Tips Blogging dari Sifu Osem
Sunday, December 11, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Setelah
lama saya membiarkan blog saya bersawang, kini saya datang lagi untuk
membersihkannya. Huhu.. Terasa begitu teruk diri ini. Terkadang bila masa
semangat itu ada, tidak sukar untuk menulis 2-3 entri sehari.
Oh.Lelah~~
Bila hilang
semangat itu, boleh jadi entah bilalah blog ini akan dikemaskini. Oh, muhasabah
untuk saya. Sebenarnya, untuk menjadi seorang blogger yang tegar, saya telah
meminta nasihat dari seorang brother yang blognya sememangnya power. Blognya
adalah malaikatpakaigucci.blogspot.com [translate English OK]
angelwearsgucci.blogspot.com. Itulah inche Gabbana, bukan nama sebenar.
Berikut
adalah soalan yang saya tujukan:-
Salam En. Gabbana.
Soalan cepu perak, macam mana ingin istiqamah dalam menulis
blog? Oh, dan bagaimanakah teknik-teknik anda menyediakan entri blog?Buat
awal-awal ke,ini,itu, harap sangat boleh share. Sila berikan dorongan dan
sokongan kepada saya. hoho~~
Apa-apa pun, rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan
"Jazakallahkhairankathira" di atas perkongsian "Mus'ab
Umayr" di WAMY, entah berapa tahun yang lalu [Saya pun lupa]. Sememangnya
cara anda present cukup hidup lagi bergaya. Kredit untuk blog anda sebab
sejujurnya saya agak terpengaruh dengan rentak dan gaya penulisan yang
menggelikan usus perut sehinggakan blog saya yang skema ber"tukar"
riang ria. bhaha~~Apa pun, jangan lupa pujian ini adalah dogaan lagi cobaan
yang besar kepada anda dari Allah.
(^-^)
yang terkial-kial di jalan Osem, Shah Redza Rosli =)
Dan
inilah jawapannya
.
Salaam a'laikum warah matullah,
Inche Sharedza Rosli yg dikasihi fillah,
Saya
berasa sgt sedih kerana saya tak igt bila kita pernah bertemu. =( hadoih, lemah
dan tak best nya diri ini.. Harap anda dapat maafkan diri saya yg marhaen ini..
'Ala kulli hal, saya tak tau macam mana nak jawab
soalan anda itu. Uhm, tapi motivasi saya yg utama sudah tentunyad adalah saya
mahu tulisan saya mendapat manfaat org2 yg membacanya. Lagi byk org baca, lagi
byk pahal sy dapat, lagi cerahlah peluang saya ntok ke sorgaNya, iAllah!
Teknik2 saya menyediakan entri belog... Secara jujurnya, saya akan menulis bila
saya rasa nak menulis. Kena ada feel dan passion tu. Bila takde semangat ni,
bila takde 'rasa' nak menulis, mmg saya tak boleh nak tulis apa2. Paksa diri
macam mana pon tak boleh nak tulis. Saya amat jarang merangka apa yg saya nak tulis. Most of the time,
saya main bantai je tulis. Haha.. Bila dah siap tulis, selalunya saya akan baca
dan go thru balik dan barulah akan tambah/tolak mana yg saya rasakan perlu.
Selalunya, bila saya ada idea yg saya nak tulis, contohnya ketika memandu atau
jauh daripada PC/laptop, saya akan simpan idea tu dalam kepala. then bila dah
ada ekses pada blogger,
saya cepat2 tulis takut terlupa. Hihi..
Bergantung pada entri; kalau saya btol bersemangat nak tulis entri tu, akan
amik masa sekejap je. tapi kalau tak brapa bersemangat, atau takde idea atau
taktau camne nak habiskan, selalunya akan amik masa berjam-jam. Kadang2
berhari-hari. huhuh..
Uhm, kalau saya nak simpulkan, kena ada 2 benda bila nak menulis ni; motivasi
dan passion (tak tau nak cakap dalam BM camne; sbb passion dan semangat tu
macam tak sama; tapi lebih kurang la.. huhu..). Dan kalau niat (motivasi) kita
betul, pastu kita bersemangat ntok capai motivasi tu, iAllah takde masalahlah
nak menulis dgn baik. ;)
harapnya menjawab persoalan anda tu. Kalau tak, saya budak baru belajar, kalau
salah tolong tunjukkan! hahaha.
Salaam ukhuwwah!
Allahu a'lam, He and only Himself knows best.
Jazakumullahu khairan katheera.
Wassalamu a'laikum.
Nasihat yang
sangat baik dari seorang ikhwah level james bond!hoho. Dan akhirnya, jangan tanya saya siapakah Inche Gabbana, kerna identitinya adalah Private & Confidential ok! [Sebab saya pun main teka je masa hantar email tu.wahaha~~] Sebenarnya, saya sangat
berharap saya juga mampu “istiqamah” untuk sentiasa mengemas kini blog, dan
sekarang masih lagi dan lagi mencuba untuk memenangi rasa itu. Bila muhasabah
balik, inilah asbabnya bila tidak menjaga hubungan dengan Allah. Oh, mungkin
saya kena membayangkan betapa hebatnya ganjaran Allah berkenaan entri yang saya
buat dalam mengajak yang lain kepada keindahan Ad-Deen-Nya kan?[Banyaknya
pahala. Mata bersinar-sinar~~].-Motivasi untuk diri sendiri.
Mohon doa anda
semua yeh. (^-^)
Read more...