antara TAHU dan FAHAM

Wednesday, June 1, 2011

Kita masih hidup, itulah nikmat, tapi sudah semestinya, ini sebahagian dari ujian-Nya. Samada kita bersyukur atau tidak, terpulanglah. Manusia sering menyalahertikan istilah nikmat. Bagi kita, nikmat hanya benda yang baik dan bermanfaat ibarat harta, kasih sayang, dan banyak lagi. Bagaimana pula dengan Sakit?Keperitan?Kepayahan?Adakah itu nikmat atau sebaliknya. Mari kita lihat seerah para sahabat iaitu Abu Bakar As-Siddiq. Di dalam perjalanan, Abu Bakar terlanggar batu dan kakinya berdarah, lantas dia mengucapkan "alhamdulillah". Beliau masih bersyukur walaupun di dalam kesakitan. Ambillah ibrah ini agar kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada-Nya, tidak kira dalam keadaan susah dan senang.

Sebenarnya, apa perbezaan di antara TAHU dan FAHAM dalam konteks islam? Situasi zaman kini, kebanyakan daripada kita terdiri ramai golongan yang TAHU, tetapi tidak FAHAM. Mari, kita lihat analogi ini.

Analogi:
Imam As-Syafie adalah seorang insan yang hebat ilmu fiqahnya. Malahan ribuan hadis dihafal, memang hebat! Cukup serba TAHU.
Sumayyah, sahabiah pertama yang syahid. Tidak mengetahui hukum-hukum pun, yang cukup dia FAHAM hanyalah kalimah syahadah sehingga wanita ini syahid dalam mempertahankannya!.
Mari, ambil masa berfikir sejenak? Kita lihat dari segi PENGETAHUAN Imam As-Syafie dan Sumayyah. Tidak boleh tidak, PENGETAHUAN imam As-Syafie memang jauh lebih hebat daripada Sumayyah. Tapi, jika dibandingkan KEFAHAMAN, Sumayyah lebih mengerti. Kenapa? Cukup hanya dengan bersyahadah, mujahidah ini rela jasadnya disula. Ketika itu, yang dia tahu hanya kalimah syahadah..Allahu..

Kita?Al-Fatihah tahu,Banyak lagi yang kita tahu..tetapi, sejauh mana KEFAHAMAN kita???
Adakah cukup dengan mengetahui bacaan Al-Quran, itu sudah memadai?
TIDAK! Kita perlu memahami dengan sebenarnya. Bagaimana caranya? Tarbiyah. Itulah jawapan kepada mencari kefahaman terhadap yang Maha Esa. Sama-samalah kita bermuhasabah....

Moga perkongsian ini bermanfaat. Wallahualam.

Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP