"Saya Suka McD. Serius. Saya Suka ia."

Thursday, June 28, 2012

Ini kenyataan “Berani Mati”. Okay. 


Saya Suka McD. Serius. Saya Suka ia. [Kredit]

Saya tidak akan lupa betapa nikmat dan sedapnya Mc- Ayam, Mek-Burger dan segala macam Mek yang melelehkan air liur itu. Belum di kira lagi dengan Mek-Kentang Goreng yang terasa kentang itu. ( Memanglah kentang rasa kentang kan? Haha~~), di campur pula dengan Lada Sulah (baca: Black Pepper) dan Sos Mek-D, “eee, sedapnya”!! Sehingga pernah suatu ketika dahulu, bersahurkan Mek-D (Tepuk Dahi).

Tetapi,

Adik-adik, Abang-abang, akak-akak,
Sebelum anda keliru,saya ingin tegaskan, itu “Dulu”.
Semenjak tahun 2010 sehinggalah sekarang, saya sudah tidak ada sebarang keinginan lagi untuk membeli McD. Kenapa? Kerna

 “ Saya Benci McD. Serius. Saya Benci ia”[Kredit]

Sebenarnya, dulu saya juga pemakan Mek-D yang tegar. Pantang berjalan-jalan di pasaraya beli dan belah, tetaplah Mek-D menjadi pilihan utama. Benarlah tarbiyyah yang menyeru kepada Allah melenyapkan rasa itu.(Betul nih). Untuk menyokong kenyataan saya yang saya rasa sangat bergaya ini(kenyataan okay,bukan empunya blog. ehem) , saya ingin kemukakan beberapa hujah yang kacak. Hujah yang akan membuatkan anda tersepit lagi terhimpit sehingga terpaksa keluar kenyataan "biasa" sebegini:-

“Alah, nanti kesianlah orang-orang Mek-D, tak bantu melayulah hei!”

Bila kenyataan begini terkeluar, hujah saya 

“Mek-D bagi rezeki ke, Allah yang bagi rezeki? Carilah kerja lain sayang oi. Tak nak terima jugak? Jadi, Saya berlepas diri dari anda yang gila Mek-D.”. Ops.

 
Pertama (Dalil Al-Quran: AL Hadith dan Mutiara Kata Syuyukh Peringkat Atok Atromen)

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi...” (QS Al-Baqarah [2]:168)

Saya ingin tekankan, saya tidak pernah kata Mek-D ini haram. Selagi ada cop JAKIM terpampang besar di Mek-D, insyaALLAH diyakini untuk ditelan. Di dalam surah Al-Baqarah, syarat pertama ialah Allah menekankan untuk kita manusia (merujuk kepada semua tanpa mengira agama) untuk memakan benda yang halal iaitu yang disembelih dengan mengikut syariat islam. Tetapi, syarat kedua barulah menyentuh kepada “Lagi baik”.

Persoalan saya disini. Benar Mek-D Halal. Tetapi adakah “ia BAIK” untuk kita? Hoho~~ saya ada jawapannya di hujah yang ke-empat. Baca sampai habis lu.

Mutiara kata dari Syuyukh peringkat Atok Atromen,
Kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, antara perkara yang mencelakakan adalah “Hawa Nafsu yang diperuntukkan”. Tipulah kita tiada nafsu. Tetapi kita perlu sentiasa sedar,  nafsu kita selalu meminta. Saya andaikan sebegini:-

“Hello brother, wa haus bro. Tak kan nak bagi air kosong jer. Air sirap satu!!!”

Walhal air kosong pun dah cukup untuk menghilangkan dahaga kita. [Kena kepala sendiri. Adeh].

Jadi Bro, apa kaitan Mek-D dengan hawa nafsu yang diperuntukkan? Lu jangan pandai-pandai bro. Belajar agama tak tinggi, ada hati nak dakwah gua?

Eh Hello Brother, sila rujuk kepada hujah saya yang kedua dan ketiga dulu. Baru kita citer.

Kedua: (Kaitan Mek-D dengan Zionis.)

McD merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.”-Petikan dari aktivis Palestin, Aiman Khairul Azzam

 Oh, pedasnya ayat di atas. 

Agaknya, 1.3 juta yang terlabur untuk mendokong idealogi zionis ini, tersisip duit-duit kita yang tersalur kepada Mek-D? [Mula berpeluh]

Ketiga: Membunuh dengan kekenyangan lagi gembira

Oh, Maaf ya pak. Kenyataan ini sememangnya “sarkastik”, tetapi sedarlah:-

Ramainya mereka yang beratur dengan senyuman yang gembira lagi riang ria menunggu giliran untuk membeli peluru tanda kasih sayang kepada saudara di Palestin. [Erk].

Dengan hanya membeli hidangan Ceria [English: Happy Meal], anda mampu tersenyum dengan kelazatan yang sebentar, mengisi perut yang meronta, tetapi Brother dan Sisters kita di Palestin juga tersenyum syahid kerna termakan peluru yang anda salurkan “DANA”nya. [ Mengalir air mata.]


Keempat: Bahaya terhadap kesihatan

Okay. Saya perlu bersetuju dengan ini. Bukan sekadar Mek-D, tetapi juga KFC, RFC, Pizza Hut, Mee Chenta, Malaysia Mee dan pelbagai macam jenis Makanan Laju [Fast Food] yang lain.
Tahukah anda bahawa Burger dan Kentang Mek-D masih tahan walaupun setelah 6 bulan? Petikan ini saya ambil dari sumber “Berita Harian Online”: Berikut adalah linknya:-


Tahukah anda bahawa di dalam daging burger Mek-Ayam itu terkandung pengawet nitrit dan nitrat?

Pengawet jenis ini sering kali digunakan untuk hasilan makanan yang diperbuat daripada daging. Tujuan pengawet ini digunakan adalah untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria. Clostridium botulinum boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme yang membawa kematian.  
Namun demikian, pengawet nitrit boleh mengakibatkan beberapa kesan yang tidak diingini seperti rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan tekanan darah menjadi rendah.  Di dalam perut terdapat sebahagian kecil nitrit, ia boleh membentuk nitrosamina yang diketahui menyebabkan kanser pada haiwan ujian.
Bagi bahan pengawet nitrat pula, kesakitan pada bahagian perut boleh berlaku di samping muntah-muntah, lemah otot serta kadar nadi tidak menentu. Pengawet nitrat boleh bertukar menjadi nitrit apabila makanan ini basi ataupun oleh bakteria di dalam perut yang kemudiannya boleh menghasilkan nitosamina.

[Saya boleh jadi Doktor? Oh tidak, pastilah ini hasil dari carian sendiri- boleh rujuk di



Euw. Vomit Mek-D. [kredit]
 
Dan akhirnya
Setelah membaca hujah-hujah ini, masih adakah rasa anda untuk makan Mek-D? 

Alah, pandai, Mudah lah kau cakap. Kalo camtu, boikotlah intel, bla bla bla (mula meleret)

Jawapan saya juga mudah.

“ Semoga nafsu kamu yang boroi dan meroyan terhadap Mek-D kembali slim dengan menyintai Allah sebenar-benarnya.”.

Elakkanlah memakan Mek-D untuk kesihatan kita. 
Kita makan, kita teraniaya, saudara mara kita di Palestin lebih merana. Sudah lah tu dengan Mek-D, err, dan juga makanan laju [Fast Food] yang lain.

Jom diet. Mudah. Duit jimat, sihat pun dapat, an?

“Tanggungjawab kita kepada saudara kita adalah menjaga haknya, seperti mana kita menjaga hak kepada tubuh badan sendiri.”- Ayat fikir sendiri. (^.^)

Wallahualam.
Sekian.

Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP