak terjebak.hehe~~ Terima kasih kepada Pakcik dan Makcik Manis yang sangat berbudi, memahami lagi bergaya. Benar, saya sayang kamu bertiga, eh, I mean berdua. Kerna Allah. [mata berkelip-kelip.Tersenyum kerinduan~~]




Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP